08/12/2022
Program Ziarah Prihatin Guru Pewaris Negara BETONG tahun 2022
Tarikh/Hari: 08 Disember 2022 (Khamis)
Masa : 3.00 pm sehingga selesai
Tempat : Kampung Spaoh
'Menjenguk orang sakit sendiri termasuk dalam amalan yang mengandung keutamaan besar menurut Rasulullah SAW'. Beliau bersabda,
مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَو زَارَ أَخًا لَهُ فِي الله، نَادَاهُ مُنَادٍ: بِأَنْ طِبْتَ، وَطَابَ مَمْشَاكَ، وَتَبَوَّأتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً
Artinya: "Barangsiapa yang menjenguk orang sakit, maka (malaikat) dari langit memanggil, 'berbahagialah kamu dan sungguh baik langkahmu dan engkau menempati sebuah rumah di surga." (HR Ibnu Majah).
Alhamdulillah, Program Ziarah Prihatin GPN Betong telah berjalan dengan lancar dan diharapkan dengan kedatangan rombongan dari PPD Betong serta Ketua2x Penggerak GPN Sekolah tadi meninggalkan impak yang positif dan meningkatkan semangat juang rakan guru yang dilawati.
Marilah kita sama2x menadah tangan dan mendoakan syifa buat rakan2x guru dan AKP yang ditimpa ujian sakit..
Bismillahirrahmanirrahim..
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Artinya: "Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain dari penawarMu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit."
Diharap program seumpama ini dapat diperluaskan dan diteruskan lagi di masa akan datang. Insya Allah.