FTMK UTeM

FTMK UTeM The Official Page of FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI UTeM We plan to keep it that way for the future.

Made your lifetime decisions wisely and we a helping you by providing 10 reasons why you should study at FTMK :

Investing in your future – By offering up to date education and industrial relevant knowledge, we are helping you to prepare for the future. Increasing your employability – Our pass and present statistic prove it, with 99% of our graduates manage to secure permanent job within 3 months

after graduate. Learn from the best – Recognized and well respected in their field of expertise, our Professors, Associate professors, Doctor and Lectures are selected among the best that share the same passion in sharing knowledge to others, especially you. Relevant research – Let us know your interest and we will guide your research to ensure the relevant, contributions and profitable of it. Earn while you learn – We do provide Research Assistance and Funds allocation for you. Learn and perform your best, you will enjoy all the benefit. Innovative teaching – We are the first and advance in implementing an innovative teaching and learning techniques among Malaysia Technical University (MTUN) Universities

Working in partnership – Our faculty did working in partnership with others international and local universities as we believe in team work. Professional relevance – Certified by respective body and organizations. FTMK staff are dedicated and professional personal, ready to assist and guide you. Encouraging entrepreneurship – Actively participate in various completion and entrepreneur activities. Industry partnership – Cyber Security Malaysia , IBM, Infenion, Apple Malaysia, Samsung, CodeArmy , Amtis, are few to name our industry partner.

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝑺.𝑨.𝑾.“𝑀𝐴𝐷𝐴𝑁𝐼 𝐷𝑖ℎ𝑎𝑦𝑎𝑡𝑖, 𝑈𝑚𝑚𝑎ℎ 𝐷𝑖𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑖”.𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komun...
24/08/2026

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝑺.𝑨.𝑾.

“𝑀𝐴𝐷𝐴𝑁𝐼 𝐷𝑖ℎ𝑎𝑦𝑎𝑡𝑖, 𝑈𝑚𝑚𝑎ℎ 𝐷𝑖𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑖”.

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM, 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊
& 𝑾𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 FTMK UTeM

𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠 𝗞𝗼𝗺𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗔𝘀𝗲𝘁 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗟𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) merupakan antara ...
21/08/2026

𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠 𝗞𝗼𝗺𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗔𝘀𝗲𝘁 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗟𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) merupakan antara PTj yang terlibat dalam proses pengambilan dan penyerahan item pelupusan kepada agensi-agensi yang memerlukan.

Tarikh: 20 Ogos 2026
Tempat: Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Inisiatif ini bukan sahaja membantu memastikan proses pelupusan dilaksanakan secara teratur, malah memberi peluang kedua kepada item yang masih boleh digunakan untuk terus dimanfaatkan oleh pihak yang memerlukan.

FTMK merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang proses ini.

Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada komuniti dan menyokong pengurusan aset yang lebih cekap, berhemah dan lestari.

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

🎓 𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗜𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗩𝗮𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶@𝗨𝗧𝗲𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲📅 20 Ogos 2026⏰ 9.00 pagi – 11.30 pagi📍 FTMK UTeMFT...
20/08/2026

🎓 𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗜𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗩𝗮𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶@𝗨𝗧𝗲𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲

📅 20 Ogos 2026
⏰ 9.00 pagi – 11.30 pagi
📍 FTMK UTeM

FTMK UTeM berbesar hati menerima kunjungan para pelajar sekolah bersempena Program Inspirasi Varsiti@UTeM 2026 pada 20 Ogos 2026.

Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang melihat dengan lebih dekat suasana pembelajaran di FTMK serta mengenali bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perkongsian dan aktiviti yang disediakan.

Semoga kunjungan ini dapat memberikan pendedahan, mencetuskan minat serta menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus melangkah ke alam pendidikan tinggi, khususnya dalam bidang teknologi dan pengkomputeran. 💻✨

Terima kasih atas kunjungan ke FTMK. Semoga pengalaman hari ini menjadi salah satu langkah kecil menuju impian yang lebih besar! 🌟

FTMK UTeM | Empowering Technology, Inspiring the Future
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗿𝗶𝗸𝘂𝗹𝘂𝗺 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗟𝘂𝗮𝗿Sorotan sekitar Bengkel Pemantapan Kurikulum bagi Program Ijazah Sarj...
19/08/2026

𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗿𝗶𝗸𝘂𝗹𝘂𝗺 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗟𝘂𝗮𝗿

Sorotan sekitar Bengkel Pemantapan Kurikulum bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian (BITS) bersama Pemeriksa Luar, PM. Ts. Dr. Yusmadi Yah Jusoh dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung pada 18 Ogos 2026 di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM.

Bengkel dimulakan dengan sesi pembukaan oleh Yang Berusaha Profesor Ts. Dr. Mohd. Sanusi Azmi, Dekan FTMK, yang menekankan kepentingan pemantapan kurikulum secara berterusan bagi memastikan Program BITS kekal berkualiti serta memenuhi keperluan semasa dan industri.

Sesi seterusnya melibatkan pengenalan program, penelitian struktur kurikulum, kandungan kursus dan kaedah penilaian, di samping lawatan ke makmal serta temu bual bersama pelajar dan staf akademik.

Bengkel diakhiri dengan mesyuarat penutup dan penyampaian laporan serta rumusan penilaian secara menyeluruh oleh Pemeriksa Luar, diikuti penyampaian cenderahati oleh Timbalan Dekan Akademik FTMK, Ts. Dr. Ahmad Shaarizan Shaarani, bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Perisian, Ts. Dr. Raja Rina Raja Ikram, dan Penyelaras Program BITS, Ts. Dr. Nuridawati Mustafa.

Semoga segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan dapat terus memperkukuh kualiti dan keberkesanan Program BITS, selaras dengan aspirasi UTeM dalam memperkasakan pendidikan TVET dan melahirkan graduan yang kompeten serta memenuhi keperluan industri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pemeriksa Luar, pihak pengurusan FTMK, JK Bengkel serta seluruh warga Jabatan Kejuruteraan Perisian atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

✨ 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗗𝗖𝗦 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠: 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗸𝗲 𝗟𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻10 pelajar kami menjadi fasilitator di SK Menggong untuk program KOKU EVO...
19/08/2026

✨ 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗗𝗖𝗦 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠: 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗸𝗲 𝗟𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻

10 pelajar kami menjadi fasilitator di SK Menggong untuk program KOKU EVOLVE 2026 - Generasi Madani.

🏕️ Skill yang dikongsi semasa program:
Dari mendirikan kemah, ikatan tali, memasak dengan matematik praktikal, hingga teamwork di lapangan!

👥 Fasilitator DCS FTMK UTeM:
Muhammad Aiman Syaqirin | Ahmad Hadif Aiman | Muhammad Haziq Nordin | Muhamad Afiq Ahmad Zaki | Nur Erina Syasya | Nureen Qhaleeda Hammidi | Muhammad Harith Haqeem | Idris Arif Razlisham | Muhammad Fahrin Putera | Syamim Raif Mohd Fadzli

💡 Sebagai Fasilitator, Ilmu Diperoleh:
✓ Mentoring yang sebenarnya (bukan hanya teori)
✓ Kepemimpinan melalui tindakan
✓ Melihat bagaimana ilmu aplikasi di dunia nyata
✓ Soft skills yang tiada dalam buku teks

"Knowledge is only potential power until it is applied in the real world."

Fieldwork experience matters! 📚

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

🏢 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠Sorotan sekitar Majlis Serahan Tapak Kemudahan Terkini FTMK UTeM merangkumi  E...
17/08/2026

🏢 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠

Sorotan sekitar Majlis Serahan Tapak Kemudahan Terkini FTMK UTeM merangkumi E-Sport, Common Room, Lounge dan Makmal Sains Data yang telah berlangsung pada 13 Ogos 2026.

Sesi serahan tapak ini dihadiri oleh Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, bersama barisan pengurusan FTMK dan pihak berkaitan; menyaksikan FTMK UTeM terus memperkasa persekitaran pembelajaran dan pembangunan mahasiswa.

Pembangunan kemudahan baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha UTeM menyediakan ekosistem kampus yang lebih kondusif, moden dan selari dengan keperluan pembelajaran masa kini. Selain menyokong aktiviti akademik, kemudahan ini bakal menyediakan ruang kepada mahasiswa untuk berkolaborasi, berinteraksi, meneroka teknologi serta mengembangkan kreativiti dan bakat digital.

Semoga pembangunan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga FTMK serta menyokong usaha melahirkan graduan yang kompeten, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital serta Revolusi Industri 4.0.

FTMK – Memacu Teknologi, Memperkasa Masa Hadapan.

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM
-Sport

𝗝𝗮𝘀𝗮𝗺𝘂 𝗗𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗕𝗮𝗸𝘁𝗶𝗺𝘂 𝗗𝗶𝘀𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 💐FTMK UTeM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada dua ...
17/08/2026

𝗝𝗮𝘀𝗮𝗺𝘂 𝗗𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗕𝗮𝗸𝘁𝗶𝗺𝘂 𝗗𝗶𝘀𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 💐

FTMK UTeM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada dua orang tokoh akademik FTMK yang telah menamatkan perkhidmatan bulan lalu, setelah sekian lama mencurahkan ilmu, tenaga, pengalaman dan bakti kepada universiti.

