Sk Lktp Lepar Hilir 2 - Rasmi

Sk Lktp Lepar Hilir 2 - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sk Lktp Lepar Hilir 2 - Rasmi, School, Sekolah Kebangsaan (Felda) Lepar Hilir 2, Gambang.

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Hilir 2 atau nama ringkasnya SK Lepar Hilir 2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Lepar Hilir 2, Jalan Gambang,Pahang

KEJOHANAN OLAHRAGA PEND. KHAS MAJLIS SUKAN SEKOLAH PAHANG (MSSP) 📌TARIKH : 18 - 19 OGOS 2026📌TEMPAT : SEKOLAH SUKAN MALA...
19/08/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA PEND. KHAS MAJLIS SUKAN SEKOLAH PAHANG (MSSP)

📌TARIKH : 18 - 19 OGOS 2026
📌TEMPAT : SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG

📌ACARA : LONTAR PELURU
📌KATEGORI : BP (LELAKI) BAWAH 12 TAHUN
📌PENCAPAIAN: TEMPAT KE-7 DARIPADA 19 ORANG PESERTA

✨️Tahniah AHMAD NUR IZZUL HAZWAN BIN AHMAD daripada seluruh warga SK FELDA Lepar Hilir 2 ✨️

17/08/2026





📢 MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM KERANGKA ANTIBULI SEKOLAHSCHOOL ANTI-BULLYING FRAMEWORK FOR EMPOWERMENT (SAFE)🏫 SK (FELDA) L...
17/08/2026

📢 MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM KERANGKA ANTIBULI SEKOLAH
SCHOOL ANTI-BULLYING FRAMEWORK FOR EMPOWERMENT (SAFE)
🏫 SK (FELDA) LEPAR HILIR 2 | 2026

📅 17 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 8.10 pagi
📍 Dewan Ibnu Sina
🎖️ Perasmi: Pegawai Perhubungan Sekolah

Majlis Peluncuran Program Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE) telah berlangsung sebagai satu inisiatif dalam memperkukuh usaha sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran seluruh warga sekolah tentang kepentingan mencegah buli, membina keberanian untuk bersuara serta memupuk budaya saling menghormati, prihatin dan bertanggungjawab dalam kalangan murid.

✨ Bersama kita Cegah Buli!
🤝 Sekolah Selamat, Murid Hebat!
🛡️ SAFE: Stop Bullying, Build Empowerment!

📚 HARI PELAPORAN PBD PERTENGAHAN TAHUN 2026 📚Telah berlangsung Hari Pelaporan PBD Pertengahan Tahun 2026 pada 17 Ogos 20...
17/08/2026

📚 HARI PELAPORAN PBD PERTENGAHAN TAHUN 2026 📚

Telah berlangsung Hari Pelaporan PBD Pertengahan Tahun 2026 pada 17 Ogos 2026 (Isnin) bertempat di kelas masing-masing.

Program ini melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi menyampaikan pelaporan perkembangan dan pencapaian murid berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sepanjang pertengahan tahun.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa memahami perkembangan pembelajaran anak-anak serta bersama-sama menyokong usaha meningkatkan pencapaian dan potensi mereka. 🌟📖

Tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan pelaporan PBD ini. 🤝✨

MAJLIS DIALOG KONSOLIDASI IBU BAPA BERSAMA GURU BESAR📅 17 Ogos 2026 (Isnin)⏰ 10.30 – 11.30 pagi🏫 Dewan Ibnu Sina, SK FEL...
17/08/2026

MAJLIS DIALOG KONSOLIDASI IBU BAPA BERSAMA GURU BESAR

📅 17 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 10.30 – 11.30 pagi
🏫 Dewan Ibnu Sina, SK FELDA Lepar Hilir 2

Majlis Dialog Konsolidasi Ibu Bapa bersama Guru Besar telah diadakan sebagai platform perkongsian dan perbincangan berkaitan perkembangan akademik serta kehadiran murid.

Antara agenda yang dibincangkan ialah peratus pencapaian PBD Pertengahan Tahun dan Dialog Prestasi Kehadiran Murid.

Semoga melalui dialog dan kerjasama erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, usaha meningkatkan pencapaian akademik, kehadiran dan kemenjadian murid dapat diperkasakan secara berterusan. 🤝📚✨

“Bersama Membina Kecemerlangan, Demi Kemenjadian Murid.”





