09/07/2026
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Pada 7 Julai 2026 (Selasa), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sultan Kudarat State University (SKSU), Mindanao, Filipina yang sedang mengadakan lawatan kerja ke UTeM bermula 6 hingga 10 Julai 2026.
Delegasi yang terdiri daripada dua (2) orang wakil, iaitu Presiden SKSU dan Dekan, School of Computing, telah mengadakan lawatan ke SPS mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 7 Julai 2026 (Selasa)
Masa: 2.30 petang β 4.00 petang
Lokasi: Bilik Mesyuarat Utama (BMU), SPS
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai pengurusan pengajian siswazah, meneroka peluang kerjasama akademik serta mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua institusi.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan sesi lawatan ini. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan memberi manfaat kepada kedua-dua universiti pada masa hadapan.