25/05/2023
3 ILMU PALING ASAS TENTANG EMAS sebelum anda memulakan simpanan emas :
1. Beli emas mesti boleh dapat emas (fizikal), sama macam beli emas di kedai-kedai emas. Emas tu boleh simpan sendiri.
2. Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan seperti dividen ASB atau Tabung Haji. Yang ada cuma, beli harga rendah dan jual harga tinggi untuk dapat untung.
3. Emas sesuai untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Ia tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan pada waktu terdekat.
Apa contoh simpanan jangka panjang?
Simpan emas sikit-sikit hingga capai target 200g, boleh guna untuk deposit rumah 5 tahun akan datang.
Simpan hingga cukup 10 Dinar, dua tahun lagi boleh guna untuk pergi umrah (bagi yang muslim)
https://www.publicgoldofficial.com/IdaMan
21/03/2023
Simpanan emas simpanan jangka panjang..
https://publicgoldofficial.com/Idaman
21/03/2023
Gais.
Bukan semua emas martabatnya sama.
Jom belajar daripada pengalaman customer saya nie.
Dia orang Melaka.
Dia beli emas jenama XYZ dari sorang agen emas di KL. Dalam 120 gram (6 ketul).
Beliau ingatkan semua emas 999.9 nie sama aja.
Namun bila beliau nak jual emas balik emas nie, maka mula lah timbul masalah.
Syarikat nie takde agen kat Melaka. Pastu takde branch kat Melaka.
Kalau nak jual maka dia kena travel pergi KL.
Ini proses yang renyah, buang masa dan menyusahkan beliau. Jadi beliau tak mahu menempuh susah payah tersebut.
Akhirnya dia contact saya. Ketika itu saya berada di Indonesia.
“En. syukor, Public Gold beli tak emas jenama lain?” Tanya beliau.
“Ya Public Gold memang beli emas jenama lain. Takde masalah untuk jual kat Public Gold balas saya”
Berapa harga Public Gold beli? Tanya beliau (soalan pada hari Khamis 16/3/2023).
Bila saya check dengan office Public Gold, harga beli balik masa tu adalah RM5180 untuk 20gram.
“Ok saya nak jual, saya tunggu En. Syukor balik dari Indonesia dahulu” balas beliau.
Namun, pada hari saya balik pada Sabtu, tiba-tiba Public Gold buat offer belian balik emas 999.9 pada harga 275 segram.
Jadi sekarang nie kalau dia jual, maka dia akan dapat RM5500 sekeping!
Saya terus call beliau dan bagitau offer belian balik pada harga RM275 segram. Beliau sangat teruja! Jadi saya minta beliau terus ke Public Gold Melaka untuk berurusan.
Beliau jual 120gram dgn nilai RM33,000 (tengok resit belian balik).
Alhamdulillah, beliau memanjatkan kesyukuran kerana Public Gold sanggup membeli emas jenama lain dengan harga tertinggi.
Pada waktu itu, beliau sedar bahawa bukan semua jenama emas nie sama standardnya.
Ada emas yang senang dibeli tapi susah dijual. Leceh! Macam kes beliau.
Emas Public Gold sangat senang dibeli dan dijual.
Ini kerana Public Gold mempunyai berpuluh ribu dealer aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore. Jadi anda anda ketenangan fikiran.
Kalau anda rasa semua emas yang sama, kisah ini boleh merubah persepsi anda.
Beli ajer jenama yang established macam Public Gold. Tenang fikiran 🤗
Kredit
26/01/2023
Apa cerita emas hari ini? 26/1/2023
Hari ini Hellogold syarikat yang menawarkan pelaburan emas melalui apps mereka Hellogold telah mengumumkan untuk menutup operasi mereka di Malaysia dan Thailand.
Untuk pengetahuan anda, Hellogold ditubuhkan pada tahun 2015 dan mereka menawarkan pelaburan emas melalui apps serendah RM1.
Saya sendiri pernah try guna Hellogold sebelum nie. Cuma saya dapati mereka lebih menekankan pelaburan emas melalui apps.
Dulu orang selalu tanya saya juga, apa beza Hellogold dengan Public Gold?
Jadi saya cakap “Public Gold lebih kepada belian emas fizikal.
Public Gold nak orang beli dan dapat emas fizikal dalam tangan.
Kalau orang simpan dalam akaun simpanan emas GAP Public Gold pun, Public Gold akan galakkan untuk mereka keluarkan emas fizikal dan pegang dalam tangan.
Sebab itu Public Gold ada sangat banyak pilihan emas fizikal dari sekecil-kecil 0.5g sehinggalah 1 kilogram.
Dealer Public Gold semuanya mengajar orang tentang beli dan pegang emas fizikal.
Itu falsafah Public Gold dari hari pertama sehingga sekarang.
You buy gold, you get physical gold.
You simpan dalam akaun GAP pun, kita galakkan keluarkan emas fizikal bila dah sampai target beratnya.
Kredit Tuan Syukor Hashim
11/12/2022
LARI JAUH JAUH DENGAN LAJUNYA !
1. Bila ada keuntungan bulanan dijanjikan, maka lari jauh jauh sampai hilang dari pandangan mata.
2. Bila ada yang mintak kawan carikan kawan.
"Makin ramai makin untung".
3. Perlu buat Pembiayaan Peribadi untuk melabur.
"Kawan saya dah masuk Dr, dia dah buat loan RM88,000 masuk".
Tunggu dia menangis tahun depan.
Bila saya nasihat, dia kata ;
"Kalau tak nak masuk, jangan hasut orang tak bagi masuk p**a!"
Kawan kawan yang mulia,
Kita dah nak masuk tahun 2023 dah nie.
Asas pelaburan adalah ilmu.
Ya ilmu, cari ilmu dulu bagaimana dia boleh bagi dividen tiap bulan. Jika berniaga memang ada untung tiap bulan punya.
Jangan sebok nak buat loan kalau buku pun tak pernah beli dan baca.
Kukuhkan asas pelaburan dulu,
baru belajar melabur kawan.
Melabur bukan macam berniaga,
tiap tiap bulan ada untung semudah itu.
Jika engkau ingin hidup senang,
maka hendaklah engkau rela di anggap sebagai tidak berakal atau di anggap orang bodo.
Biar nampak miskin dan bodo tak masuk pun tak mengapa.
Biar dituduh bodoo tak faham pelaburan,
dari ditipu dan hilang segala simpanan yang ada.
Kredit Tuan Azizul Azli.
07/11/2022
“Rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu”
Itulah yang kena tahu kalau nak bercakap tentang pelaburan.
Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita sendiri tak sanggup lebur 100%! Duit tu tak sesuai dilaburkan.
Mana-mana guru pelaburan (bukan “salesman pelaburan”) pun akan suruh adakan simpanan kecemasan sekurang-kurang berjumlah 6 bulan gaji dulu sebelum melabur.
Bila ada lebih, duit itulah yang sesuai dilaburkan.
Jadi jangan sibuk melabur kalau duit simpanan kecemasan 6 bulan gaji pun belum ada.
Selagi belum ada simpanan 6 bulan gaji, fokus dulu untuk tambahkan ilmu, perbaiki cashflow, cari jalan tambahkan pendapatan, dan urus hutang dengan baik.
Tak perlu gopoh nak melabur.
Orang kaya di dunia melabur sebab mereka ada duit lebih, bukan sebab nak cari duit lebih.
Kalau nak cari duit lebih, pelaburan bukan tempatnya.
Sebaliknya, tingkatkan kemahiran sedia ada, atau tambah kemahiran baru supaya majikan sanggup bayar kita lebih mahal.
Kalau majikan sedia ada tak hargai kemahiran kita, cari majikan lain yang sanggup bayar kita lebih mahal.
Atau gunakan kemahiran baru untuk cari pendapatan tambahan di luar waktu kerja.
Itulah cara lebih baik kalau “nak cari duit lebih”.
Sepanjang saya aktif sampaikan seminar tentang emas dan kewangan sejak 2016, majoriti peserta seminar setuju, “mereka sebenarnya lebih kaya kalau tak melabur”!
Sebab selama ini mereka melabur tanpa ilmu, tanpa ada simpanan kecemasan, dan tanpa persediaan yang cukup.
Akhirnya duit yang dilaburkan itu habis lebur!…
Kalau selama ini mereka betul-betul fokus menyimpan dan tambahkan ilmu, kan lebih kaya?
Kredit Tuan Zulkifli Shafie
23/09/2022
RINGGIT MELEMAH ATAU DOLLAR MENGUKUH?
1. Saya ada satu perangi buruk dulu s**a beli Dollar di money changer sejak dulu, sekarang dah kurang sejak ringgit masuk RM4.02 sedollar hari itu.
2. Ramai orang mula gelabah bila duit kita berbanding Dollar semakin mengecil. Persolannya duit kita makin melemah sebagaimana digambarkan, atau Dollar semakin mengukuh?
3. Selain duit kita sedang 'jatuh' berbanding nilai Dollar, banyak lagi negara lain juga yang hadapi masalah yang sama. Paling ketara adalah Yen Jepun iaitu 19.2%, diikuti oleh Pound Sterling U.K 14.4% dan Euro E.U 11.7%.
4. Negara serantau seperti Bath Thailand juga sedang jatuh 8.7%, Peso Filipina jatuh 10.3%, Won Korea juga jatuh 13.7%. Kita juga sedang menyusut 7.5% sekarang berbanding Dollar.
"Kita lemah atau lawan kita sedang menguat?"
