18/08/2026
17 OGOS 2026 | MAJLIS PELANCARAN ENGLISH WEEK ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS SK KAMPONG LADANG.
Sekitar kemeriahan Majlis Pelancaran English Week peringkat sekolah anjuran Panitia Bahasa Inggeris SK Kampong Ladang.
Pelbagai aktiviti padat dan menyeronokkan telah dirancang sepanjang minggu ini khas untuk anak-anak murid kita. Tujuannya bukan sahaja untuk mengasah bakat, malah untuk membina keyakinan mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan guru Panitia Bahasa Inggeris atas usaha murni ini. Kepada semua murid SK Kampong Ladang, Good Luck and have fun! Let's speak English with confidence