10/09/2026
🟢Perbincangan Strategik Pembangunan Program Underwater Welding and Inspection melalui Kerjasama FTKIP–TWI South East Asia (TWI SEA)🟢
Tarikh : 08 September 2026
Tempat : Makmal Kualiti Kimpalan (MKK), Factory 3, Kampus Teknologi, UTeM
Lawatan kerja oleh TWI South East Asia (TWI SEA) ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Industri dan Pembuatan (FTKIP) merupakan satu inisiatif strategik bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak akademia dan industri dalam bidang teknologi kimpalan, pemeriksaan, integriti struktur, penyelidikan serta pembangunan kompetensi profesional.
Lawatan diketuai oleh Encik Fauzi Bin Mohd Kassim selaku Pengurus TWI SE ini turut menjadi platform untuk kedua-dua pihak berkongsi kepakaran, pengalaman dan perkembangan teknologi terkini dalam bidang kimpalan serta mengenal pasti peluang kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada staf dan pelajar, khususnya Program Sarjana Muda Teknologi Kimpalan dengan Kepujian (BMIK).
Objektif Lawatan kerja ini bertujuan untuk:
1. Memperkukuh hubungan strategik antara FTKIP dan TWI SEA dalam bidang teknologi kimpalan.
2. Meneroka peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).
3. Membincangkan peluang latihan, pembangunan kompetensi dan pensijilan profesional dalam bidang kimpalan dan pemeriksaan.
4. Mendapatkan input industri bagi menyokong penambahbaikan dan pembangunan kurikulum Program BMIK.
5. Memberikan pendedahan kepada staf dan pelajar terhadap teknologi, standard dan amalan industri terkini.
6. Mengenal pasti peluang pelaksanaan program bersama yang memberi manfaat kepada universiti dan pihak industri.
Dapatan Dan Perbincangan Lawatan;
🔸Kerjasama Teknologi Kimpalan dan Pemeriksaan
Perbincangan bersama pihak TWI South East Asia (TWI SEA) memberi peluang kepada FTKIP untuk mendapatkan input berkaitan perkembangan teknologi kimpalan, pemeriksaan dan amalan industri. Perkongsian kepakaran ini dapat menyokong usaha FTKIP dalam memperkukuh bidang pengajaran, latihan dan penyelidikan berkaitan teknologi kimpalan.
🔸Pembangunan Program Underwater Welding and Inspection
Salah satu perkara utama yang dibincangkan adalah potensi pembangunan Program Underwater Welding and Inspection di FTKIP. Program ini dicadangkan sebagai salah satu inisiatif pembangunan kompetensi khusus dalam bidang kimpalan dan pemeriksaan bawah air yang mempunyai aplikasi dalam industri minyak dan gas, marin, struktur luar pesisir serta kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan.
Pembangunan program ini boleh meliputi komponen berikut:
🔸Underwater Welding – asas dan aplikasi kimpalan bawah air serta teknik penyambungan yang bersesuaian.
🔸Underwater Inspection – kaedah pemeriksaan dan penilaian keadaan struktur bawah air.
🔸Non-Destructive Testing (NDT) – pengenalan kepada kaedah pemeriksaan tanpa musnah yang berkaitan.
🔸Safety in Underwater Operations – aspek keselamatan, prosedur operasi dan pengurusan risiko.
🔸Industry Standards and Procedures – pendedahan kepada standard, prosedur dan keperluan industri yang berkaitan.
🔸Practical Training – pembangunan latihan amali melalui kemudahan kolam latihan atau fasiliti yang bersesuaian.
🔸Professional Competency – penerokaan laluan latihan dan pensijilan kompetensi yang diiktiraf industri.
Kerjasama dengan TWI SEA dilihat berpotensi memberikan nilai tambah dari aspek pembangunan kandungan program, kepakaran teknikal, latihan tenaga pengajar, pembangunan fasiliti, penyelidikan serta hubungan dengan industri. Pembangunan program ini berpotensi menjadikan FTKIP sebagai salah satu pusat rujukan dalam bidang teknologi kimpalan dan pemeriksaan bawah air, di samping memperluas bidang kepakaran sedia ada Program BMIK.
Antara impak yang dijangkakan ialah;
🔹Memperluas bidang kepakaran FTKIP dalam teknologi kimpalan;
🔹Meningkatkan kebolehpasaran graduan dan peserta latihan;
🔹Menyediakan laluan latihan kompetensi khusus untuk industri;
🔹Memperkukuh kerjasama dengan industri minyak dan gas serta sektor marin;
🔹Membuka peluang penyelidikan dan inovasi dalam teknologi bawah air;
🔹Meningkatkan penggunaan dan pembangunan fasiliti latihan FTKIP; dan
🔹Mewujudkan peluang program pensijilan profesional yang mempunyai nilai tambah kepada industri.
Secara keseluruhannya, lawatan kerja TWI SEA ke FTKIP bukan sahaja menjadi platform pertukaran kepakaran dalam bidang teknologi kimpalan dan pemeriksaan, malah membuka peluang strategik kepada pembangunan Program Underwater Welding and Inspection.
Kerjasama ini diharapkan dapat diteruskan melalui perbincangan teknikal yang lebih terperinci bagi membangunkan struktur program, modul latihan, kompetensi tenaga pengajar, fasiliti, keperluan keselamatan serta laluan pensijilan. Inisiatif tersebut selaras dengan aspirasi FTKIP untuk memperkukuh hubungan akademia-industri dan menyediakan latihan berasaskan keperluan sebenar industri.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM