SK FELDA Palong 9

SK FELDA Palong 9 Pelbagai aktiviti, makluman dan perkara berkaitan dengan SK (FELDA) Palong 9 dikongsikan di Page ini.

🌟 LAWATAN BIMBINGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JEMPOL DAN JELEBU (PPDJJ) 🌟Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi pengha...
25/08/2026

🌟 LAWATAN BIMBINGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JEMPOL DAN JELEBU (PPDJJ) 🌟

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Naimah binti Yaacob atas kunjungan dan bimbingan yang diberikan kepada pihak sekolah dalam aspek pengurusan makanan di kantin serta Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Lawatan dan bimbingan ini amat bermakna dalam usaha memastikan pengurusan makanan di sekolah sentiasa teratur, bersih, selamat dan memenuhi keperluan murid. 🍱✨

Semoga segala panduan dan nasihat yang diberikan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan lagi kualiti pengurusan kantin dan RMT demi kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan murid.

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. 🀝🌷

πŸ† PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) UNIT MUDA (SEKOLAH RENDAH) PERINGKAT ...
25/08/2026

πŸ† PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) UNIT MUDA (SEKOLAH RENDAH) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026πŸ†

Sekalung tahniah diucapkan kepada dua orang murid SK (Felda) Palong 9 di bawah atas kejayaan yang cemerlang dalam perkhemahan yang telah disertai.

Tuan Muhammad Afnan Bin Tuan Mohamad Lukman
1. Johan Pertandingan GenZ Idol
2. Tempat ke 3 Pertandingan Relay Bandaging
3. Tempat ke 5 Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Gajet Perkhemahan, Pertandingan Cef Muda.
Raudhahtul Zahra Binti Mohamad Shafiq
1. Johan Pertandingan GenZ Idol
2. Tempat ke 5 Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Gajet Perkhemahan, Pertandingan Cef Muda dan Pertandingan Relay Bandaging

Semoga kejayaan yang diperoleh menjadi pembakar semangat murid-murid yang lain agar lebih aktif dalam bidang kokurikulum. Tahniah diucapkan sekali lagi.

πŸ† ANUGERAH KECERIAAN KELAS 🌟Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang berjaya meraih Anugerah Keceriaan Kelas...
25/08/2026

πŸ† ANUGERAH KECERIAAN KELAS 🌟
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang berjaya meraih Anugerah Keceriaan Kelas bagi Tahap 1 dan Tahap 2! πŸŽ‰
🌱 TAHAP 1
πŸ₯‡ Johan – 2 Ikram
πŸ₯ˆ Naib Johan – 1 Ihsan
🌺 TAHAP 2
πŸ₯‡ Johan – 6 Ikram
πŸ₯ˆ Naib Johan – 6 Ihsan
Tahniah atas usaha, kerjasama dan komitmen semua guru serta murid dalam mewujudkan suasana kelas yang ceria, bersih dan kondusif. πŸ‘βœ¨
Teruskan usaha dan kekalkan keceriaan! πŸ’ͺ🌈

✨Majlis Pelancaran Program Scholl Anti-Bullying Framework for Empowerment (SAFE)✨Sekolah melangkah bersama dalam usaha m...
21/08/2026

✨Majlis Pelancaran Program Scholl Anti-Bullying Framework for Empowerment (SAFE)✨

Sekolah melangkah bersama dalam usaha memperkukuh budaya sekolah yang selamat, sejahtera dan bebas buli melalui Majlis Pelancaran Program School Anti-Bullying Framework for Empowerment (SAFE).

Program ini menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran, membina keberanian bersuara serta memperkasa warga sekolah dalam mencegah dan menangani isu buli.

🚫 Hentikan Buli.
🀝 Bina Empati.
πŸ’™ Wujudkan Sekolah Selamat.

