30/05/2025
Pada 23 May 2025 Yang lalu, seramai 16 orang pelajar Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri dari Kohort 5 diiringi oleh pensyarah Dr Ng Chuan Huat telah menghadiri lawatan industri ke Jecmetal Industries Sdn. Bhd. di Tanjung Agas, Muar, Johor.
Melalui lawatan ini, pelajar diberi pendedahan berkaitan teknologi yang digunakan oleh industri dalam sektor pembuatan yang merangkumi pemesinan CNC, vision inspection, kaedah pemasangan, serta penambahbaikan kualiti dalam pembuatan produk pemesinan. Selain itu, pelajar turut dapat melihat penerapan teknologi IoT (Internet of Things) dalam pemantauan mesin, pengumpulan data masa nyata, dan integrasi sistem pintar bagi meningkatkan kecekapan proses pembuatan. Oleh itu, pelajar dapat menghubungkaitkan teori pembelajaran di dalam kelas dengan realiti proses kerja sebenar di industri, sekali gus mengukuhkan pemahaman terhadap subjek pembelajaran..