15/05/2026
Alhamdulillah.
Papan tanda baru di sekitar jalan SKKP dalam pemasangan oleh pihak kontraktor MBIP.
Terima kasih kepada Ahli Majlis Zon 9 (2025) En Yusli bin Yusof ketika kami membuat permohonan dan susulan demi susulan untuk pemasangan ini.
Terima kasih juga kepada Ahli Majlis Encik Akmal bin Melan untuk susulan lanjutan kerama kawasan Kg.Pulai berada dibawah seliaan beliau pada tahun ini setelah rombakan kawasan Ahli Majlis(2026).
Terima kasih juga kepada YB Pandak Ahmad atas usul kesesakan jalan Kg Pulai.
Kita masih menunggu lintasan belang dan bonggol demi keselamatan murid-murid SKKP.
Kami berharap, para pengguna jalan kampung pulai sama ada penduduk setempat atau orang luar yang melalui kawasan ini cakna akan kawasan sekolah dan lebik peka dan menitik beratkan keselamatan murid - murid pada waktu datang dan pulang sekolah.
11/05/2026
TAHNIAH!!!
SK Kampung Pulai tahun ini telah menghantar wakil untk untuk Pertandingan Bahas Ala Parlimen Daerah Johor Bahru 2026 sempena Karnival Bahasa Melayu 2026 yang telah berlangsung di Perpustakaan Sultan Ismail pada 11-13 Mei 2026.
Sekalung tahniah diucapkan kepda wakil – wakil SK Kampung Pulai :
1. Muhammad Qhaleef Zahein bin Zulkiflee - 6 Agena
2. Nur Farah Hanis Binti Muhammad Hafiez - 6 Agena
3. Nurul Izzah binti Noor Syahreer - 6 Agena
4. Nur Aisyah Aqilah Binti Abdul Rahman - 5 Agena
5. Aisyah Nur Batrisha Binti Abdullah - 5 Agena
6. Nur Adawiyah Binti Muhammad Nur Amin - 6 Agena
7. Muhammad Ammar Raziq bin Mohd Faizal - 6 Agena
Tahniah juga untuk guru pembimbing dan melatih murid yang terlibat dalam masa yang singkat.
Kami daripada barisan PIBG mendoakan semoga wakil kita peroleh kejayaan. Tetapi menang kalah adat pertandingan. Semoga mereka memperoleh pengalaman yang berharga dalam menyertai pertandingan ini.
08/05/2026
Assalamualaikum semua
Kami dari PIBG SK Kampung Pulai, ingin mengambil sedikit masa anda untuk menbantu kami dalam maklumbalas program kebajikan yang telah dilaksanakan oleh KAMI sepanjang tahun 2025-2026.
Antara program kebajikan yang telah kami laksanakan adalah progran bantuan peralatan awal persekolahan 2026 dan bakul 1 syawal 2026.
Maklumbalas daripada anda dapat membantu kami dalam perancangan yang lebih teratur pada tahun 2026-2027.
Terima kasih atas maklumbalas anda.
KAJI SELIDIK
MAKLUMBALAS PROGRAM KEBAJIKAN PIBG SK KAMPUNG PULAI UNTUK TAHUN 2025-2026
13/04/2026
Bismillahirrahmanirrahim..
BARISAN JAWATANKUASA PIBG BAGI TEMPOH 2026-2027
Kami sebagai perantara yang menjaga kebajikan murid - murid di SK Kampung Pulai akan memastikan tahun 2026-2027 ini pelbagai program dan aktiviti akan kami ketengahkan terutama kebajikan murid - murid.
Namun kami tidak dapat bergerak lebih jauh tanpa sokongan anda semua. Mungkin juga ada idea-idea daripada anda yang dapat kami ketengahkan.
Kami juga berharap jika anda mengetahui murid- murid di SKKP yang memang memerlukan tetapi terlepas pandang dari pihak kami, amat kami alu- alukan untuk anda salurkan maklumat kepada kami.
Jika terdapst permasalahan dan idea yang ingin diketengahkan boleh berhubung dengan kami.
Semoga usaha kecil kami ini memberi manfaat besar kepada murid - murid serta keluarga yang memerlukan.
Kami berkhidmat untuk kebajikan anda🫶
13/04/2026
Alhamdulillah, tempoh perlaksanaan PIBG bagi tahun 2025-2026 telah melabuhkan tirainya. Segalanya telah selesai dengan baik dan berjalan lancar. Jawatankuasa bagi tempoh 2025-2026 telah selamat dibubarkan dan Jawatankuasa baru bagi tempoh 2026-2027 telah dibentuk.
Untuk tempoh 2025-2026, pelbagai tindakan ,program, gerak kerja telah dijalankan untuk memastikan segala perkara yang disusun dan dirancang berjalan lancar.
Antara program baru yang kita lancarkan untuk tempoh ini Adalah bantuan alat kelengkapan persekolahan dan bantuah bakul 1 syawal dimana focus kita adalah keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yatim. Namun, kami berharap dapat meluaskan bantuan ini kepada lebih ramai penerima pada masa akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada barisan jawatankuasa lalu bagi tempoh 2025-2026 yang telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan baik serta komited dalam memastikan tiap perkara yang dijalankan berjalan lancar.
Namun, saya berharap agar ukhuwah dan Kerjasama ini masih dapat diteruskan walaupun ahli lepas bukan di kalangan jawatankuasa baru yang dilantik.
Sekian, Terima Kasih.
MOHAMAD NASRI BIN SULAIMAN
YDP PIBG SK KAMPUNG PULAI
26/02/2026
ismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..
Dari Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan." (HR. At-Tirmidzi, Al-Baihaqi).
PIBG SKKP dengan kerjasama Alumni SKKP menjalankan program Infaq untuk Bakul 1 syawal bagi agihan kepada golongan memerlukan terdiri daripad a keluarga murid SKKP yang terpilih.
Tujuan program ini adalah untuk memastikan terdapat juadah pagi raya disajiikan kepada keluarga bagi meraikan 1 Syawal.
Oleh itu, marilah kita bersama - sama memanfaatkan bulan mulia ini untuk berinfaq.
Semoga infaq kalian dapat memberikan senyuman pada pagi syawal untuk keluarga ini.
Infaq kalian kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
05/01/2026
Bismillahirrahmanirrahim..
Kami sebagai perantara yang menjaga kebajikan murid - murid di SK Kampung Pulai akan memastikan tahun 2026 ini pelbagai program dan aktiviti akan kami ketengahkan terutama kebajikan murid - murid.
Namun kami tidak dapat bergerak lebih jauh tanpa sokongan anda semua. Mungkin juga ada idea-idea daripada anda yang dapat kami ketengahkan.
Kami juga berharap jika anda mengetahui murid- murid di SKKP yang memang memerlukan tetapi terlepas pandang dari pihak kami, amat kami alu- alukan untuk anda salurkan maklumat kepada kami.
Semoga usaha kecil kami ini memberi manfaat besar kepada murid - murid serta keluarga yang memerlukan.
Kami berkhidmat untuk kebajikan anda🫶