PUSAT TAHFIZ IBNU HAJAR MELAKA

PUSAT TAHFIZ  IBNU HAJAR MELAKA TAHFIZ IBNU HAJAR
Maybank 554110511612 (IBH BANIN RESOURCES)

Ust Abu Wabil (Mudir) 0178853133
Ust S USTAZ ABDUL RAHIM
PENGAJAR
10.

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Ibnu Hajar Negeri Melaka (2127-09-MEL) merupakan satu Pertubuhan yang berdaftar dan di mana ia juga menjalankan aktiviti-aktiviti Islamiah dalam penghidupan selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah di atas manhaj salafussoleh

Cadangan Pembinaan Bangunan Kekal Satu Tingkat Di Atas Sebahagian Lot 850, Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah Tahfiz Hafazan

Al-Quran PKPIBH ini telah diasaskan oleh beberapa orang yang terdiri dari jawatankuasa PKPIBH. InsyaAllah, pembinaan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini akan menjadi sebuah lagi Institusi yang berasaskan kebajikan dan pendidikan dengan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kekurangan Tahfiz Al-Quran di negeri Melaka adalah merupakan salah satu faktor mengapa perlunya pembinaan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini. Kebanyakan ibubapa yang menetap di negeri Melaka terpaksa menghantar anak-anak mereka ke negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu untuk mengikuti pengajian Tahfiz Al-Quran. Objektif penubuhan adalah seperti berikut:-
* Melahirkan generasi yang mencintai kalam Ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.
* Melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah Nabi dan beramal dengannya.
* Melahirkan sebuah keluarga muslim yang sebenar, di mana anak–anak kasih dan hormatkan kedua ibu bapa.
* Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berjiwa berakhlak mulia.
* Melahirkan insan yang kamil lagi muktakammil di bawah naungan Al–Quran dan As – Sunnah.
* Melahirkan para Hufaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara.
* Mewujukkan pemeliharaan Al-Quran sebagai aset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi kandung Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk dijadikan sebagai panduan secara praktikal pada seluruh alam. Keseluruhan kos pembinaan bangunan ini ditanggung oleh individu prihatin, syarikat atau badan-badan tertentu yang berkongsi hasrat untuk melihat tertubuhnya sebuah Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH di Lot 850, Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah, Melaka. Berbekalkan sumbangan yang telah diterima, dana yang telah terkumpul setakat ini adalah dalam lingkungan RM 60,000.00. Alhamdullilah, sumbangan dari penderma budiman masih berterusan. Memandangkan Dana yang terkumpul sehingga sekarang, masih belum mencukupi, disenaraikan perancangan terperinci perbelanjaan pembinaan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH untuk rujukan para dermawan. Sumbangan tidak terhad dalam bentuk wang ringgit sahaja, apa juga bentuk bahan binaan dan yang berkaitan juga boleh disalurkan. Dokongan dalam memberi pandangan serta sokongan dalam membantu memungut derma juga amat dialu-alukan. Pembinaan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini terbahagi kepada tiga fasa dimana anggaran kos keseluruhan pembinaan ádalah RM 500,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Sahaja)

ANGGARAN KOS SERTA FASA PEMBINAAN TAHFIZ HAFAZAN AL-QURAN PKPIBH
• Fasa 1 = Bangunan Asrama / Pejabat / Dewan Kuliah RM 250.000
• Fasa 2 = Surau / Dewan Serbaguna RM 150.000
• Fasa 3 = 2 buah Rumah Berkembar (untuk petugas) RM 100.000
Jumlah RM 500.000

Untuk merealisasikan cita-cita ini, Ahli Jawatankuasa Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH telah diwujudkan dan ianya terdiri daripada:-

