22/04/2026
"Misi Sumud 2.0 Kita Bukan Hero Tetapi Pejuang Sebenar Adalah Rakyat G"
Sahabat, perjuangan membebaskan bumi anbiya bukanlah satu jalan yang ditaburi dengan kelopak bunga mawar. Ia menuntut pengorbanan jiwa, harta, dan air mata. Kadang-kadang kita di sini berasa terlalu selesa dan terlupa betapa beratnya penderitaan yang sedang ditanggung oleh saudara seagama kita di sana.
Baru-baru ini tular satu sesi siaran langsung yang sangat menjentik hati daripada salah seorang aktivis Misi Sumud, iaitu saudara Ahmad Faezal. Beliau kini sedang berada di atas kapal yang membelah lautan menuju ke zon konflik. Luahan beliau sangat ikhlas, membuka mata, dan meruntun jiwa kita semua.
Mari kita baca dan hayati transkrip penuh jawapan beliau ketika ditanya pelbagai soalan sewaktu siaran langsung tersebut.
Tulis beliau:
Korang berhak nak maki, korang berhak nak kecam mana-mana peserta sumud yang mempamerkan diri dia sebagai penyelamat G atau apa-apa yang dikaitkan dengan sindrom hero. Korang berhak nak maki. Kita ni bukan hero, kita ni bukannya pemberani, kita ni sebenarnya orang yang mengusaha sahaja.
Yang hero, yang pemberani adalah orang-orang G kerana mereka tak ada pilihan. Kami ada pilihan. Katanya dah dekat ni, saya boleh tarik diri daripada sumud. Saya boleh pergi jumpa Nadir dan cakap saya dah tak larat dah, saya nak tarik diri. Saya angkat beg, saya belah.
Tapi orang G tak boleh buat benda tu. Orang G tak ada pilihan untuk keluar. Israel atau Isbiol kata nak keluar pun tak boleh. Jadi merekalah hero yang sebenar. Peserta sumud tidak.
Misi utama untuk ini adalah pertama sekali untuk mengembalikan perbincangan tentang G. Kedua adalah untuk menggerakkan orang ramai supaya letak tekanan kepada kerajaan masing-masing di seluruh dunia untuk menamatkan kerjasama dengan Isbiol dalam usaha mendiamkan pembunuhan beramai-ramai ini.
Masjid Al-Aqsa masih utuh ke? Sebenarnya memang ada penggalian kat bawah tanah dia dan memang ada gangguan dekat struktur bangunan dia. Jadi kalau saya nak kata utuh pun macam tak betul, tapi nak kata runtuh tu taklah. Ada ancaman terhadapnya.
Tak boleh lalu darat ke nak ke G tu? Tak boleh. Awak Google sekarang Yellow Line G. Google tu boleh faham.
Kapal kita orang memang tak boleh rapat ke pantai, kena berlabuh kat air dalam. Kapal ada had dia dan tak boleh rapat sampai pantai. Macam mana nak hantar bantuan tu, ada mekanisme dia yang saya tak boleh cerita kat sini. Saya rasa Isbiol tahu mekanisme dia macam mana, tapi biarlah.
Hospital di G p**a macam mana? Hospital kat G tu memang daif lah. Kita janganlah bayang macam KPJ ke Prince Court ke. Sangat daif dan teruk. Kiri kanan bau darah sampai rasa macam nak jadi gila sebab kecederaan terlalu banyak. Hospital yang digunakan malah ada hospital khemah pun. Sebab dia orang tak ada ubat bius, ubat tahan sakit pun tak banyak, jadi dia orang buat rawatan sebaik mungkin je.
Kalau Isbiol datang guna bot, ada senjata apa-apa untuk lindungi diri ke? Tak ada. Tidak boleh ada senjata. Pisau akan dibuang, pemotong kuku akan dibuang dalam laut, penyapu akan dibuang dalam laut.
Sebab apa? Kalau kita bawa senjata, Isbiol akan ada kamera badan. Bukti bahagian-bahagian yang nampak macam kita menyerang ni akan digunakan oleh mereka. Macam contoh kapal Mavi Marmara dulu, Isbiol terbukti menyerang dulu. Isbiol buat macam-macam hal, and then masa di hujung tu aktivis pegang penyapu dan lawan balik. Bahagian yang pegang penyapu tu la yang ditunjuk seolah-olah aktivis yang serang dulu. Isbiol terpaksa bela diri sendiri. Itu naratif dia yang kita nak lawan.
Subhanallah. Begitu terperinci dan telus sekali penjelasan daripada saudara Ahmad Faezal ini. Tersentak hati kita apabila beliau menyebut bahawa mereka yang berlayar ini bukanlah hero. Hero yang hakiki adalah rakyat G yang sedang dikepung, dibom, dan tidak mempunyai sebarang jalan keluar.
Sahabat, kalau kita selak kembali lembaran sirah Nabi Muhammad SAW, situasi yang sedang berlaku di bumi P pada hari ini sangat mirip dengan peristiwa pemboikotan di Lembah Syiib Abi Talib.
Pada waktu itu, seluruh umat Islam dan Bani Hasyim dikepung dan disekat daripada mendapatkan sebarang bekalan makanan dan perniagaan oleh musyrikin Makkah selama hampir tiga tahun. Bayangkan betapa dahsyatnya penderitaan mereka pada ketika itu sampaikan para sahabat terpaksa memakan daun-daun kering dan kulit binatang sekadar untuk mengalas perut. Anak-anak kecil menangis kelaparan siang dan malam, betul-betul sama seperti apa yang sedang dilalui oleh bayi-bayi di G sekarang.
Para sahabat Nabi tiada pilihan melainkan bertahan atau sumud demi mempertahankan sebutir iman di dalam dada. Ketabahan inilah yang menjadi asbab turunnya pertolongan Allah SWT di kemudian hari.
Mengenai taktik kotor rejim Isbiol dan puak Z yang gemar memutarbelitkan fakta melalui media, ini bukanlah satu perkara yang pelik. Sejak zaman kenabian lagi, golongan munafik dan musuh Islam memang pakar dalam kerja-kerja manip**asi persepsi untuk menampakkan umat Islam sebagai pengganas. Akan tetapi, Allah itu Maha Adil. Setiap kebatilan pasti akan dihancurkan jua pada akhirnya.
Buat kita yang berada beribu-ribu batu jauhnya dari medan konflik, tanya kembali diri kita. Apa sumbangan kita? Jika kita tidak mampu menyumbang tenaga untuk belayar meredah bahaya seperti aktivis Sumud, janganlah p**a kita menjadi tentera papan kekunci yang hanya pandai mengecam dan merendah-rendahkan usaha orang lain.
Gunakanlah senjata paling ampuh yang ada pada setiap mukmin, iaitu doa. Jangan pernah penat menitipkan doa buat mereka setiap kali selepas solat.
Mari kita sama-sama hafal dan amalkan doa sahih yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW ini ketika baginda berhadapan dengan musuh Islam di medan perang. Doa ini sangat mustajab untuk memohon kehancuran ke atas tentera musuh yang zalim:
اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
Maksudnya: Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Al-Kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan pas**an tentera bersekutu musuh, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami menewaskan mereka. (Hadis Riwayat Al-Bukhari No. 2933 dan Muslim No. 1742).
Semoga Allah SWT memelihara keselamatan saudara Ahmad Faezal dan seluruh anak kapal Misi Sumud yang sedang berjuang. Mudah-mudahan Allah kurniakan kemenangan yang mutlak buat rakyat G, dan membebaskan bumi P daripada cengkaman Setanjahat dan rejim Isbiol laknatullah buat selama-lamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.
___
P: DARI SUNGAI KE SEGARA
Dalam sejarah tamadun dunia, P menjadi saksi pergolakan, kemakmuran, dan kezaliman yang berlangsung beribu tahun. Buku "P: Dari Sungai ke Segara" karya Ayman Rashdan Wong mengupas dengan mendalam tentang bumi barakah ini dari sejarah Bani Isra'il, pemerintahan pelbagai empayar, hingga era kegemilangan Islam di bawah Khulafa' ar-Rashidin.
Setiap bab membawa pembaca menyelami isu-isu geopolitik, konflik Z, dan perjuangan rakyat P. Bermula dari asal usul tanah P, kemunculan Z sehingga perjuangan semasa untuk membebaskan P dari penindasan yang tiada penghujung. Penulis juga membongkar mitos-mitos yang sering dipropagandakan dan menyeru kepada pemahaman yang lebih adil dan menyeluruh terhadap sejarah P.
Buku ini bukan sekadar naskhah sejarah, tetapi juga seruan solidariti terhadap perjuangan P, menjadikan ia bacaan wajib bagi mereka yang ingin memahami akar konflik dan harapan untuk masa depan P yang bebas.
Dapatkan senaskah:
https://s.shopee.com.my/4VMuIBEZ3n