Sustainability Development Centre UMPSA

Sustainability Development Centre UMPSA Pusat Pembangunan Kelestarian
Jabatan Canseleri
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

TAHUKAH ANDA? 1 JUTA BOTOL PLASTIK DIBELI SETIAP MINITTahukah anda bahawa di seluruh dunia, dianggarkan 1 juta botol min...
31/07/2026

TAHUKAH ANDA? 1 JUTA BOTOL PLASTIK DIBELI SETIAP MINIT

Tahukah anda bahawa di seluruh dunia, dianggarkan 1 juta botol minuman plastik dibeli setiap minit? Kebanyakan botol ini digunakan hanya sekali sebelum dibuang, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pencemaran plastik di darat dan lautan.

Jom luangkan sedikit masa untuk mengetahui kesan penggunaan botol plastik terhadap alam sekitar melalui infografik yang disediakan. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan kita mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

Terima Kasih

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah Dan Setinggiโ€‘Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdul...
30/07/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Dan Setinggiโ€‘Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Alโ€‘Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Sempena Memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Keโ€‘67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Sembah Takzim daripada Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan Seluruh Warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Dan Setinggiโ€‘Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Alโ€‘Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Sempena Memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Keโ€‘67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Sembah Takzim daripada Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan Seluruh Warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).



HAPPY INTERNATIONAL TIGER DAY 2026 ๐Ÿ…Sempena Hari Harimau Sedunia (International Tiger Day) yang disambut pada 29 Julai s...
30/07/2026

HAPPY INTERNATIONAL TIGER DAY 2026 ๐Ÿ…

Sempena Hari Harimau Sedunia (International Tiger Day) yang disambut pada 29 Julai setiap tahun marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara harimau sebagai spesies ikonik yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Pemuliharaan harimau bukan sekadar melindungi satu spesies, malah merupakan usaha memelihara biodiversiti dan kelestarian alam untuk generasi akan datang.

Ayuh bersama-sama menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti dan menghargai khazanah alam negara.

TAHUKAH ANDA? MIKROPLASTIK KINI BERADA DI SEKELILING KITAMikroplastik merupakan zarah plastik yang sangat kecil dan kini...
24/07/2026

TAHUKAH ANDA? MIKROPLASTIK KINI BERADA DI SEKELILING KITA

Mikroplastik merupakan zarah plastik yang sangat kecil dan kini telah ditemui dalam air minuman, makanan laut serta udara yang kita sedut setiap hari.

Mari bersama-sama menambah pengetahuan melalui infografik yang disertakan dan menjadi lebih peka terhadap isu pencemaran plastik demi kesejahteraan alam sekitar dan kesihatan kita.

Jangan lupa follow dan like media sosial rasmi Pusat Pembangunan Kelestarian
Instagram: https://www.instagram.com/sdcumpsa
TikTok: https://www.tiktok.com/



[SDC] INFOGRAFIK KELESTARIAN : PENYU BERISIKO PUPUS AKIBAT PENCEMARAN PLASTIK ๐ŸขTahukah anda bahawa penyu sering menyangk...
17/07/2026

[SDC] INFOGRAFIK KELESTARIAN : PENYU BERISIKO PUPUS AKIBAT PENCEMARAN PLASTIK ๐Ÿข

Tahukah anda bahawa penyu sering menyangka plastik sebagai makanan seperti ubur-ubur? Plastik yang ditelan boleh menyebabkan kecederaan dalaman, saluran pencernaan tersumbat dan akhirnya membawa kepada kematian.
Sempena Plastic Free July, marilah kita bersama-sama mengurangkan penggunaan plastik sekali guna demi melindungi hidupan marin dan memelihara alam sekitar.

"Kurangkan Plastik, Lestarikan Bumi."

Jangan lupa follow dan like media sosial rasmi Pusat Pembangunan Kelestarian
Instagram: https://www.instagram.com/sdcumpsa
TikTok: https://www.tiktok.com/



17/07/2026

Seramai 120 peserta daripada pelbagai agensi berganding bahu menjayakan Program Pemuliharaan Pesisiran Pantai di Pantai Saujana Biru, Pekan dengan menanam sebanyak 220 pokok Rhu sebagai usaha memperkukuh benteng semula jadi pantai serta memelihara ekosistem pesisir.

Program anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) itu dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta beberapa agensi kerajaan.