🌹 𝒀𝑩𝒓𝒔. 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒐𝒓 𝑻𝒔. 𝑫𝒓. 𝑺𝒂𝒛𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎
𝑃𝑟𝑜𝑓𝑒𝑠𝑜𝑟 𝐺𝑟𝑒𝑑 𝐾ℎ𝑎𝑠 𝐶 (𝑉𝐾7)
Bersara Wajib: 15 Julai 2026

🌹 𝒀𝑩𝒓𝒔. 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒐𝒓 𝑴𝒂𝒅𝒚𝒂 𝑮𝒔. 𝑻𝒔. 𝑫𝒓. 𝑶𝒕𝒉𝒎𝒂𝒏 𝒃𝒊𝒏 𝑴𝒐𝒉𝒅
𝑃𝑟𝑜𝑓𝑒𝑠𝑜𝑟 𝑀𝑎𝑑𝑦𝑎 𝐺𝑟𝑒𝑑 𝐷𝑆14
Bersara Wajib: 2 Ogos 2026

Segala jasa, sumbangan dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam mendidik anak bangsa serta membangunkan FTMK akan sentiasa dikenang dan menjadi sebahagian daripada legasi fakulti.

Semoga kedua-duanya terus dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang seterusnya bersama keluarga tercinta.

𝑆𝑒𝑗𝑎𝑚𝑏𝑎𝑘 𝐾𝑎𝑠𝑖ℎ, 𝑆𝑒𝑘𝑎𝑙𝑢𝑛𝑔 𝐵𝑢𝑑𝑖.
𝐽𝑎𝑠𝑎𝑚𝑢 𝐷𝑖𝑘𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔, 𝐵𝑢𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐵𝑎𝑘𝑡𝑖 𝑚𝑢 𝐷𝑖𝑠𝑎𝑛𝑗𝑢𝑛𝑔.

Ikhlas daripada
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM,
Pengurusan Tertinggi, & Warga Kerja FTMK UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗧𝗮𝗸𝘇𝗶𝗮𝗵إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَFTMK UTeM merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli kel...
16/08/2026

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗧𝗮𝗸𝘇𝗶𝗮𝗵

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

FTMK UTeM merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Arfian bin Ismail atas pemergian beliau.

Allahyarham merupakan Profesor Madya di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan telah banyak menyumbang kepada FTMK UTeM sebagai Penasihat Akademik bagi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Perkomputeran Awan) – BITA.

Segala jasa, pandangan serta sumbangan ilmu yang telah dicurahkan oleh Allahyarham dalam membantu pembangunan dan penambahbaikan program amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati roh beliau serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

15/08/2026

𝗠𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁 𝗦𝘂𝗿𝘃𝗲𝘆 𝗕𝗜𝗧 (𝑰𝒏𝒅𝒖𝒔𝒕𝒓𝒚 𝑴𝒐𝒅𝒆 (𝑨𝒑𝒑𝒓𝒆𝒏𝒕𝒊𝒄𝒆𝒔𝒉𝒊𝒑)

Hi there, valued industry partner! 🙏🏻

𝐅𝐓𝐌𝐊, 𝐔𝐓𝐞𝐌 is designing a new 𝑩𝒂𝒄𝒉𝒆𝒍𝒐𝒓 𝒐𝒇 𝑰𝒏𝒇𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝑻𝒆𝒄𝒉𝒏𝒐𝒍𝒐𝒈𝒚 (𝑩𝑰𝑻) programme — featuring a brand-new 𝑰𝒏𝒅𝒖𝒔𝒕𝒓𝒚 𝑴𝒐𝒅𝒆 (𝑨𝒑𝒑𝒓𝒆𝒏𝒕𝒊𝒄𝒆𝒔𝒉𝒊𝒑), where students become your full-time, salaried employees while they learn! 🎓💼

Your voice matters in shaping a programme that truly matches real industry needs — *from workforce demand to curriculum relevance and apprentice placement fit* .

⏱️ Just 8–10 minutes
🔒 Confidential — for academic purposes only

Help us shape the *future of Malaysia's IT talent* ! 🚀
👉 https://bit.ly/3RkPzLa

Thank you so much for your invaluable support! 🙏

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

📚 𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗞𝗲 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠FTMK UTeM berbesar hati menerima kunjungan pelajar MRSM Terendak, Mel...
14/08/2026

📚 𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗞𝗲 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠

FTMK UTeM berbesar hati menerima kunjungan pelajar MRSM Terendak, Melaka menerusi program Lawatan Sambil Belajar yang berjalan pada:
📅 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 8.30 pagi
📍 Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM

Kunjungan ini telah disantuni oleh Ketua Jabatan Media Interaktif FTMK, Dr. Mohd Lutfi Dolhalit, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar UTeM STEP Encik Yahaya Ibrahim dan Pensyarah Jabatan Media Interaktif Ts Norazlin Mohammed.

Para pelajar diberi peluang mengenali FTMK UTeM dengan lebih dekat, mendapatkan pendedahan mengenai bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta melihat sendiri persekitaran pembelajaran dan kemudahan yang disediakan di fakulti.

Semoga lawatan ini memberi pengalaman yang bermanfaat, mencetuskan minat terhadap bidang teknologi serta menjadi inspirasi kepada para pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan mereka pada masa hadapan.

Terima kasih MRSM Terendak atas kunjungan ke FTMK UTeM.

Semoga berjumpa lagi! 🌟

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

Address

Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Durian Tunggal, Melaka
Durian Tunggal
76100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FTMK UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share