Pusat Sumber KEMAS KG Batu 8 Lepar Pekan

Pusat Sumber KEMAS KG Batu 8 Lepar Pekan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sumber KEMAS KG Batu 8 Lepar Pekan, Education, PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR, Gambang.

NOTIS MAKLUMANSumber : Jpn Negeri PahangPEMBUKAAN PEJABAT BARU JPN DAERAH PEKAN, PAHANGJabatan Pendaftaran Negara Daerah...
23/11/2023

NOTIS MAKLUMAN
Sumber : Jpn Negeri Pahang

PEMBUKAAN PEJABAT BARU JPN DAERAH PEKAN, PAHANG

Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pekan akan mula beroperasi di pejabat baru pada 20 NOVEMBER 2023(ISNIN) di alamat:

No 22,
Lorong Ketapang Mualim 13,
Taman Ketapang Mualim,
26600 Pekan, Pahang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat (UKK) JPN Negeri di talian 09-531 8888/ 8880 atau emel ke [email protected].

Sekian, terima kasih.






HEBAHAN PROGRAM!!!!! WINS kembali lagi dengan pelbagai aktiviti dan pengisian. Jumpa kami di Kuantan Parade hujung mingg...
05/07/2023

HEBAHAN PROGRAM!!!!!

WINS kembali lagi dengan pelbagai aktiviti dan pengisian. Jumpa kami di Kuantan Parade hujung minggu ini

Tarikh : 8hb Julai 2023 hingga 9hb Julai 2023
Tempat : Kuantan Parade Shopping Mall

Pelbagai aktiviti menarik disediakan.. Jom ramai-ramai memeriahkan program 🥳🥳💃💃






23/01/2023
20/01/2023

𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 (𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Permohonan dibuka mulai 20 Januari 2023 (Jumaat) sehingga 3 Februari 2023 (Jumaat) di talian kis.kemas.gov.my

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA) Tahun 2023.

16/01/2023

JEMPUTAN MENYERTAI EKSPLORASI DIGITAL @ u-PUSTAKA 2023: LATIHAN PANGKALAN DATA PRESSREADER

PressReader menyediakan e-surat khabar dan e-majalah.

✅ Dalam negara dan luar negara.
✅ Pelbagai bahasa.
✅ Audio disediakan.

Akses dalam talian secara PERCUMA. Layari www.u-pustaka.gov.my

Jom, jumpa kami di sini.

🗓️ 19 Januari 2023 (Khamis)

⏰ 10. 00 pagi - 11.30 pagi

👨‍💼 En. David Choo. Pengerusi Bahagian Digital, University Bookstore Malaysia.
Sila ketik pautan Youtube PNM TV Channel👇
https://youtu.be/rv1MboDTMig

Kehadiran tuan/puan amat dihargai. Sila kongsikan hebahan ini.

Terima kasih.😊

PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR PEKAN3 APRIL 2022 (AHAD)KELEBIHAN BERSAHURSumber : Jabatan Kemajuan Islam Malays...
03/04/2022

PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR PEKAN

3 APRIL 2022 (AHAD)
KELEBIHAN BERSAHUR
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

KELEBIHAN BERSAHUR

"SAHURLAH kamu, kerana di dalam sahur itu terkandung KEBERKATAN".





PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR PEKAN29 MAC 2022 (SELASA)4 Doa MustajabSumber : Tanyalah Ustaz 4 DOA MUSTAJAB1 -...
29/03/2022

PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR PEKAN

29 MAC 2022 (SELASA)
4 Doa Mustajab
Sumber : Tanyalah Ustaz

4 DOA MUSTAJAB

1 - Doa Nabi Musa Alaihisalam عَلَيْهِ ٱلسَّلَٰمُ‎ yang berada dalam kesempitan dan berhajat kepada bantuan dari Allah.

رَبّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْت إِلَيَّ مِنْ خَيْر فَقِير

".. Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku..." ~ Surah Al-Qosas:24

Menurut Imam Ibn Asyur rahimahullah (wafat 1393 H) Pada doa ini terdapat pujian, syukur dan permintaan kepada Allah.

2 - Jika terkena sakit p**a, boleh mencuba doa ini yang dibaca oleh Nabi Ayyub عَلَيْهِ ٱلسَّلَٰمُ‎.