📣 PERHIMPUNAN BULANAN UNIT KOKURIKULUMPerhimpunan Bulanan Unit Kokurikulum telah diadakan pada 17 Ogos 2026 (Isnin) bert...
17/08/2026

📣 PERHIMPUNAN BULANAN UNIT KOKURIKULUM

Perhimpunan Bulanan Unit Kokurikulum telah diadakan pada 17 Ogos 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Ibnu Sina.

🕗 Masa: 7.40 pagi
🪖 UB Bertugas: TKRS

✨ Ceramah Kesihatan Gigi ✨📅14 Ogos 2026 (Jumaat)⏰️9.00 pagi🏫Dewan Ibnu Sina👩‍⚕️Penceramah: Dr. Nur Amira binti A. Wahab ...
14/08/2026

✨ Ceramah Kesihatan Gigi ✨

📅14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰️9.00 pagi
🏫Dewan Ibnu Sina
👩‍⚕️Penceramah: Dr. Nur Amira binti A. Wahab (Pegawai Pergigian UG12)

🦷Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi dan mulut, cara memberus gigi dengan betul serta amalan pemakanan yang sihat untuk memastikan gigi sentiasa kuat dan sihat.

🦷Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran murid tentang penjagaan kesihatan diri dan membentuk amalan kebersihan mulut yang baik dalam kehidupan seharian. 🦷✨😊

Anjuran: Unit HEM SK FELDA Lepar Hilir 2

📢 DIALOG PRESTASI BIL. 1/2026 PBD/UPSA SUBJEK TERAS DAN PENDIDIKAN ISLAMSatu sesi Dialog Prestasi Bil. 1/2026 telah diad...
14/08/2026

📢 DIALOG PRESTASI BIL. 1/2026 PBD/UPSA SUBJEK TERAS DAN PENDIDIKAN ISLAM

Satu sesi Dialog Prestasi Bil. 1/2026 telah diadakan bagi membincangkan pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), UPSA, subjek teras dan Pendidikan Islam. Program ini bertujuan untuk meneliti data prestasi murid, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta merancang tindakan susulan yang lebih berfokus demi meningkatkan kemenjadian murid.

📅 Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 12.30 tengah hari
🏫 Tempat: Bilik Gerakan
👥 Kehadiran: Semua guru

🚨 CERAMAH & PAMERAN AADK | MINGGU PPDa SK FELDA Lepar Hilir 2,  2026 🚨📅 Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)📍 Tempat: Dewan Ibn...
11/08/2026

🚨 CERAMAH & PAMERAN AADK | MINGGU PPDa SK FELDA Lepar Hilir 2, 2026 🚨

📅 Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)
📍 Tempat: Dewan Ibnu Sina

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Ceramah dan Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK FELDA Lepar Hilir 2, 2026.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta kesan buruknya terhadap diri, keluarga dan masa depan. Melalui sesi ceramah dan pameran yang diadakan, murid berpeluang memperoleh maklumat yang tepat serta memahami kepentingan membuat pilihan yang bijak dan menjauhi gejala negatif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak AADK, Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga ilmu dan kesedaran yang diperoleh dapat menjadi benteng kepada anak-anak Selphi2 untuk membina kehidupan yang sihat, positif dan bebas daripada dadah.

🚫 Katakan TIDAK kepada Dadah!





Majlis Pelancaran Minggu PPDA (Program Pendidikan Pencegahan Dadah)Peringkat SK FELDA Lepar Hilir 2, 2026📆Tarikh: 10 Ogo...
11/08/2026

Majlis Pelancaran Minggu PPDA (Program Pendidikan Pencegahan Dadah)
Peringkat SK FELDA Lepar Hilir 2, 2026

📆Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)
⏰️Masa: 8.10 pagi
🤵‍♂️Dirasmikan oleh: En. Cik Zairey bin Che Mansor (Guru Besar)

Objektif:
💊 Meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah, alkohol, rokok dan bahan lain
💊 ⁠Mendidik murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bebas dari pengaruh negatif

🌹Tahniah Unit PPDA SK FELDA Lepar Hilir 2

Address

Sekolah Kebangsaan (Felda) Lepar Hilir 2
Gambang
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+601165731799

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Lktp Lepar Hilir 2 - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sk Lktp Lepar Hilir 2 - Rasmi:

Shortcuts

Share

Category