17/03/2026
PENYAMPAIAN PENGHARGAAN BAGI MURID KHATAM AL-QURAN SEMPENA IHYA’ RAMADAN
TARIKH: 16 MAC 2026
HARI: ISNIN
TEMPAT: DEWAN SK SIKIJANG
Alhamdulillah, telah berlangsung sesi penyampaian penghargaan kepada murid-murid yang berjaya menamatkan bacaan Al-Quran sempena program Ihya’ Ramadan.
Tahniah diucapkan atas kesungguhan, disiplin dan keazaman dalam mengkhatamkan Al-Quran sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. 🌙💛
Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk terus mendekati dan mencintai Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Terima kasih juga kepada guru-guru dan semua pihak yang membimbing serta menjayakan program ini. 🤲✨