SJKT GEMAS TS 25

Call Directions

SJKT GEMAS TS 25 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SJKT GEMAS TS 25, Elementary School, 73400 GEMAS, NSDK, Gemas.

SELAMAT DATANG, CIKGU! 🌟Keluarga SJK Tamil Gemas dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Cikgu Dharshini Chandran...
30/09/2026

SELAMAT DATANG, CIKGU! 🌟
Keluarga SJK Tamil Gemas dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Cikgu Dharshini Chandran sebagai warga baharu SJKT Gemas. 💐
Semoga kehadiran cikgu membawa semangat, inspirasi dan sinar baharu kepada seluruh warga sekolah serta bersama-sama membimbing murid mencapai kejayaan. 📚✨
❤
🌿 Bersama Membina Masa Depan yang Lebih Gemilang 🌿

ஆசிரியை தர்ஷினி சந்திரன் அவர்களை
கிம்மாஸ் தேசிய வகைத் தமிழ்ப்பள்ளி குடும்பத்திற்கு அன்புடன் வரவேற்கிறோம்! 💐

புதிய கல்விப் பயணத்தில் தங்களின் வருகை, எங்கள் பள்ளி மாணவர்களுக்கும் ஆசிரியர்களுக்கும் புதிய உத்வேகத்தையும் சிறப்பான அனுபவங்களையும் வழங்கட்டும். தங்களின் சேவை இனிதே மலரட்டும்.

PROGRAM KALVI MADANI 2026 📚 Program KALVI MADANI sedang dilaksanakan di SJKT Gemas dari bulan Julai bagi menyokong perke...
26/09/2026

PROGRAM KALVI MADANI 2026

📚 Program KALVI MADANI sedang dilaksanakan di SJKT Gemas dari bulan Julai bagi menyokong perkembangan pendidikan dan kesejahteraan murid.

🎒 Melalui program ini, murid-murid turut menerima Kit Pembelajaran KALVI MADANI yang merangkumi beg, fail, alat tulis dan T-shirt sebagai galakan untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.

💚 Terima kasih kepada pihak MITRA, KPM, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

✨ Semoga program ini terus menyuntik semangat murid untuk menimba ilmu, mengembangkan potensi diri dan melakar kejayaan.

KALVI MADANI – Ilmu Disemai, Potensi Digilap, Masa Depan Gemilang!

🚫 *PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SJKT GEMAS* 🚫“Katakan Tidak Kepada Dadah, Pilih Kehidupan Yang Lebih Baik....
26/09/2026

🚫 *PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SJKT GEMAS* 🚫

“Katakan Tidak Kepada Dadah, Pilih Kehidupan Yang Lebih Baik.”

SJKT Gemas telah mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bertujuan memberikan pendedahan dan kesedaran kepada murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta kesannya terhadap diri, keluarga dan masa depan.

Program turut diserikan dengan taklimat interaktif dan pameran PPDa yang memberi peluang kepada murid mendapatkan maklumat serta memahami dengan lebih dekat tentang bahaya dadah dan bahan terlarang.

Semoga perkongsian dan pendedahan yang diberikan dapat menjadi panduan kepada murid untuk membuat pilihan yang bijak serta menjauhi perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri.

✨ Murid Ceria, Sekolah Sejahtera, Hidup Tanpa Dadah.

🚫 Katakan TIDAK kepada dadah!





📚✨ தமிழ் மொழி பட்டறை✨📚.                தேசிய வகை கிம்மாஸ் தமிழ்ப்பள்ளியில் 11.09.2026 (வெள்ளிக்கிழமை) அன்று தமிழ் மொழி ப...
26/09/2026

📚✨ தமிழ் மொழி பட்டறை✨📚.
தேசிய வகை கிம்மாஸ் தமிழ்ப்பள்ளியில் 11.09.2026 (வெள்ளிக்கிழமை) அன்று தமிழ் மொழி பட்டறை சிறப்பாக நடைபெற்றது.

🎙️ வளவாளர்:
திருமதி மோகனசெல்வி மோகன்
(தமிழ் மொழி சிறந்த ஆசிரியர்)

இப்பட்டறையின் மூலம் மாணவர்களின் தமிழ் மொழித் திறனை மேம்படுத்துதல், குறிப்பாக தமிழ் மொழியில் கட்டுரை எழுதும் திறன் மற்றும் அறிவை வளர்த்தல் ஆகியவை முக்கிய நோக்கங்களாக அமைந்தன.

மாணவர்கள் ஆர்வத்துடனும் உற்சாகத்துடனும் இப்பட்டறையில் கலந்து கொண்டு பயனுள்ள பல கருத்துகளையும் புதிய கற்றல் அனுபவங்களையும் பெற்றனர்.

👏 பயனுள்ள கருத்துகளையும் அறிவையும் மாணவர்களுடன் பகிர்ந்து கொண்ட திருமதி மோகனசெல்வி மோகன் அவர்களுக்கு எமது மனமார்ந்த நன்றியும் பாராட்டுகளும்.

