Sekolah Agama Rakyat - S.A.R Felda Palong 9/10/11/18

Sekolah Agama Rakyat - S.A.R Felda Palong 9/10/11/18 سكوله اڬام رعيت فيلدا ڤالوڠ ٩/١٠/١١/١٨

06/08/2025
PROGRAM MOTIVASI"ANAK SOLEH, BIJAK BELAJAR"Tarikh: 5 Ogos 2025 (Selasa)Tempat: Dewan SAR (F) Felda PalongAnjuran: SAR (F...
06/08/2025

PROGRAM MOTIVASI
"ANAK SOLEH, BIJAK BELAJAR"
Tarikh: 5 Ogos 2025 (Selasa)
Tempat: Dewan SAR (F) Felda Palong
Anjuran: SAR (F) Palong 9, 10, 11 & 18

Pada 5 Ogos 2025 yang lalu, telah berlangsung satu Program Motivasi bertajuk “Anak Soleh, Bijak Belajar” yang melibatkan murid-murid dari SAR (F) Palong 9, 10, 11 dan 18. Program ini diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat dan motivasi dalam kalangan pelajar agar menjadi individu yang cemerlang dari segi akademik serta berakhlak mulia.

Sepanjang program, pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik belajar berkesan, kepentingan disiplin dalam menuntut ilmu, serta nilai-nilai murni yang perlu diamalkan sebagai seorang anak soleh. Penceramah juga berjaya menyampaikan mesej dengan pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif, menjadikan suasana lebih berkesan dan bermakna.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan memberi impak positif kepada para pelajar yang hadir. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Bacaan Yaasin Bulanan Edisi Ogos 2025Pada 4 Ogos 2025 (Isnin), telah berlangsung Program Bacaan Yaasin Bulanan anjuran S...
06/08/2025

Bacaan Yaasin Bulanan Edisi Ogos 2025

Pada 4 Ogos 2025 (Isnin), telah berlangsung Program Bacaan Yaasin Bulanan anjuran SAR (F) Palong 9, 10, 11 & 18 bertempat di dewan sekolah. Program ini disertai oleh para murid lelaki dan perempuan serta guru-guru pengiring.

Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk rasa cinta terhadap al-Quran, melembutkan hati, dan menenangkan jiwa di samping menjadi salah satu usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT agar segala ilmu yang dipelajari mudah difahami dan meresap ke dalam jiwa pelajar.

Program ini dimulakan dengan bacaan Yaasin secara berjemaah, dipimpin oleh pelajar-pelajar terpilih dengan bimbingan guru. Suasana yang tenang dan penuh penghayatan jelas terpancar pada wajah para peserta yang khusyuk mengikuti setiap ayat yang dibaca.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada setiap bulan sebagai amalan berterusan dalam membentuk sahsiah dan jiwa murid yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

Alhamdulillah & Tahniah! 🌟Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Muhammad Shah Khalif bin Shahrizal  dari SAR Felda Palong ...
19/07/2025

Alhamdulillah & Tahniah! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Muhammad Shah Khalif bin Shahrizal dari SAR Felda Palong 9,10 & 11 yang mewakili daerah Jempol dalam Pertandingan Ihtifal Peringkat Negeri dalam kategori Penulisan Jawi yang berlangsung di SK Kg Baru, Si Rusa, Port Dickson!

Satu pencapaian yang membanggakan buat sekolah, guru-guru, dan seluruh warga SARFP910&11. Semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya mengharumkan nama sekolah serta daerah Jempol. 💪✨

Doakan kejayaan Adik Muhammad Shah Khalif bin Shahrizal!

Selamat Menduduki Peperiksaan U.P.K.K bagi Sesi 2024 kepada seluruh murid Tahun 5 Sesi 2024. Semoga diberi petunjuk dan ...
03/01/2025

Selamat Menduduki Peperiksaan U.P.K.K bagi Sesi 2024 kepada seluruh murid Tahun 5 Sesi 2024. Semoga diberi petunjuk dan kejayaan kepada mereka serta dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Semoga dengan kejayaan mereka, dapat membantu mereka dalam kehidupan beragama. InShaAllah.

Untuk pengetahuan, peperiksaan akan bermula hari Isnin (6 Januari 2025) sehingga hari Khamis (9 Januari 2025).

Marilah sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat mereka.






Selamat Menduduki Peperiksaan U.P.K.K bagi Sesi 2023 kepada seluruh murid Tahun 5 Sesi 2023. Semoga diberi petunjuk dan ...
16/01/2024

Selamat Menduduki Peperiksaan U.P.K.K bagi Sesi 2023 kepada seluruh murid Tahun 5 Sesi 2023. Semoga diberi petunjuk dan kejayaan kepada mereka serta dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Semoga dengan kejayaan mereka, dapat membantu mereka dalam kehidupan beragama. InShaAllah.