🎀🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟🎀Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat anak-anak didik yang telah berjaya meraih Tempat Ke-...
20/08/2026

🎀🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟🎀

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat anak-anak didik yang telah berjaya meraih Tempat Ke-5 Bersama dalam Program Petah KPM: Pertandingan Bicara Berirama Bahasa Melayu Peringkat Daerah Jempol Tahun 2026. πŸ‘πŸŽ‰

Terima kasih atas usaha, komitmen dan semangat yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan. Walaupun persaingan sengit, kalian telah memberikan persembahan yang membanggakan! πŸ’ͺ✨

Tahniah anak-anak! Teruskan berusaha dan melakar kejayaan! πŸ†πŸŒŸ

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸŽΆπŸ‘Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat Cikgu Azuin, jurulatih Choral Speaking, serta anak-an...
20/08/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸŽΆπŸ‘

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat Cikgu Azuin, jurulatih Choral Speaking, serta anak-anak didik yang telah berjaya meraih Tempat Ke-4 dalam Program Petah KPM: Choral Speaking Competition Sekolah Rendah Daerah Jempol Tahun 2026. 🎀✨

Terima kasih atas komitmen, usaha dan semangat yang ditunjukkan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan kerjasama yang luar biasa! πŸ’ͺ🌟

Teruskan melakar kejayaan! Tahniah semua! πŸ‘πŸ‘

πŸš‘ PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS ANTARA UNIT BERUNIFORM πŸš‘Murid-murid berpeluang menguji kemahiran dan pengetahuan dalam ...
20/08/2026

πŸš‘ PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS ANTARA UNIT BERUNIFORM πŸš‘

Murid-murid berpeluang menguji kemahiran dan pengetahuan dalam pertandingan anduh dan balutan yang melibatkan unit-unit beruniform sekolah. πŸ’ͺ🩹

Pertandingan ini bukan sahaja menguji ketepatan, kepantasan dan kerjasama berpasukan, malah memupuk keyakinan serta kemahiran asas pertolongan cemas dalam kalangan murid.

πŸ‘ Syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat, disiplin dan kerjasama yang tinggi!

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Tahniah diucapkan kepada Nur Izara Syifa dan Hawa Hufairah atas pencapaian membanggakan dengan mera...
20/08/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Tahniah diucapkan kepada Nur Izara Syifa dan Hawa Hufairah atas pencapaian membanggakan dengan meraih Tempat Ke-4 daripada 10 kumpulan dalam Karnival Riang Ria Pemulihan Khas Daerah Jempol! πŸ†πŸ‘

πŸ“ Tempat: PULAPOL
πŸ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)

Syabas kepada kedua-dua murid yang telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta kecemerlangan! 🌟πŸ’ͺ

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†Sekalung tahniah diucapkan kepada Nur Humaira Sofea binti Noril atas kejayaan meraih Pingat Gangsa ...
20/08/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†

Sekalung tahniah diucapkan kepada Nur Humaira Sofea binti Noril atas kejayaan meraih Pingat Gangsa πŸ₯‰ dalam acara Lompat Jauh (Kategori P12BD) pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSS Negeri Sembilan Tahun 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, semangat dan keberanian mampu membawa kejayaan. Tahniah juga kepada guru pembimbing atas bimbingan dan komitmen yang diberikan.

🌟 Terus melangkah, terus mencipta kejayaan!

β›Ί PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) UNIT MUDA (SEKOLAH RENDAH) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026 πŸ©ΈπŸ“… 17 – 19 Ogos 2...
18/08/2026

β›Ί PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) UNIT MUDA (SEKOLAH RENDAH) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026 🩸

πŸ“… 17 – 19 Ogos 2026
πŸ“ Kem PUSAKO Hassan Basir, Batu Kikir

Semoga perkhemahan ini menjadi pengalaman bermakna dalam membina disiplin, kepimpinan, kerjasama dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta. ❀️

Selamat berkhemah dan teruskan berbakti! πŸ«‘β›Ί

Address

Felda Palong 9
Gemas
73430

Telephone

+6064668384

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK FELDA Palong 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share