Daripada jumlah keseluruhan peserta, 40 orang merupakan warga UMPSA yang terdiri daripada staf pelbagai jabatan, sekali gus membuktikan komitmen universiti dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/general/umpsa-sertai-usaha-pemuliharaan-pantai-tanam-220-pokok-rhu-di-pantai-saujana-biru

UMPSA Bentang Kepakaran Eco-Campus, Perkasa Pelaksanaan Eco-Schools di Pahang16 Julai 2026 | Jabatan Pendidikan Negeri (...
16/07/2026

UMPSA Bentang Kepakaran Eco-Campus, Perkasa Pelaksanaan Eco-Schools di Pahang

16 Julai 2026 | Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC) terus memperkukuh agenda kelestarian negara apabila mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang bagi membentangkan peranan universiti dalam memperkasakan pelaksanaan Program Eco-Schools di negeri Pahang.

Delegasi UMPSA diketuai oleh Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian, Dr. Suhaidah Hussain, bersama Ketua Kluster Setting and Infrastructure, Dr. Nurhaizan Mohd. Zainudin, Ketua Kluster Pendidikan, Dr. Intan Syafinaz Muhammad, serta Dr. Nor Rokiah Hanum Md. Haron.

Delegasi telah disambut oleh Mohd. Shahril bin Ghazali, Penolong Pengarah, Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam itu memberi ruang kepada kedua-dua pihak membincangkan hala tuju kerjasama strategik dalam memperluaskan pelaksanaan Program Eco-Schools di sekolah-sekolah seluruh negeri Pahang.

Dalam sesi pembentangan, pihak UMPSA berkongsi pengalaman dan kejayaan universiti dalam membudayakan kelestarian menerusi pelaksanaan Program Eco-Campus yang telah mengiktiraf UMPSA sebagai antara institusi pendidikan tinggi yang komited terhadap pembangunan mampan. Pengalaman tersebut dilihat mampu menjadi model terbaik dalam membantu sekolah-sekolah membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih lestari, inklusif dan berimpak tinggi.

Perbincangan turut menyentuh cadangan pelaksanaan latihan dan pembangunan kapasiti kepada guru, penyediaan modul pendidikan kelestarian, program mentor sekolah, aktiviti berasaskan projek serta penglibatan komuniti sebagai usaha membentuk budaya kelestarian dalam kalangan warga sekolah.

Menurut Dr. Suhaidah Hussain, kerjasama ini merupakan langkah penting dalam melahirkan generasi yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar.

Tambahnya, UMPSA komited untuk berkongsi kepakaran, penyelidikan dan amalan terbaik yang dimiliki dalam bidang kelestarian bagi menyokong usaha Jabatan Pendidikan Negeri Pahang memperluaskan pelaksanaan Program Eco-Schools.

Kami percaya pendidikan merupakan medium paling berkesan dalam membentuk generasi yang bukan sahaja memahami kepentingan kelestarian, malah mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat, katanya.

Beliau berkata, melalui jaringan strategik ini, UMPSA berharap lebih banyak sekolah di Pahang dapat menyertai Program Eco-Schools sekali gus membudayakan amalan hijau secara sistematik dan menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Sementara itu, pihak JPN Pahang menyambut baik hasrat UMPSA untuk bekerjasama dalam memperkukuh pendidikan kelestarian di sekolah-sekolah melalui pendekatan yang lebih holistik dan berimpak terhadap kelestarian alam sekitar.

Kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama strategik antara UMPSA dan JPN Pahang dalam memperkasakan pendidikan kelestarian, sekali gus mewujudkan ekosistem pembelajaran yang menyokong pembangunan komuniti dan masa depan yang lebih mampan.

15/07/2026

15/07/2026

[SDC] INFOGRAFIK KELESTARIAN: SEBOTOL PLASTIK MENGAMBIL SEHINGGA 450 TAHUN UNTUK TERURAIAssalamualaikum & Salam Sejahter...
10/07/2026

[SDC] INFOGRAFIK KELESTARIAN: SEBOTOL PLASTIK MENGAMBIL SEHINGGA 450 TAHUN UNTUK TERURAI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datoโ€™/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
Tahukah anda?

Sebotol plastik boleh mengambil sehingga 450 tahun untuk terurai. Plastik yang digunakan hanya beberapa minit boleh kekal di alam sekitar selama beratus-ratus tahun dan mencemarkan bumi. Mulakan perubahan dengan membawa botol minuman sendiri, menolak plastik sekali guna dan memilih alternatif yang lebih lestari.

Sempena Plastic Free July, jom bersama-sama mengurangkan penggunaan plastik sekali guna demi memelihara alam sekitar.

Jangan lupa follow dan like media sosial rasmi Pusat Pembangunan Kelestarian
Instagram: https://www.instagram.com/sdcumpsa
TikTok: https://www.tiktok.com/



Address

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Gambang
26300

Telephone

+6094315068

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sustainability Development Centre UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sustainability Development Centre UMPSA:

Shortcuts

Share