Untuk pengetahuan, peperiksaan akan bermula hari ini (16 Januari 2024) sehingga hari Selasa (23 Januari 2024).

Marilah sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat mereka.






*BENGKEL SKOR A UPKK 2023*Assalamualaikum WBT. Sukacitanya dimaklumkan bahawa hari ini pihak sekolah menghantar 5 orang ...
06/12/2023

*BENGKEL SKOR A UPKK 2023*

Assalamualaikum WBT.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa hari ini pihak sekolah menghantar 5 orang murid terpilih bersama 2 orang guru pengiring ke :

📌 BENGKEL SKOR A UPKK 2023
📌 RABU, 06/12/2023
📌 KOMPLEKS RAKAN MUDA JEMPOL

Semoga semua murid & guru yang terlibat mendapat manfaat sebaiknya dan kongsikan bersama murid yang lain.

*_S.A.R. FELDA PALONG 9,10,11&18_*

*PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK 2023*Assalamualaikum WBT..Adalah dimaklumkan bahawa seramai 47 orang calon UPKK 2023 akan me...
27/11/2023

*PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK 2023*

Assalamualaikum WBT..
Adalah dimaklumkan bahawa seramai 47 orang calon UPKK 2023 akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPKK 2023 pada ketetapan berikut :

📌 ISNIN - KHAMIS
📌 27 - 30 NOVEMBER 2023
📌 DEWAN SAR PALONG 9,10,11&18

SEMOGA SEMUA CALON UPKK 2023 DIPERMUDAHKAN MENJAWAB SOALAN DAN MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG AMIINN.

- S.A.R. FELDA PALONG 9,10,11&18 -

*PENDAFTARAN TAHUN 1 SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA PALONG 9,10,11&18 BAGI SESI 2024 TELAH DIBUKA*Assalamualaikum WBT...Suka...
12/11/2023

*PENDAFTARAN TAHUN 1 SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA PALONG 9,10,11&18 BAGI SESI 2024 TELAH DIBUKA*

Assalamualaikum WBT...
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Agama Rakyat FELDA Palong 9,10,11&18 telah membuka Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024.

📌 Borang Pendaftaran boleh didapatkan di Tabika Palong 9,10&11, Pra Sekolah dan Masjid Nurul Iman.

📌 Penjaga hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran dan salinan dokumen sebelum dihantar kepada pihak sekolah.

📌 Borang Pendaftaran perlu dihantar kepada pihak sekolah pada ketetapan berikut :

✅ TARIKH : *01/11/2023 HINGGA 15/12/2023*
✅ MASA : *3.00 HINGGA 5.00 PETANG*

📌 Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor di bawah 👇🏻
Ustazah Wana : 011-1664 0390
Ustazah Akmar : 011-5336 7066

Harap maklum. Terima kasih.

S.A.R. FELDA PALONG 9,10,11&18

7 OKTOBER 2023 - SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT FELDA PALONG 9/10/11, ANJURAN Masjid Nurul Iman Kariah Felda Palong 9,...
08/10/2023

7 OKTOBER 2023 - SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT FELDA PALONG 9/10/11, ANJURAN Masjid Nurul Iman Kariah Felda Palong 9, 10, 11 & 18

Semoga dengan penganjuran program ini, semangat kita dalam mengingati sirah dan perjuangan Rasulullah SAW tidak pudar. Kekalkan selawat tanpa jemu.





اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلمSelamat memperingati hari keputeraan Baginda, Muhammad Rasulullah S.A.W denga...
28/09/2023

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Selamat memperingati hari keputeraan Baginda, Muhammad Rasulullah S.A.W dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda S.A.W.

Tidak lupa juga untuk kembali memperingati sirah-sirah kehidupan Baginda dalam payah jerih membawa dan mengajar Islam dalam hayat Baginda, sehingga dapat dinikmati sehingga ke generasi hari ini.




Address

Sekolah Agama Rakyat Felda Palong 9/10/11/18
Gemas
73430

Opening Hours

Monday 14:00 - 17:45
Tuesday 14:00 - 17:45
Wednesday 14:00 - 17:45
Thursday 14:00 - 17:45
Friday 14:00 - 17:45

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Rakyat - S.A.R Felda Palong 9/10/11/18 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Agama Rakyat - S.A.R Felda Palong 9/10/11/18:

Shortcuts

Share

Category