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

" (Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa kemudharatan (penyakit) dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang..." ~ Surah Al-Anbiya: 83

3 - Dan jika terputus harapan dan memerlukan jalan keluar dan pertolongan serta memohon keselamatan boleh p**a mencuba doa Nabi Yunus عَلَيْهِ ٱلسَّلَٰمُ‎.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

".. Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.." ~ Surah Al-Anbiya: 87

4 - Berdoalah, kerana sesungguhnya Allah menyuruh hamba-hamba-Nya supaya meminta kepada-Nya.

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ

"... Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu..." ~ Surah Ghafir:60

Alhamdulillah 💕
Semoga bermanfaat 🤗🤗

KEMAS Daerah Pekan






AssalamualaikumSelamat pagi sahabatMoga dipermudahkan segala urusan untuk bertemu Ramadhan..In shaa AllahAamiin Ya Robba...
29/03/2022

Assalamualaikum
Selamat pagi sahabat
Moga dipermudahkan segala urusan untuk bertemu Ramadhan..

In shaa Allah
Aamiin Ya Robbal'aalamiin 🤲🤲🌹🌹

PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR PEKAN28 MAC 2022 (ISNIN)10 TIPS PENTING UNTUK MENEMPUHI BULAN RAMADHANSumber : U...
28/03/2022

PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR PEKAN

28 MAC 2022 (ISNIN)
10 TIPS PENTING UNTUK MENEMPUHI BULAN RAMADHAN
Sumber : Ustazah Asma' Harun

5 HARI LAGI MENUJU RAMADHAN
Bersediakah kita?? 🤔🤔

ANDAI INI RAMADAN TERAKHIRKU 😥

Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah agaknya andai Ramadan kali ini ialah Ramadan yang terakhir dalam hidup kita?

Ramadan seterusnya, masih adakah peluang untuk kita mengumpul pahala berterawih dan bertadarus al-Quran? Masih sempatkah untuk kita merebut peluang bertemu dengan malam al-Qadar?

Tiada siapa yang mampu untuk memberi kepastian, bagi setiap persoalan.

Sahabat, mulakanlah persiapan kita seawal yang mungkin bagi bertemu dengannya. Anggaplah ini kesempatan terakhir kita untuk menikmati setiap kemanisan ibadah di dalamnya.

Mulakan dengan melakukan 10 tips penting untuk menempuhi bulan Ramadan yang mulia:

1. PERBETULKAN NIAT

Daripada Umar al-Khattab r.a.:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat.

(HR Bukhari, hadis sahih)

• Jika hati dan niat kita telah terfokus hanya untuk mencari keredhaan Allah SWT, maka amal perbuatan kita selepas itu akan menjurus kepadanya juga.
• Persiapkan niat kita untuk menghadapi Ramadan ini hanya kerana Allah SWT

LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

2. LATIH DIRI BERPUASA

• Sebaiknya kita melatih diri untuk berpuasa sunat pada bulan sebelumnya; seperti puasa Isnin dan Khamis.
• Menurut sirah, Rasulullah SAW melipatgandakan kuantiti dan kualiti ibadat puasa.

Hal itu diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.:

كَانَ رَسُولَ اللهِ يَصُومُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلاَّ رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَاماً فِي شَعْبَانَ

Maksudnya: “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kami mengatakan, baginda tidak pernah berbuka, dan kadang-kadang baginda terus-menerus berbuka hingga kami menganggap baginda tidak berpuasa langsung. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.”

(HR Muslim, hadis sahih)

3. PELAJARI HUKUM HAKAM PUASA

• Dalami ilmu agama yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusykilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif.
• Tujuannya adalah agar apa yang akan diamalkan dalam ibadah puasa lebih bermakna dan bulan Ramadan lebih dihayati.

Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menyebutkan:

“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah SWT tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan.”

4. LAZIMI QIAMULLAIL

• Mujahadah untuk bangun malam sebelum tibanya Ramadan (beberapa kali seminggu).
• Hal ini bagi mengelakkan kita daripada liat untuk bangun malam di bulan Ramadan serta memudahkan kita untuk bangun bersahur.

Dr. Sayyid al-Affani berkata:

“Kita mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadan dengan taubat nasuha kepada Allah SWT dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.”

5. BERAZAM UNTUK TIDAK MENINGGALKAN SAHUR

Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan."

(HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

6. BERSEDERHANA SEMASA BERBUKA PUASA

إِنَّ ٱلْمُبَذِّرِينَ كَانُوٓا۟ إِخْوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِ ۖ وَكَانَ ٱلشَّيْطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

(Surah Al-Isra’ : 27)

7. MEMPERBANYAKKAN DOA

• Berdoa supaya Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
• Memohon pada Allah supaya diri dan keluarga sentiasa sihat sepanjang Ramadan.

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

(HR Ahmad, hadis sahih)

8. MELAZIMI SEDEKAH

• Mulakan amalan bersedekah sedikit semi sedikit daripada sekarang.
• Sedekah tidak semestinya dalam bentuk harta. Ianya termasuk dengan mempamerkan akhlak yang baik, senyuman dan raut wajah yang menyenangkan, meringankan beban dan membantu orang lain.
• Boleh juga kenalpasti jiran tetangga yang kurang berkemampuan dan hulurkan bantuan kepada mereka.

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ الله - صلى الله عليه وسلم - حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ .

Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.”

(HR. Bukhari, hadis sahih)

9. MENGHIDUPKAN AL-QURAN DI RUMAH

Nabi SAW bersabda:

مَثَلُ الْبَيْتِ الَّذِي يُذْكَرُ اللهُ فِيهِ، وَالْبَيْتِ الَّذِي لَا يُذْكَرُ اللهُ فِيهِ، مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ.

Terjemahan: “Perumpamaan rumah yang disebutkan Allah SWT di dalamnya adalah seperti orang yang hidup (yakni rumah itu makmur), sementara rumah yang tidak disebutkan Allah SWT di dalamnya adalah seperti orang yang mati (yakni rumah itu terbiar).”

(HR Muslim, hadis sahih)

• Mulakan membaca Al-Quran dan lazimi zikir supaya ia menjadi satu kebiasaan.
• Memperkemaskan bacaan Al-Quran dengan pelajari ilmu tajwid.
• Bila Ramadan tiba, amalan ini diteruskan dengan beberapa penambahbaikan seperti membaca terjemahan dan mentadabbur ayat-ayatnya.

10. MERANCANG TARGET RAMADAN

• Target untuk khatam al-quran (rancang berapa helai atau juzuk yang akan dibaca dalam sehari supaya dapat khatam sebelum Ramadan berakhir).
• Target untuk bersedekah di mana dan kepada siapa.
• Target untuk solat sunat (solat sunat rawatib, dhuha, tarawih, tahajud, taubat, hajat, dan lain2).

Daripada Hasan al-Basri:

فَالْعَجَبُ مِنَ اللَّاعِبِ الضَّاحِكِ، فِي اليَوْمِ الَّذِي يَفُوْزُ فِيْهِ الْمُحْسِنُوْنَ

Maksudnya: “Maka amat menghairankan bagi mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa (tidak bersedia untuk Ramadan) dalam hari orang-orang yang baik itu sedang berjaya (dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan).

(Ibn Rajab, Bughya al-Insan)

Subhanallah. Nukilan Hasan al-Basri di atas sangat menyentuh sanubari. Maka sungguh rugilah bagi mereka yang tidak mempersiapkan diri untuk menuju bulan Ramadan al-Mubarak.
Semoga kita semua akan menempuh Ramadan kali ini dengan penghayatan yang berbeza.

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA🌹

ASMA' BINTI HARUN

KEMAS Daerah Pekan




PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR PEKAN23 MAC 2022 (RABU)TANDA "SAH" (VERIFIKASI) DI MYSEJAHTERASumber : MySejahte...
23/03/2022

PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR PEKAN

23 MAC 2022 (RABU)
TANDA "SAH" (VERIFIKASI) DI MYSEJAHTERA
Sumber : MySejahtera

Akaun yang telah disahkan (verified) memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya.

Contohnya, ada yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun mereka.

Klik "Sahkan Segera" sekiranya anda belum mengesahkan MySejahtera anda lagi.

Nota kaki: Kemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini (1.1.8) untuk terus menggunakan ciri terbaru ini

Semoga bermanfaat 🤗🤗

KEMAS Daerah Pekan
K-Library @ PUSAT SUMBER KEMAS










Address

PUSAT SUMBER KEMAS KAMPUNG BATU 8 LEPAR
Gambang
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber KEMAS KG Batu 8 Lepar Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Sumber KEMAS KG Batu 8 Lepar Pekan:

Shortcuts

Share

Category