5. Sebenarnya nilai Dollar sedang mengukuh saat ini. Beberapa dasar yang dilaksanakan oleh Amerika memberi kesan yang jelas pada faedah yang ditawarkan. Bila Dollar mengukuh, harga emas akan menurun biasanya begitulah amalannya.
Maka kawan kawan,
6. Tak perlulah kita terlalu gusar sangat sebagaimana ahli politik yang takut hilang kerusi calon menteri, atau tuduh isteri dah tak manja lagi.
Selagi kita ada :
+ Dana simpanan yang sihat dan cukup, kita akan selamat mengharungi saat getir ini.
+ Aset yang baik dan sihat, kita akan ada p**angan yang baik bagi setiap aset yang kita laburkan.
+ Selagi kita ada 'Diversify' pelaburan yang betul dan baik, kita tak perlu terlalu risau.
+ Jika kita boleh mengawal pelaburan kita dan tahu apa 'Exit Plan' bagi setiap pelaburan. Kita akan tenang tenang sahaja.
+ Selagi kita boleh mengawal hutang kita dibawah 35% pendapatan kita, janganlah terlalu gundah gulana.
+ Jika kita ada perlindungan bagi aset dan liabiliti, maka kita tetap boleh tidur lena.
Jangan terlalu risau bab Dollar dan Ringgit ini kawan, jaga simpanan dan dana keluarga kita dengan baik saat ini.
Hindari hutang tak perlu, utamakan keperluan dari gaya hidup zaman ini. Kita akan sejahtera.
Jaga keluarga dan jangan mudah 'cair' bila ada yang nak bermanja. Itu semua makan banyak belanja.
Gittew 😌
Kredit Azizul Azli Ahmad
14/09/2022
Inilah gudang simpanan emas "Bank Of England" yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai lebih 200 billion pounds sterling atau bersamaan sekitar RM1,066,511,600,000.00.
Jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah kesemua Jongkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan atau mungkin lebih.
Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di kota London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England’s City of London berada. Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini.
Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42. Bayangkan untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang.
Kebanyakan negara menjadikan emas sebagai rizab simpanan negara. Lagi banyak simpanan emas lagi kukuh ekonomi sesebuah negara. Bagaimana kita sebagai individu? Patut tak kita simpan emas untuk dijadikan simpanan masa depan kita? Jawabnya YA!
Nak mulakan simpanan emas serendah RM100, Klik saja link website di bawah untuk dapatkan info lanjut tentang simpanan emas Public Gold.
https://publicgoldofficial.com/Idaman
Kredit Adam Fahmi Ghazali
24/08/2022
MEMILIKI BISNES YANG BOLEH DIWARISI
Di Public Gold, anda boleh menyimpan emas sambil menjadi agen pendidik jual beli emas. Bayangkan satu bisnes dengan memiliki ratusan staf dan juga banyak cawangan kedai emas seluruh Malaysia malahan Indonesia.
Apa yang lebih menarik adalah bisnes ini boleh diwarisi kepada isteri dan anak-anak jika anda sudah tiada lagi. Ia satu model bisnes yang cukup luar biasa dan sudah terbukti sebagai contoh Founder G100 Network sendiri Tuan Mohd Zulkifli Shafie yang telah ditimpa musibah hampir dua tahun tidak dapat membuat bisnes tetapi bisnes Public Gold beliau masih wujud malahan berkembang jauh dan maju.
Sesiapa sahaja boleh menjadi Dealer Public Gold yang berjaya. Ini sudah terbukti dengan Public Gold One System (PG1S) beserta sistem edukasi serta latihan oleh G100 Network telah melahirkan dealer yang berilmu malahan kompeten yang terdiri dari pelbagai latar belakang serta profesion.
Dari Senior Engineer, HR Manager, Doktor Pakar, Guru dan Pensyarah sehinggalah kepada seorang suri rumah – kami ada bukti nyata dan ‘proven result’ kejayaan mereka.
Inilah kelebihan yang ada sebagai Dealer .
Oleh itu, anda dijemput untuk bersama kami sama-sama kita ketahui peluang dan ruang yang ada sebagai Dealer Public Gold yang boleh dimanfaatkan untuk mewariskan bisnes kepada keturunan.
Sertai cabutan bertuah emas berketulenan 999.9 dan kredit C-Wallet di link berikut :
*link pendaftaran*
Butiran G100 TALKSHOW seperti berikut :
Tajuk : PENDAPATAN PUBLIC GOLD BOLEH DIWARISI
Tarikh : 24 Ogos 2022
Masa : 9.00 malam
Speaker
Dr. Mu’az Mahadzir
Pearl 3 Star Founder Master Dealer
Moderator
Tn. Nazrul Faris Zainal Abidin
Priority Dealer
17/08/2022
ILMU KEWANGAN DI
Siapa yang ada masalah kewangan ? Ada dua sebab saja.
