15/09/2026
🇲🇾✨ 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 & 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗞 𝗧𝗲𝗹𝗼𝗸 𝗟𝗶𝗽𝗮𝘁 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 2026✨🇲🇾
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat SK Telok Lipat Tahun 2026. 🎉🇲🇾
Majlis turut dimeriahkan dengan Pertandingan Warna-Warni Malaysia – Tema Etnik Malaysia yang melibatkan murid Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. 🌺👗🪷
Pelbagai pakaian etnik diperagakan dengan penuh ceria, menyerlahkan keunikan budaya, kepelbagaian dan keharmonian rakyat Malaysia. ❤️💙💛🤍
🏆 Tahniah kepada semua pemenang.
👏🏻 Syabas kepada semua murid yang mengambil bahagian.
🙏🏻 Terima kasih kepada semua guru, warga sekolah dan ibu bapa atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan sambutan ini.
🇲🇾 Berbeza budaya, bersatu jiwa.