KOR SISPA UMP

Directions Website

KOR SISPA UMP Laman ini ditubuhkan bagi memperkenalkan Kor SISPA UMP kepada umum serta menghebahkan aktiviti dan berita terbaru mengenai Kor SISPA UMP.

Objektif Penubuhan Kor SISPA UMP

1. Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen terhadap golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan Pertahanan Awam dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela.
2. Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam Pertahanan Awam.
3. Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab serta berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat menyumbangkan idea dan kepakaran akademik untuk memantapkan lagi pengurusan Pertahanan Awam.

[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63] 16 September menjadi detik yang menyatukan kita di bawah satu nama — Malaysia. S...
16/09/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63]

16 September menjadi detik yang menyatukan kita di bawah satu nama — Malaysia. Sebuah negara yang terbina daripada kepelbagaian negeri, budaya, bahasa dan tradisi yang menjadikan kita unik sebagai sebuah bangsa.

Hari Malaysia mengajak kita untuk melihat kembali nilai yang menyatukan kita. Perpaduan bukan sekadar tentang hidup bersama, tetapi tentang saling memahami, menghormati dan menghargai perbezaan yang ada.

Sebagai generasi yang mewarisi keamanan dan keharmonian hari ini, marilah kita terus memainkan peranan dalam menjaga semangat kebersamaan serta mempertahankan nilai-nilai yang membentuk Malaysia.

Semoga semangat Hari Malaysia terus hidup dalam diri setiap rakyat dan menjadi kekuatan untuk kita melangkah bersama menuju masa hadapan. 🇲🇾

Sedia | Pantas | Berintegriti


[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-69] 🇲🇾31 Ogos kembali membawa kita bersama untuk mengenang erti sebenar sebu...
30/08/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-69] 🇲🇾

31 Ogos kembali membawa kita bersama untuk mengenang erti sebenar sebuah kemerdekaan. Bukan sekadar bebas, tetapi menghargai keamanan, perpaduan dan pengorbanan yang telah membentuk Malaysia.

Kor Sispa UMPSA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-69! Semoga semangat patriotisme terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia, serta semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air sentiasa menjadi pegangan dalam membina negara yang lebih harmoni dan sejahtera.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan dan terus memainkan peranan dalam menjaga keamanan, keharmonian serta kedaulatan negara tercinta.

Sedia | Pantas | Berintegriti


[ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PAHANG]Sekalung tahniah dan p...
18/08/2026

[ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PAHANG]

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Lt. (PA) Muhammad Luqman Hakim bin Abdullah, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang. Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas komitmen, dedikasi, integriti dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi dan contoh teladan kepada seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, menghayati nilai kepimpinan dan integriti, serta memberikan yang terbaik dalam setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sedia | Pantas | Berintegriti



[SELAMAT HARI BAPA 2026]​Seluruh warga Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengucapkan Selam...
21/06/2026

[SELAMAT HARI BAPA 2026]

​Seluruh warga Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua wira yang bergelar bapa.

​Pengorbanan dan penat lelah seorang ayah dalam mencari rezeki serta mendidik keluarga amatlah tidak ternilai. Semoga setiap titis keringat itu dikurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya. Terima kasih atas kasih sayangmu yang seluas samudra.

​Sedia | Pantas | Berintegriti

​

[SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H]​Seluruh warga Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) me...
16/06/2026

[SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H]

​Seluruh warga Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam.

​Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi ruang untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, memperbanyakkan amal kebaikan serta terus istiqamah dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih diredhai-Nya.

​Sedia | Pantas | Berintegriti

​

[LATIHAN RENANG KOR SISPA UMPSA]​Pada 24 Mei 2026, Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah...
02/06/2026

[LATIHAN RENANG KOR SISPA UMPSA]

​Pada 24 Mei 2026, Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Latihan Renang yang bertempat di Akademi ADAB, UMPSA Kampus Pekan.

​Latihan ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran asas renang pegawai kadet dalam aspek keyakinan dan keselamatan di dalam air. Selain itu, ia turut membantu peserta membiasakan diri dengan teknik dan pengendalian diri yang betul dalam persekitaran air sebagai persediaan awal dalam aspek keselamatan diri.

​Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh empat orang jurulatih daripada Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuantan yang telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan serta perkongsian ilmu sepanjang latihan berlangsung. Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

​Sedia | Pantas | Berintegriti

​

[SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026]​Seluruh warga Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)...
26/05/2026

[SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026]

​Seluruh warga Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

​Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan serta semangat kebersamaan dalam kehidupan seharian. Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan dan terus menyemai nilai kemanusiaan, disiplin serta keprihatinan terhadap masyarakat.

​Aidiladha juga menjadi kesempatan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, menghargai insan tersayang serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

​Sedia | Pantas | Berintegriti

​

Seluruh warga Kor Sispa UMPSA ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mej. Bersekutu (PA) Mohd Raizalhilmy Bin M...
22/05/2026

Seluruh warga Kor Sispa UMPSA ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mej. Bersekutu (PA) Mohd Raizalhilmy Bin Mohd Rais, Ajutan Kor Sispa UMPSA atas kenaikan pangkat beliau sebagai Mejar Bersekutu (PA).

Kenaikan pangkat ini mencerminkan komitmen, dedikasi serta kepimpinan beliau dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang berkhidmat bersama Kor Sispa UMPSA. Semoga pencapaian ini menjadi satu lagi langkah kejayaan dalam terus memperkasakan organisasi ke arah yang lebih cemerlang.

Sedia | Pantas | Berintegriti



[LATIHAN MINGGUAN KOR SISPA UMPSA SESI 25/26]​Pada 16-17 Mei 2026, Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdull...
21/05/2026

[LATIHAN MINGGUAN KOR SISPA UMPSA SESI 25/26]

​Pada 16-17 Mei 2026, Kor SISPA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Latihan Mingguan yang bertempat di UMPSA, Gambang.

​Latihan ini dilaksanakan bagi memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan, disiplin serta kemahiran pegawai kadet dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan pembentukan anggota yang berkualiti. Selain itu, latihan ini turut memberi penekanan terhadap nilai kepimpinan, keyakinan diri serta semangat kerjasama bagi memastikan setiap peserta mampu berfungsi dengan baik dalam satu pasukan.

​Ucapan terima kasih dan penghargaan diberikan kepada semua jurulatih serta pegawai kadet yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang latihan dijalankan. Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diterapkan menerusi latihan ini dapat dimanfaatkan dalam membentuk anggota yang lebih berdaya tahan, berketerampilan dan mampu menjalankan tugas dengan cemerlang.

​Sedia | Pantas | Berintegriti

​

Address

Gambang
26300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOR SISPA UMP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share