08/09/2026
π²πΎπ΄ββοΈ KAYUHAN AMBANG MERDEKA SK PERIANG 2026 π΄ββοΈπ²πΎ
βKayuh Bersama, Semarakkan Jiwa Merdeka!β π²πΎβ€οΈ
Pada 27 Ogos 2026 (Khamis), jam 8.00 pagi, telah berlangsung Program Kayuhan Ambang Merdeka SK Periang 2026 bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026.
Program ini melibatkan semua guru, murid dan ibu bapa SK Periang dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme, menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti setempat. π΄ββοΈπ΄ββοΈ
π LALUAN KAYUHAN:
π© SK Periang
β‘οΈ Victoria Bridge
β‘οΈ SJKT Enggor
β‘οΈ SK Karai
β‘οΈ π SK Periang
π²πΎ PENYERAHAN BENDERA MALAYSIA
Antara pengisian istimewa program ini ialah penyerahan bendera Malaysia kepada SJKT Enggor dan SK Karai sebagai simbol semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan dalam menyambut Bulan Kebangsaan. π²πΎπ€
Penyerahan ini menjadi satu simbolik bahawa semangat Malaysia yang bersatu dan harmoni dapat disemarakkan bersama tanpa mengira latar belakang, sekolah dan komuniti. β€οΈπ²πΎ
Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada pihak SJKT Enggor dan SK Karai atas sambutan, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua guru, murid dan ibu bapa SK Periang yang turut bersama-sama mengayuh dan memeriahkan program. ππ»π΄ββοΈπ΄ββοΈ
Semoga program ini dapat terus memupuk semangat patriotisme, perpaduan, kerjasama dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah serta komuniti setempat.
π²πΎ Satu Kayuhan, Satu Semangat, Satu Malaysia! π²πΎ
π²πΎ