🌟தமிழ் மொழி – அறிவையும் பண்பாட்டையும் வளர்க்கும் பாலம்!🌟

#தமிழ்மொழிபட்டறை #தமிழ்மொழி #தமிழ்க்கல்வி #தமிழ்ப்பள்ளி

📢 PEMBUKAAN TENDER KANTIN SEKOLAH 🍽️🏫Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Tender Pengurusan Kantin Sekolah kini dibuka...
09/09/2026

📢 PEMBUKAAN TENDER KANTIN SEKOLAH 🍽️🏫

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Tender Pengurusan Kantin Sekolah kini dibuka kepada mana-mana pihak yang berminat.

✨ Peluang untuk bersama-sama menyediakan perkhidmatan makanan yang bersih, sihat dan berkualiti kepada warga sekolah.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. 🙏



*PERTANDINGAN SAINS FAIR PERINGKAT NEGERI 2026*📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)📍 Tempat: SJKT Bandar Sri Sendayan🏆 Peringka...
07/09/2026

*PERTANDINGAN SAINS FAIR PERINGKAT NEGERI 2026*

📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: SJKT Bandar Sri Sendayan
🏆 Peringkat:Negeri
📜 Pencapaian:Mendapat Sijil Penyertaan

Murid telah menyertai Pertandingan Sains Fair Peringkat Negeri 2026 yang diadakan di SJKT Bandar Sri Sendayan. Penyertaan ini memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan pengetahuan Sains, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah serta memupuk minat terhadap bidang STEM. Murid telah menerima Sijil Penyertaan sebagai penghargaan atas penyertaan mereka. 🔬🏆📜

PERTANDINGAN KUIZ ICT DAN MELUKIS POSTER STEM Peringkat Negeri📅 Tarikh: 8 Ogos 2026🏆 Peringkat:Negeri🎖️ Pencapaian:Telah...
07/09/2026

PERTANDINGAN KUIZ ICT DAN MELUKIS POSTER STEM Peringkat Negeri

📅 Tarikh: 8 Ogos 2026
🏆 Peringkat:Negeri
🎖️ Pencapaian:Telah terpilih untuk mewakili ke peringkat kebangsaan

Murid telah menyertai Pertandingan Kuiz ICT dan Melukis Poster STEM Peringkat Negeri. Pertandingan ini memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan pengetahuan ICT, kreativiti, kemahiran berfikir serta minat dalam bidang STEM. Hasil penyertaan yang membanggakan, murid telah terpilih untuk melangkah ke peringkat kebangsaan. Tahniah atas pencapaian yang membanggakan! 🎉🏆🔬💻

**PERTANDINGAN “WHO WANTS TO BE A SCIENTIST?” 2026**📅 Tarikh:23 Mei 2026 (Sabtu)⏰ Masa:1.00 petang – 2.00 petang🏆 Pering...
07/09/2026

**PERTANDINGAN “WHO WANTS TO BE A SCIENTIST?” 2026**

📅 Tarikh:23 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa:1.00 petang – 2.00 petang
🏆 Peringkat:Kebangsaan – Pusingan Pertama
🔬 Kategori:Pertandingan STEM
📜 Pencapaian:Mendapat Sijil Penyertaan

Murid telah menyertai pertandingan “Who Wants to Be a Scientist?” First Round 2026 iaitu pertandingan STEM peringkat kebangsaan. Penyertaan ini memberi peluang kepada murid untuk menguji pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains serta meningkatkan minat terhadap STEM. Murid yang mengambil bahagian telah menerima Sijil Penyertaan sebagai penghargaan atas penyertaan mereka.

Bulan Kecergasan 20261 Julai hingga 31 JulaiPelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan sempena Bulan Kecergasan i...
06/09/2026

Bulan Kecergasan 2026
1 Julai hingga 31 Julai

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan sempena Bulan Kecergasan ini. Antaranya,
⚽️Permainan Stesen Tahap 1
⚽️Permainan Bola Sepak Tahap 2
⚽️Permainan Bola Jaring Tahap 2
🥗Ceramah Pemakanan Sihat
💃Zumba
🥙Jom Buat Resipi Sihat
📌Permainan Tradisi Kabbadi

Murid-murid telah menyertai dalam aktiviti dengan penuh semangat.

11 Julai 2026Kejohanan Hoki MSSNS 2026Tahniah dan syabas kepada murid Kita Thanusha Sree  yang telah memenangi Naib Joha...
05/09/2026

11 Julai 2026
Kejohanan Hoki MSSNS 2026

Tahniah dan syabas kepada murid Kita Thanusha Sree yang telah memenangi Naib Johan dalam Kejohanan Hoki peringkat Negeri.
👏🏻👏🏻👏🏻💐💐💐

Address

73400 GEMAS, NSDK
Gemas

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6079484935

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SJKT GEMAS TS 25 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share