1. USTAZ MINGHAT BIN MAMUT
PENASIHAT
019-6506198
2. HJ.MOHAMMAD AYUB BIN ABDUL KASIM
PENGERUSI
019-6009342
3. HJ.MOHAMMAD @ MOHAMMAD HARON BIN DAUD
TIMB.PENGERUSI (PEMBANGUNAN)
016-6037045
4. USTAZ HIDAYAT BIN SHAFIE TIMB.PENGERUSI
(KUALITI & KURIKULUM)
013-5209649
5. A’RAFF BIN ABU AMIN
TIMB.PENGERUSI DANA
019-6320398
6. USTAZ KHOSIM BIN ISMAIL
TIMB.PENGERUSI (PERHUBUNGAN AWAM & KOMUNIKASI)
019-5551234
7. NIK MOHD ZULKIFLI BIN NIK MUSTAPHA
SETIAUSAHA
013-9980049
8. HJ.NAZRI BIN TALIB
BENDAHARI
019-655313
9. USTAZ SHARUDIN BIN ABD AZIZ
AHLI JAWATAN KUASA KECIL
012-6237122
11. HJ.ABD GHANI KELING
AHLI JAWATAN KUASA KECIL
012-3845033
12. ZAIRI BIN MOHAMMAD
AHLI JAWATAN KUASA KECIL
012-6299994
13. ASHRAFF BIN MINGHAT
AHLI JAWATAN KUASA KECIL
019-6288840
14. USTAZ BAKHTIAR
AHLI JAWATAN KUASA KECIL
017-6361949
15. BAHIKI BIN ISMAIL
AHLI JAWATAN KUASA KECIL
013-6191148
16. HJH.NORHANI BT KHALIL
AHLI JAWATAN KUASA KECIL
019-6506198
17. AISHAH BT KHALIL
AHLI JAWATAN KUASA KECIL
013-6135205
18. HJH.FATIMAH
AHLI JAWATAN KUASA KECIL
019-6009342

Penubuhan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini merupakan satu tuntutan agama dan ianya amat penting kepada masyarakat Islam dalam rangka untuk memastikan agar Islam di Malaysia dapat disebarkan dan difahami dengan betul justeru memastikan agar ianya terus bertapak di bumi Allah SWT. Buat sementara waktu, Tahfiz Ibnu Hajar ini telah beroperasi selama satu tahun di lokasi rumah sewa Jalan Pulau Dodol,Kampung Pulau, Durian Tunggal. Guru tahfiz adalah pelajar lepasan Universiti Madinah dan Yaman. Memandangkan kos untuk menyiapkan bangunan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini masih belum mencukupi, pihak kami mengharapkan sumbangan ikhlas dari semua pihak. Semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini, individu atau pihak-pihak tertentu bermurah hati untuk menyumbangkan dana dari segi kewangan, bahan binaan mahupun tenaga kerja agar projek ini dapat dilaksanakan dan beroperasi sebagaimana yang dirancang. Usaha yang gigih diperlukan untuk mengembeling kerjasama di kalangan warga komuniti masyarakat agar projek ini akan berkekalan dan mampu mencapai matlamatnya amin…. Kepada setiap Individu dan Organisasi yang telah dan akan menyumbangkan dermanya sehinggalah terdirinya Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini dan pembelajaran dapat dimulakan semoga Allah memberikan naungan RahmatNya, amin….. Hulurkan Derma , Zakat dan Sedekah
Atas Nama : -

PKP IBNU HAJAR NEGERI MELAKA
No. Akaun : 554110102002 (MAYBANK)

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ   ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته IMARAH RAMADAN 1447HPertubuha...
01/03/2026

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

IMARAH RAMADAN 1447H
Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ibnu Hajar (IBH)

Solat Sunat Terawih di Surau Baharu IBH

Sukacita dimaklumkan bahawa surau baharu IBH telah siap dibina. Sehubungan dengan itu, kami menjemput tuan/puan untuk bersama‑sama menunaikan solat sunat terawih di surau baharu kami sepanjang bulan Ramadan ini.

Pihak kami juga akan mengadakan iftar pada hari Sabtu dan Ahad sahaja memandangkan operasi tahfiz masih belum dibuka sepenuhnya.

