21/08/2026
Sesi Libat Urus Panel Akademik Industri (IAP) 2026: Memperkukuh Sinergi Akademia dan Industri, Memperkasa Program Akademik Pascasiswazah Secara Kerja Kursus di FTKKP
Mesyuarat Panel Akademik Industri (Industry Academic Panel - IAP) bagi program Pascasiswazah Secara Kerja Kursus di FTKKP yang melibatkan program Sarjana Kejuruteraan Kimia dengan Keusahawanan (KKE), Sarjana Sains (Operasi Loji Proses) (KKP), Sarjana Sains Perlombongan dengan Teknologi Mineral (KKM) dan Sarjana Kejuruteraan Petroleum (KKO) telah dilaksanakan secara dalam talian pada 19 Ogos 2026 dengan melibatkan semua panel industri yang telah dilantik bagi program-program berkenaan.
KKP
1. YH Datoβ Ts. Zulkarnain bin Ismail (Group Managing Director & CEO, EPOMS Group Sdn Bhd)
2. Puan Norazian Abd Manaf (Generel Manager, Business Planning and Development, Prefchem Sdn Bhd)
3. Encik Jayavishnu Rajasingam (Project Operations Lead, BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd)
4. Encik Rajesh Xavier S/O Santromsamy (Senior Manager, Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings)
KKE
1. Encik Mohd Muharir Bin Abdul Hadi (Senior Manager, Petronas Chemical Derivatives Sdn Bhd)
2. Encik Muhammad Daniyal Lim Bin Reeza Lim Si-Hien (Process Engineer, DrM Malaysia Sdn. Bhd.)
3. Cik Nik Zuliani Binti Nik Kadir (QA Engineer, Kaneka Apical Malaysia)
4. Encik Nik Mohd Ashraf Bin Abdul Rahman (Senior Manager, BASF, Petronas Chemical Sdn Bhd)
KKM
1. Puan Rinaliati Ramlee (Grade Control & Geology Superintendent, Selinsing Gold Mine)
2. Encik Hanizam Shah bin Saidin (Penolong Pengarah Kanan , Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Pahang)
3. Encik Wan Azril Mozzafar Bin Wan Zawawie (Mining manager, Sarawak Terraresources Sdn Bhd)
4. Mohd Azmizan bin Sulaiman (Environmental Manager Rahman Hydraulic Tin)
KKO
1. En. Azrul Mizam Bin Ibrahim (Senior Geomodeller Specialist, Petronas Carigali Sdn Bhd
2. En. Mohd Aswade Ali (Head of Operations & HSE Academy , INSTEP)
3. En. Amirul Firdaus Bin Jalaludin (Management / Advisor, Beyond Horizon (BH) Ventures Sdn Bhd)
4. Dr. Siti Rohaida Mohd Shafian (Principal Researcher, Petronas Research Sdn Bhd)
Mesyuarat ini merupakan salah satu platform penting bagi mendapatkan pandangan, cadangan dan input daripada pihak industri serta pemegang taruh dalam usaha memastikan program pascasiswazah secara kerja kursus yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa industri dan perkembangan bidang profesional.
Antara objektif utama mesyuarat ini adalah untuk:
1. Mendapatkan pandangan dan maklum balas panel industri berkaitan kesesuaian serta kerelevanan program dengan keperluan industri semasa.
2. Mendapatkan cadangan penambahbaikan terhadap struktur, kandungan kurikulum dan pelaksanaan program.
3. Mengenal pasti perkembangan terkini dalam industri yang boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Memperkukuhkan hubungan dan jaringan kerjasama antara pihak akademia dengan pihak industri.
5. Memastikan program KKP, KKE, KKM dan KKO sentiasa responsif terhadap perubahan teknologi, keperluan pasaran kerja dan perkembangan profesional.
Sepanjang mesyuarat, panel telah memberikan pelbagai pandangan dan idea yang konstruktif berkaitan dengan program akademik. Antara perkara yang diberi perhatian adalah:
β’ Kerelevanan kandungan kurikulum dengan keperluan dan perkembangan industri semasa.
β’ Keperluan untuk memperkukuhkan elemen kepimpinan teknikal dan profesional dalam kalangan learning adult di organisasi.
β’ Cadangan penambahbaikan terhadap kursus dan kandungan pengajaran supaya lebih selari dengan keperluan pekerjaan.
β’ Kepentingan kolaborasi berterusan antara pihak akademia dan industri.
β’ Cadangan agar pengalaman serta kepakaran industri terus dimanfaatkan dalam aktiviti akademik seperti perkongsian ilmu, seminar, kuliah pakar, projek pelajar dan aktiviti berkaitan industri.
Pihak pengurusan program ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua panel industri yang telah meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini walaupun dilaksanakan secara dalam talian. Penghargaan turut diberikan kepada semua pensyarah yang telah hadir dan Koordinator Program yang terlibat secara aktif dalam mesyuarat. Penglibatan semua pihak telah membantu memastikan sesi perbincangan dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan.