SK Kompleks Sultan Abu Bakar

SK Kompleks Sultan Abu Bakar SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR,GELANG PATAH,81560 JOHOR BAHRU,JOHOR
Sekolah Kluster Kecemerlangan 2013 khusus untuk Warga SKKSAB..turut meraikan semua..

๐Ÿ“– ๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™๐™Š๐˜ผ๐˜ฟ ๐™๐™Š ๐™†๐™ƒ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™‰ ๐Ÿฒ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ“–โ€œSebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.โ€(Hadis Riwayat...
17/07/2026

๐Ÿ“– ๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™๐™Š๐˜ผ๐˜ฟ ๐™๐™Š ๐™†๐™ƒ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™‰ ๐Ÿฒ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ“–

โ€œSebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.โ€
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah, pihak SK Kompleks Sultan Abu Bakar (SKKSAB) terus komited dalam memastikan setiap murid Tahun 6 berjaya menamatkan bacaan Al-Quran sebelum melangkah ke alam persekolahan menengah.

Setakat bulan Julai 2026, seramai 56 daripada 93 orang murid Tahun 6 telah berjaya khatam Al-Quran. Semoga baki murid yang masih dalam proses khatam terus diberikan semangat, istiqamah dan dipermudahkan urusan untuk mencapai sasaran 100% murid Tahun 6 khatam Al-Quran.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas amanat dan suntikan motivasi yang diberikan kepada murid-murid. Penghargaan juga buat semua guru, ibu bapa dan penjaga yang sentiasa berganding bahu membimbing serta memantau bacaan Al-Quran anak-anak di rumah.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran serta berakhlak mulia.

โ€œBersama kita bantu anak-anak mencintai Al-Quran hingga ke Jannatul Firdaus.โ€





๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™‡-๐™Œ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐˜ผ๐˜พ๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐˜ผ๐˜ฟ๐™„๐™Ž๐ŸŒนJumaat l 17 Julai 2026 l Dewan GemilangAlhamdulillah, Usai Program minggu...
17/07/2026

๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™‡-๐™Œ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐˜ผ๐˜พ๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐˜ผ๐˜ฟ๐™„๐™Ž๐ŸŒน

Jumaat l 17 Julai 2026 l Dewan Gemilang

Alhamdulillah, Usai Program mingguan iaitu Program penghayatan Al-Quran dan Bacaan Hadis yang berlangsung pada pagi ini. Turut sama Ucapan dari Guru Besar yang mengingatkan tentang Keselamatan Di Sekolah.



๐ŸŒŸ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™ƒ & ๐™Ž๐™”๐˜ผ๐˜ฝ๐˜ผ๐™Ž! ๐ŸŒŸWarga SK Kompleks Sultan Abu Bakar (SKKSAB) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:๐ŸŒธ Nadrah Ins...
16/07/2026

๐ŸŒŸ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™ƒ & ๐™Ž๐™”๐˜ผ๐˜ฝ๐˜ผ๐™Ž! ๐ŸŒŸ

Warga SK Kompleks Sultan Abu Bakar (SKKSAB) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

๐ŸŒธ Nadrah Insyirah Binti Ahmad Nazhar

atas kejayaan meraih TEMPAT KEEMPAT dalam Pertandingan Bercerita (Sekolah Rendah) Peringkat Daerah Johor Bahru 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa usaha, keyakinan serta semangat yang tinggi mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan sepanjang persiapan pertandingan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SKKSAB untuk terus berusaha, berani mencuba dan mengukir lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

๐Ÿ’™ We Are One, Together We Are Strong. ๐Ÿ’™

๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™†๐™‡๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™๐™๐™„ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™Ž๐™๐™„๐™’๐˜ผ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‚๐™„ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™…๐™Š๐™ƒ๐™Š๐™ โค๏ธ๐Ÿ’™Dimaklumkan bahawa Isnin, 13 Julai 2026 telah diisytiharkan sebagai Hari ...
12/07/2026

๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™†๐™‡๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™๐™๐™„ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™Ž๐™๐™„๐™’๐˜ผ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‚๐™„ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™…๐™Š๐™ƒ๐™Š๐™ โค๏ธ๐Ÿ’™

Dimaklumkan bahawa Isnin, 13 Julai 2026 telah diisytiharkan sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.

Sehubungan itu, sekolah akan bercuti pada hari Isnin, 13 Julai 2026, dan sesi persekolahan akan disambung semula seperti biasa pada Selasa, 14 Julai 2026.

Selamat bercuti kepada seluruh warga sekolah. Gunakan kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga serta sentiasa mengutamakan keselamatan di mana jua anda berada.

GURU BESAR
SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
Azhar Bin Ahmad

๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™Ž ๐™‹๐™€๐™‰๐˜พ๐˜ผ๐™‹๐˜ผ๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™€๐™ˆ๐™€๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚!๐Ÿฅ‰Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid SK Kompleks Sultan Abu Baka...
09/07/2026

๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™Ž ๐™‹๐™€๐™‰๐˜พ๐˜ผ๐™‹๐˜ผ๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™€๐™ˆ๐™€๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚!
๐Ÿฅ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid SK Kompleks Sultan Abu Bakar, Ahmad Nasri Aiman bin Abdul Fariz, atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Rejam Lembing L11 di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Johor Bahru.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin, semangat juang yang tinggi serta bimbingan jurulatih dan sokongan padu daripada ibu bapa serta warga sekolah.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga SKKSAB.

Tahniah sekali lagi!




๐Ÿ…

๐Ÿ“ข ๐™„๐™‰๐™๐™Š ๐™…-๐™Ž๐˜ผ๐™๐™€ ๐™Ž๐™„๐™๐™„ 1/2026: ๐™ˆ๐™€๐™ˆ๐™‹๐™€๐™๐™†๐™๐™†๐™๐™ƒ ๐™†๐™€๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™๐™๐™„๐˜ฟ ๐˜ฟ๐™„ ๐™Ž๐™€๐™†๐™Š๐™‡๐˜ผ๐™ƒKeselamatan murid merupakan keutamaan yang tidak bole...
09/07/2026

๐Ÿ“ข ๐™„๐™‰๐™๐™Š ๐™…-๐™Ž๐˜ผ๐™๐™€ ๐™Ž๐™„๐™๐™„ 1/2026: ๐™ˆ๐™€๐™ˆ๐™‹๐™€๐™๐™†๐™๐™†๐™๐™ƒ ๐™†๐™€๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™๐™๐™„๐˜ฟ ๐˜ฟ๐™„ ๐™Ž๐™€๐™†๐™Š๐™‡๐˜ผ๐™ƒ

Keselamatan murid merupakan keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Selaras dengan inisiatif J-SAFE Siri 1/2026, warga sekolah sentiasa komited dalam memastikan persekitaran sekolah kekal selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua.

Antara fokus utama yang diberi perhatian ialah:
โœ… Memperkukuh kawalan dan pemantauan di kawasan sekolah.
โœ… Meningkatkan langkah pencegahan serta intervensi awal terhadap sebarang risiko keselamatan.
โœ… Memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa, PIBG dan agensi berkaitan.
โœ… Memastikan setiap isu keselamatan ditangani dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.

Keselamatan sekolah adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita berganding bahu memainkan peranan masing-masing demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan kondusif untuk semua murid.

โ€œTiada Kompromi Dalam Aspek Keselamatan.โ€





๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™‰ ๐˜ฟ๐™„๐™๐˜พ๐˜ผ๐™‹๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‹๐™‰ ๐™‰๐™๐™๐™๐™‡ ๐™„๐™•๐™•๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฝ๐™„๐™‰๐™๐™„ ๐™๐˜ผ๐™๐™•๐™„๐ŸŒทWarga SKKSAB ingin mengucapkan selamat Ulang Tahun kepad...
09/07/2026

๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™‰ ๐˜ฟ๐™„๐™๐˜พ๐˜ผ๐™‹๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‹๐™‰ ๐™‰๐™๐™๐™๐™‡ ๐™„๐™•๐™•๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฝ๐™„๐™‰๐™๐™„ ๐™๐˜ผ๐™๐™•๐™„๐ŸŒท

Warga SKKSAB ingin mengucapkan selamat Ulang Tahun kepada Ustazah Izzah. Semoga panjang umur,murah rezeki dan diberikan kesihatan yang berkekalan๐Ÿคฒ



๐ŸŒŸ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™ƒ ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™†๐™€๐™‡๐˜ผ๐™Ž, ๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™๐™๐™Ž ๐™†๐™€๐™ƒ๐˜ผ๐˜ฟ๐™„๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™€๐™‡๐™€๐˜ฝ๐™„๐™ƒ๐™„ ๐Ÿต๐Ÿฑ % ๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐˜ฝ๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰ ๐™…๐™๐™‰ ๐ŸŒŸSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua w...
09/07/2026

๐ŸŒŸ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™ƒ ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™†๐™€๐™‡๐˜ผ๐™Ž, ๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™๐™๐™Ž ๐™†๐™€๐™ƒ๐˜ผ๐˜ฟ๐™„๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™€๐™‡๐™€๐˜ฝ๐™„๐™ƒ๐™„ ๐Ÿต๐Ÿฑ % ๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐˜ฝ๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰ ๐™…๐™๐™‰ ๐ŸŒŸ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga SK Kompleks Sultan Abu Bakar atas komitmen dan kerjasama yang berterusan dalam memastikan kehadiran murid ke sekolah sentiasa berada pada tahap yang membanggakan.

Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan terus dipertingkatkan pada masa akan datang. Kehadiran yang konsisten merupakan kunci kepada kejayaan pembelajaran dan pembentukan sahsiah murid.

Terima kasih atas sokongan padu daripada guru-guru, ibu bapa, penjaga serta seluruh warga sekolah dalam menjayakan usaha ini.





๐Ÿ† ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐“๐„๐Œ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐‘๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿš€๐Ÿค–Tahniah dan syabas diuc...
06/07/2026

๐Ÿ† ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐€๐‡
๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐“๐„๐Œ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐‘๐„๐๐ƒ๐€๐‡
๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿš€๐Ÿค–

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid SKKSAB yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Karnival STEM Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2026.

Pencapaian yang membanggakan ini membuktikan kesungguhan, kreativiti, semangat berpasukan dan daya saing murid-murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

๐Ÿ”น ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐ƒ๐†๐„ ๐๐”๐ˆ๐‹๐ƒ๐ˆ๐๐†
๐Ÿ“… Tarikh: 15 & 16 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat: SJKC Pu Sze
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: 68 sekolah
๐Ÿ… Pencapaian: Saguhati

Murid yang terlibat:

1. Ahmad Daniel Ilham bin Mohd Iskandar
2. Muhammad Amsyar A***n bin Fadhli
3. Muhammad Rafiuddin bin Abdullah

๐Ÿ”น ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐‘๐Ž๐๐„ ๐‚๐‡๐€๐‹๐‹๐„๐๐†๐„
๐Ÿ“… Tarikh: 16 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat: SK Temenggong Abdul Rahman 1
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: 28 pasukan
๐Ÿ† Pencapaian: Johan, Tempat Ke-3 & Saguhati

๐Ÿ† Johan

1. Muhammad Afiq Haziq bin Mohd Faizal
2. Muhammad Aniq bin Mohd Fadhil

๐Ÿฅ‰ Tempat Ke-3

1. Nur Alisha Sofea binti Hafizul
2. An Nur Aqilah binti Asmadi

๐Ÿ… Saguhati

1. Maryam Sofea binti Muhammad Huzaifah
2. Nur Adriana Arissa binti Izahruddin

๐Ÿ”น ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐‘๐Ž๐๐Ž๐“ ๐๐€๐“๐“๐‹๐„
๐Ÿ“… Tarikh: 25 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat: SJKC Thai Hong
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: 14 sekolah
๐Ÿ† Pencapaian: Johan & Naib Johan

๐Ÿ† Johan

1. Haziq Zafran bin Mohd Hanafee
2. Ahmad Adam Rayyan bin Ahmad Rosulludin

๐Ÿฅˆ Naib Johan

1. Hairi Mustaqim bin Norhisham
2. Muhammad Imran bin Mohd Hairul

๐Ÿ”น ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐–๐€๐“๐„๐‘ ๐‘๐Ž๐‚๐Š๐„๐“
๐Ÿ“… Tarikh: 30 Jun & 1 Julai 2026
๐Ÿ“ Tempat: SK Medini
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: 70 sekolah
๐Ÿ… Pencapaian: Tempat Ke-6

Murid yang terlibat:

1. Muhammad Ammar Adam bin Mohd Nazrul
2. Muhammad Danish bin Mohd Rezzaudin

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru pembimbing atas bimbingan, komitmen dan usaha yang diberikan bagi mempersiapkan murid-murid menghadapi pertandingan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid untuk terus berani mencuba, berinovasi dan mencapai kecemerlangan dalam bidang STEM.

Tahniah, warga SKKSAB! โœจ
๐’๐Š๐Š๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€๐‘ ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐

๐Ÿ“Œ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐’๐Š๐Š๐’๐€๐Perhimpunan mingguan telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib seperti biasa.Majlis ...
06/07/2026

๐Ÿ“Œ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐’๐Š๐Š๐’๐€๐

Perhimpunan mingguan telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib seperti biasa.

Majlis pada minggu ini dikendalikan oleh An Nur Aqilah selaku pengacara majlis. Bacaan doa telah dipimpin oleh Adam Arif, manakala lafaz Rukun Negara dan ikrar murid diketuai oleh Afiq Haziq.

Ucapan guru bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Cikgu Saraswathy a/p Balasubramaniam yang menekankan kepentingan adab murid dalam kehidupan seharian di sekolah.

Seterusnya, ucapan pentadbir telah disampaikan oleh Cikgu Azhar bin Ahmad, Guru Besar SKKSAB yang menekankan aspek disiplin murid agar sentiasa menjaga tingkah laku, mematuhi peraturan sekolah dan menjadi murid yang bertanggungjawab.

Semoga segala nasihat dan pesanan yang disampaikan dapat dijadikan panduan oleh semua murid untuk terus membentuk sahsiah diri yang unggul. โœจ

Address

SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
Gelang Patah
81550

Telephone

+6075102613

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kompleks Sultan Abu Bakar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Kompleks Sultan Abu Bakar:

Shortcuts

Share

Category