Bagi mereka yang tak pasti ”Aku ni ada masalah kewangan ke tak ek ?” .. jangan risau, anda pun boleh semak dua punca masalah kewangan ini ;
1. Tiada Simpanan
2. Hutang yang Banyak
Jika anda tiada simpanan, dan tiada hutang yang banyak - anda juga berada di dalam bahaya. Kerana kebanyakan perkara yang dalam kehidupan bakal menelan .
ie : Rumah, Kereta
Jika anda tiada simpanan, anda akan berhutang tak lama lagi untuk memiliki perkara yang penting!
Anda akan berhutang dengan bayaran bulanan yang tinggi kerana anda terpaksa memilih ‘downpayment zero’ - di mana interest rate sangat tinggi. Semua ini berpunca kerana anda tiada simpanan..
Maka,
Tabung simpanan sangat penting untuk diri anda jika anda tidak mahu mempunyai hutang yang banyak.
Namun, walaupun ramai orang tahu yang menyimpan itu penting - mereka tetap hadapi masalah untuk menyimpan. Masyarakat kita mempunyai prinsip kewangan yang lebih kurang begini :
💬“Nah duit belanja sekolah, jangan habiskan..ada baki nanti simpan..”
Dari kecil kita diajar untuk berbelanja dulu sebelum menyimpan, walaupun sudah menyimpan tabungan baru capai RM10.00 kita dah tarik baju ibu .. untuk beli mainan.
Orang kita ramai tidak boleh menyimpan kerana budaya utamakan berbelanja. Tidak seperti sejarah bangsa Babylon yang seluruh rakyatnya memiliki prinsip kewangan yang diguna pakai sehingga kini - simpan dulu baru belanja.
“Reward yourself by pay (saving) yourself first”
Seterusnya, bagaimana cara untuk kita menyimpan dengan lebih berkesan ?
Di sinilah anda akan belajar di majlis ilmu mingguan minggu ini. Jemput ahli keluarga, rakan rakan, jiran tetangga anda untuk join sekali majlis ilmu online ni ya !!
G100 TALKSHOW
Tajuk : Kerja Bertahun-Tahun Tapi Tiada Simpanan. Bagaimana Tabiat Menyimpan Emas Dapat Atasi Boros?
Tarikh : 17 OGOS 2022
Masa : 9.00 malam
BERSAMA
PANELIS 1:
Steven Blanda
Double Star Founder Master Dealer
PANELIS 2:
Khadijah Abdul Latif
Master Dealer
MODERATOR:
Anis Raihana Mohd Azman
Priority Dealer
https://www.facebook.com/pgg100network/
09/08/2022
DUIT TAK PENTING
Kita selalu dengar orang kata wang tidak boleh beli kebahagian. Betul!... jika jumlahnya sikit. Jika jumlahnya banyak pasti boleh bantu ramai orang, boleh buat orang lain bahagia dengan beri sumbangan, sedekah, belikan makanan. Boleh bahagiakan isteri dengan beli rantai dna gelang, boleh hadiahkan pakej umrah untuk mak ayah. jika ada lebih banyak duit kita boleh lebihkan berzakat, bersedekah dan berwakaf.
Ramai orang kata wang tidak penting dan berpura pura wang tidak penting. Tetapi hakikatnya mereka bekerja seumur hidup untuk mendapatkan wang untuk sara kehidupan. Jadi wang adalah penting. simpanan amat penting.
Duit bukan keutamaan, wang bukan segala galanya tetapi segala galanya perlukan wang. Sekarang ni nak masuk toilet awam pun kena bayar. Ada tempat sekali masuk RM 1. Fuhhh. Nak bayar bil telefon, bil unifi, bil eletrik, bil taska anak dan barang dapur semuanya perlukan duit. Semuanya semakin meningkat. Minyak pun naik harga. harga makanan pun naik.
Jadi, jika ada orang kata wang tak penting. Mereka sedang menipu diri sendiri. Carilah lebih banyak wang. Sama sama kita Jadi jutawan islam yang dermawan dan mampu bantu lebih ramai orang. Agar agama, bangsa dan negara kita tidak mudah ditindas dan dipandang hina. Mari kita sama sama kukuhkan ekonomi ummah.
Kita tidak perlu bekerja seumur hidup jika kita urus wang dengan baik dan mula belajar menjana income pasif. Kita tak mahu bekerja sampai mati untuk dapatkan duit. Pastikan satu hari nanti wang p**a bekerja untuk kita. Kita boleh pencen dengan tenang jika mula menyimpan wang dari awal. Belajar membina multiple Stream of Income (MSI). Siapkan dana kecemasan dan dana persaraan dari awal. Sediakan payung sebelum hujan. Sama sama kita kukuhkan kewangan.
Kredit Tuan Adam Fahmi Ghazali