SK Gemas

SK Gemas Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Gemas

Penggredan Markah Matriks Pembelajaran Tahun 4.
05/07/2026

Penggredan Markah Matriks Pembelajaran Tahun 4.



Info ringkas Matriks Pembelajaran Tahun 4.Aras soalan dalam skala 5.3.2 iaitu Aras Rendah 50% , Aras Sederhana 30% dan A...
05/07/2026

Info ringkas Matriks Pembelajaran Tahun 4.

Aras soalan dalam skala 5.3.2 iaitu Aras Rendah 50% , Aras Sederhana 30% dan Aras Sukar 20%.

Mudahnya daripada 50 soalan yang diuji, 25 soalan Aras Rendah, 15 soalan Aras Sederhana dan 10 soalan Aras Sukar.



โœŠ๐Ÿป TERIMA KASIH YB MENTERI PENDIDIKAN, YB PUAN FADHLINA SIDEK. MOGA FASALITI PADANG SK GEMAS BERTAMBAH BAIK โœŠ๐Ÿปโœจ Alhamdul...
03/07/2026

โœŠ๐Ÿป TERIMA KASIH YB MENTERI PENDIDIKAN, YB PUAN FADHLINA SIDEK. MOGA FASALITI PADANG SK GEMAS BERTAMBAH BAIK โœŠ๐Ÿป

โœจ Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT

โœจ Hari ini merupakan satu pengalaman yang amat bermakna buat anak-anak Gemas Warriors FC (GWFC) apabila berpeluang bertemu dengan Menteri Pendidikan Malaysia semasa sesi latihan.

โœจ Pertemuan ini menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus membangunkan bola sepak akar umbi di Sekolah Kebangsaan Gemas. Walaupun sehingga kini kami masih menjalankan latihan di padang awam kerana kekurangan kemudahan padang yang sesuai di sekolah, semangat anak-anak tidak pernah luntur.

โœจ Dengan penuh rasa hormat, kami berharap agar suatu hari nanti Projek Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Gemas diberi perhatian dan berpeluang memiliki sebuah padang sekolah yang lebih luas dan lengkap demi keselesaan serta pembangunan bakat murid-murid.

โœจ Semoga usaha kecil ini mendapat perhatian dan sokongan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia demi masa depan sukan bola sepak sekolah dan pembangunan generasi muda.







ใ‚šviralใ‚ท

โŒ PROGRAM ANTI BULI & GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SK GEMAS TAHUN 2026 โŒHari: SelasaTarikh: 30 Jun 2026Masa: 8.00 pagi hin...
03/07/2026

โŒ PROGRAM ANTI BULI & GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SK GEMAS TAHUN 2026 โŒ

Hari: Selasa
Tarikh: 30 Jun 2026
Masa: 8.00 pagi hingga 9.45 pagi
Tempat: Dewan Anggerik, SK Gemas

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Unit Hal Ehwal Murid SK Gemas bersama Unit Disiplin telah melakanakan Program Anti Buli & Gangguan Seksual Peringkat SK Gemas tahun 2026.

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Program ini bertujuan untuk mempromosikan kesedaran terhadap anti buli dan gangguan seksual serta meningkatkan keprihatinan murid terhadap kawalan disiplin, penjagaan sahsiah diri dan menghentikan aktiviti buli dan gangguan seksual serta merta.

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Terima kasih diucapkan kepada penceramah, Puan Nur Asyikin binti Mat Jurit, Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Tuanku Abdul Rahman kerana sudi hadir untuk bersama-sama berkongsikan sedikit info dan ilmu tentang perjara yang dibincangkan.

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Semoga semua murid dan warga SK Gemas dapat menggarap sebanyak mungkin ilmu yang dikongsikan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

๐Ÿ…KARNIVAL KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2026 ๐Ÿ…TARIKH  : 29/6/2026HARI      : ISNINTEMPAT : SK JELA...
29/06/2026

๐Ÿ…KARNIVAL KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2026 ๐Ÿ…

TARIKH : 29/6/2026
HARI : ISNIN
TEMPAT : SK JELAI 1 DAN SMK JELAI (F)

๐Ÿ… Syabas dan tahniah kepada Muhammad Zarif Ammar bin Zailani daripada PPKI SK Gemas kerana berjaya meraih tempat ke 3 kategori Lelaki Bawah 12 bagi acara Badminton.

๐Ÿ… Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha, berani mencuba dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. ๐ŸŽ‰๐Ÿ†

Jurulatih : En Megat Shamsuri bin Zulkopli
Guru pengiring : Pn Zalina binti Salim

๐ŸŒนSANTAPAN ROHANI: INDAHNYA PAGI JUMAAT BERSAMA SURAH YASSIN๐ŸŒนโœจ Alhamdulillah, bacaan Surah Yasin terus menjadi amalan min...
25/06/2026

๐ŸŒนSANTAPAN ROHANI: INDAHNYA PAGI JUMAAT BERSAMA SURAH YASSIN๐ŸŒน

โœจ Alhamdulillah, bacaan Surah Yasin terus menjadi amalan mingguan warga sekolah pada setiap hari Jumaat.

โœจ Bacaan yasin pada hari ini telah dipimpin oleh Ketua Pengawas SK Gemas, iaitu Adik Aqil Muqri bin Mohd Sharifuddin. Semoga amalan yang istiqamah ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan guru serta murid.

โœจ Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu yang bermanfaat, mempermudah segala urusan pembelajaran, melimpahkan rahmat kepada seluruh warga sekolah, serta menjadikan anak-anak didik kita insan yang beriman, berilmu, dan berakhlak mulia.

"Ya Allah, jadikanlah al-Quran sebagai penenang hati kami, cahaya dalam kehidupan kami, dan petunjuk menuju keredaan-Mu."

๐Ÿคฒ Semoga setiap langkah kita hari ini dipenuhi keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPROGRAM EKSPLORASI KEMERDEKAAN DAN RUKUN NEGARA TAHUN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHARI: RABUTARIKH: 24 JUN 2026TEMPAT: DEWAN BESTARI, SK GE...
25/06/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPROGRAM EKSPLORASI KEMERDEKAAN DAN RUKUN NEGARA TAHUN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

HARI: RABU
TARIKH: 24 JUN 2026
TEMPAT: DEWAN BESTARI, SK GEMAS

๐Ÿ…Alhamdulillah, Program Eksplorasi Kemerdekaan dan Rukun Negara bagi tahun 2026 berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

๐Ÿ… Jutaan terima kasih kepada Team Lidah Pendeta. Bukan kaleng-kaleng mereka ni. Terima kasih buat Mej. Dr. Shariman B. Salleh (Bersara) veteran ATM & Pengarah Program Eksplorasi Kemerdekaan & Rukun Negara Sekolah-sekolah Malaysia. Terima kasih Tn. Hj. Ramli B. Mohd Shahmin, Mantan Jurulatih Projek Everest Malaysia Pertama & Trainer Kanan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri.

๐Ÿ… Terima kasih Tn. Mohd Aminudin B. Mohd Yusof, mantan Jurulatih Kanan Bhgn Koko (Unit Beruniform) Kementerian Pendidikan Malaysia & Mantan Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPP) Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri.
Semangat patriotisme terus disemarakkan melalui Program Eksplorasi Kemerdekaan yang telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan penglibatan aktif daripada para peserta.

๐Ÿ… Tahniah kepada Tuan GPK Kokurikulum Ustaz Zairi , penyelaras program Cikgu Din, KP Sejarah Cikgu Fatin dan seluruh jawatankuasa yang memastikan program ni dapat direalisasikan dan berjalan lancar dengan pengisian khusus bagi penerapan rasa cinta akan negara dan penghayatan rukun negara kepada anak-anak SK Gemas kita.

๐Ÿ… Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang menunjukkan semangat kerjasama, kreativiti, dan kecintaan terhadap negara sepanjang program berlangsung. Semoga program ini dapat menanam nilai patriotisme yang tinggi dan mengingatkan kita akan pengorbanan tokoh-tokoh yang telah berjuang demi kemerdekaan Malaysia.

๐Ÿ… Semoga curahan ilmu ini menjadi ladang pahala buat tuan bertiga.

Gemilang bersama!!

๐Ÿค๐Ÿผ CAKNA KASIH MUHAMMAD NAJMI HAKIM BIN MOHAMAD ISA ๐Ÿค๐Ÿผโœจ Pihak pentadbir bersama dengan unit kebajikan SK Gemas berkesemp...
23/06/2026

๐Ÿค๐Ÿผ CAKNA KASIH MUHAMMAD NAJMI HAKIM BIN MOHAMAD ISA ๐Ÿค๐Ÿผ

โœจ Pihak pentadbir bersama dengan unit kebajikan SK Gemas berkesempatan untuk hadir ke teratak adik Muhammad Najmi Hakim bagi Ziarah Cakna Kasih.

โœจ Pihak sekolah juga telah menyerahkan wang sumbangan kepada keluarga Najmi. Moga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga Najmi untuk menjalani rawatan susulan.

โœจ Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah mengganjarkan sebaik-baik kebaikan kepada semua penyumbang.

โœจ Doakan agar kesihatan Muhammad Najmi Hakim bin Mohamad Isa kembali pulih dan dapat menjalani rawatan susulan dengan baik.

๐Ÿ“šHARI JALINAN MINDA SK GEMAS BAGI UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK TAHUN 2026 ๐Ÿ“šTarikh: 19 Jun 2026Hari: JumaatTempat: Kel...
23/06/2026

๐Ÿ“šHARI JALINAN MINDA SK GEMAS BAGI UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK TAHUN 2026 ๐Ÿ“š

Tarikh: 19 Jun 2026
Hari: Jumaat
Tempat: Kelas 4M, 5K, 6C, 6K dan Dewan Bestari, SK Gemas
Masa: 10.05 pagi hingga 12.05 tengah hari

๐Ÿ“š Alhamdulillah, program Hari Jalinan Minda telah berlangsung dengan penglibatan ibu bapa, murid dan guru. Program ini menjadi platform untuk berkongsi perkembangan akademik, sahsiah dan potensi murid secara lebih dekat.

๐Ÿ“š Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan kerjasama yang baik. Semoga jalinan erat antara sekolah, ibu bapa dan murid terus diperkukuh demi kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.

๐ŸŒ PROMOSI PLANETARIUM MUDAH ALIH ๐ŸŒHari: JumaatTarikh: 19 Jun 2026Tempat: Dewan Bestari, SK GemasMasa: 8.00 pagi hingga 9...
23/06/2026

๐ŸŒ PROMOSI PLANETARIUM MUDAH ALIH ๐ŸŒ

Hari: Jumaat
Tarikh: 19 Jun 2026
Tempat: Dewan Bestari, SK Gemas
Masa: 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

๐ŸŒ Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Planetarium Mudah Alih dengan ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 9 Julai 2026
๐Ÿ’ฐ Bayaran: RM15 seorang murid
๐Ÿ“ Borang kebenaran akan diedarkan pada minggu hadapan untuk tindakan ibu bapa/penjaga.

๐ŸŒ Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amat dihargai bagi menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

Address

Sekolah Kebangsaan Gemas, Jalan Batu Anam
Gemas
73400

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Gemas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share