02/05/2026
Kami mencari tukang masak untuk warga Madrasah.
Jika ada yang dapat memenuhi kriteria berikut boleh berhubung terus di :
https://wa.me/+601115352023
Ditubuhkan pada Januari 2012, bermula dengan sebuah rumah di alamat No 10 Jalan Pak Imam, Kg Ladang.
02/05/2026
Kami mencari tukang masak untuk warga Madrasah.
Jika ada yang dapat memenuhi kriteria berikut boleh berhubung terus di :
https://wa.me/+601115352023
28/04/2026
28 April 2026 (Selasa)
SYAHADAH 30 JUZ
Alhamdulillah selesai syahadah pelajar bernama Ainul Nasuhah binti Abdullah yang telah berlangsung selama 2 hari ini dengan pangkat Mumtaz.
Ujian ini disemak oleh Ustazah Hajar binti Kamaruddin sebagai panel utama dengan bantuan 2 orang pelajar (Rashidah & Safa).
Ujian ini telah bermula pada 27 April 2026 & berakhir pada 28 April 2026.
Tahniah buat Guru, Pelajar & Ibubapanya.
Semoga pelajar ini menjadi insan yang bermanfaat buat umat, menjaga & beramal dengan Al Quran serta menjadi pembakar semangat buat pelajar lain.
Siiru Ala Barakatillah!
" ASAS BENAR CEMERLANG DUNIA AKHIRAT "
12/04/2026
11 April 2026 (Sabtu)
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri semalam dengan penuh kemeriahan dan suasana ukhuwah yang indah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja dan para pelajar yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan dari awal sehingga majlis berakhir.
Terima kasih juga kepada ibu bapa dan para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis, di samping membawa pelbagai juadah yang lazat.
Kehadiran semua amat bermakna dan menceriakan sambutan Aidilfitri kita.
Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
Semoga silaturahim yang terjalin terus kukuh dan diberkati.
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙
" ASAS BENAR CEMERLANG DUNIA AKHIRAT "
31/03/2026
Assalamualaikum W.B.T.
Dengan penuh rasa syukur dan berbesar hati, kami warga Madrasah Tahfiz Az Zahra (MATAZ) ingin menjemput semua untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1447H / 2026M.
Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
Masa : 5.00 petang - 9.00 malam
Tempat : Dataran 2 MATAZ
Mari kita eratkan silaturahim, raikan kemenangan dan cipta kenangan bersama di bulan Syawal yang mulia ini.
Semua dijemput hadir, jangan segan-segan.
“ ASAS BENAR CEMERLANG DUNIA AKHIRAT “
20/03/2026
🌙 Salam Aidilfitri Mubarak 🌙
Seluruh warga Madrasah Tahfiz Az Zahra (MATAZ) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Didoakan agar segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan dikurniakan keampunan oleh Allah SWT.
Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya.
18/03/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas segala kebaikan dan kemurahan hati para penginfaq yang telah menyumbang makanan sepanjang Ramadhan pertama hingga 27 Ramadhan ini.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang diterima, diberkati, dan menjadi asbab ganjaran berlipat ganda di sisi Allah Taala.
Kami juga mendoakan agar para penginfaq sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, serta dilimpahi rezeki yang berkat dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.
امين يا رب العالمين 🤲🏻
“ ASAS BENAR CEMERLANG DUNIA AKHIRAT ”
17/03/2026
17 Mac 2026 ( Selasa )
Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Duit Raya 🌙
Majlis dimulakan dengan bacaan khatam Al-Quran, diikuti tausiyah daripada mudir, Ustaz Lutfi. Antara pesanan yang disampaikan ialah jaga solat, jaga hafazan, dan jaga pergaulan dengan yang bukan mahram.
Seterusnya, sesi penyampaian duit raya dan ucapan penutup daripada Ayahanda.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.
Selamat bercuti semua,
moga sentiasa dalam jagaan Allah.
" ASAS BENAR CEMERLANG DUNIA AKHIRAT "
15/03/2026
Antara aktiviti yang mengisi bulan Ramadan bagi pelajar adalah tadarus Al-Quran.
Semoga setiap helaian yang dibaca membawa keberkatan dan rahmat dari Allah.
اللّهُمَّ اجعلْنا من أهلِ القرآن، الذين هم أهلُك وخصوصُك.
(Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan ahli Al-Quran, yang merupakan golongan yang Engkau cintai dan pilih)”
Jom perbanyakkan tadarus Al Quran!
" ASAS BENAR CEMERLANG DUNIA AKHIRAT "
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |