03/07/2022
NAMA : SANGEETHA A/P PANJEBARNAM
NO MATRIX : 283329
TEMA: BUDAYA ETIKA PEMANDUAN BERHEMAH
TAJUK : ‘MICROSLEEP’
🔴 Apa itu ‘Microsleep’ ?
‘Microsleep’ merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh antara 1 hingga 30 saat. Ianya terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.Ia juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.
Ia sangat berbahaya apabila berlaku ketika seseorang sedang memandu, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius. ‘Microsleep’ terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.
🔴Punca berlakunya ‘MIcrosleep’
Biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya. Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.
🟢 Langkah mengatasi masalah Microsleep
Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau microsleep semasa memandu.
✔️Mengambil masa untuk berhenti dan berehat di tempat yang selamat.
✔️Berbual dengan penumpang anda. Jika boleh, elakkan memandu bersendirian jika anda memandu pada jarak jauh dan cuba berbual bersama penumpang anda.
✔️Dapatkan minuman seperti kopi, untuk menghilangkan rasa mengantuk anda kerana ia dapat membantu anda untuk terus berjaga dan bertenaga. Caffeine mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapatkan efeknya. Dalam masa 30 minit ini anda masih berisiko untuk mengalami microsleep.
✔️Buka tingkap kereta. Salah satu sebab mengapa microsleep berlaku adalah kerana kekurangan oksigen dalam badan anda. Oleh itu, cuba untuk menghirup udara segar terutama apabila anda memandu di dalam kawasan bandar.
‼️ Contoh Kes di Malaysia akibat ‘Microsleep’
[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Ada yang memanggilnya microsleep, ada juga yang merujuknya sebagai terlelap dan ada juga yang menyebutnya episod tidur singkat.