Kami membuka peluang tajaan bagi moreh dan iftar mengikut ketetapan berikut:

• Tajaan Moreh (Isnin–Jumaat): RM150 sehari
• Tajaan Iftar (Sabtu & Ahad): RM600 sehari

Bagi tajaan iftar, sumbangan boleh dibuat mengikut pilihan berikut:
• RM600 untuk satu hari penuh, atau
• RM50 seorang × 12 orang, atau
• Sumbangan seikhlas hati.

Pihak kami akan menyusun slot mengikut kekosongan. Jika terdapat lebihan tajaan, sumbangan tersebut akan dimasukkan ke dalam Akaun Pengurusan Tahfiz Ibnu Hajar pada akhir Ramadan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Pengurusan Tahfiz
MAYBANK: 554110511612 (IBH BANIN RESOURCES)
Rujukan: Infaq Ramadan

Tuan/puan juga dijemput untuk berbuka puasa dan menunaikan solat sunat terawih bersama‑sama di tahfiz.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
• Ustaz Adli Shidqie: 017‑8853133
• En. Sahizam: 012‑6749374
• Pn. Norhatini: 016‑6461210

Barakallahu fikum.

———

Tarikh Infaq Moreh dan Iftar

Tuan/puan boleh memilih tarikh dan memaklumkan kepada kami untuk penyusunan slot infaq.

INFAQ MOREH (RM150 sehari)

Minggu 1
• 19/2/26
• 20/2/26

Minggu 2
• 23, 24, 25, 26, 27 Feb 2026

Minggu 3
• 2, 3, 4, 5, 6 Mac 2026

Minggu 4
• 9, 10, 11, 12, 13 Mac 2026

Minggu 5
• 16, 17, 18, 19, 20 Mac 2026

INFAQ IFTAR (RM600 sehari / RM50×12 / sumbangan ikhlas)

1. Sabtu 21/2/26
2. Ahad 22/2/26
3. Sabtu 28/2/26
4. Ahad 1/3/26
5. Sabtu 7/3/26
6. Ahad 8/3/26
7. Sabtu 14/3/26
8. Ahad 15/3/26

Barakallahu fikum.

Assalamualaikum wbt.HEBAHAN JAWATAN KOSONGJawatan : Warden (merangkap guru tahfiz)Tempat : Pusat Tahfiz Ibnu HajarKelaya...
11/05/2025

Assalamualaikum wbt.
HEBAHAN JAWATAN KOSONG

Jawatan : Warden (merangkap guru tahfiz)
Tempat : Pusat Tahfiz Ibnu Hajar

Kelayakan :
✔ Sihat tubuh badan
✔ Lelaki
✔ Berumur 20 tahun ke atas
✔️ Rajin, bertanggungjawab & amanah
✔️ Sudah berkahwin amat dialu-alukan
✔️ Mempunyai Diploma / Ijazah wal qira’at / Sijil Tahfiz / Pengajian Islam atau yang setaraf.

Hantarkan resume anda berserta sijil akademik atau yang berkaitan ke email:
[email protected]

Untuk info/pertanyaan: Klik
https://wasap.my/+601161909269/Warden_Tahfiz_IBH

Terima kasih.

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuhTuan/puan,PKP IBH dan Tahfiz IBH  bersama Skuad Sukarelawan ICYM  mengadakan ...
28/02/2025

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/puan,
PKP IBH dan Tahfiz IBH bersama Skuad Sukarelawan ICYM mengadakan program 'Sekampit Beras Edisi ke 9' yang akan disampaikan kepada asnaf pada bulan Ramadan ini

Sehubungan dengan itu, pihak kami membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang dalam bentuk kewangan atau barang seperti beras, gula, tepung dan sebagainya.
Serahan barangan boleh dihantar ke Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka atau hubungi wakil kami utk datang ambil di tempat tuan/puan.

Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan ke:

➡️ Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ibnu Hajar Negeri Melaka
🏦Maybank
5541 1010 2002
Ref: Sekampit Beras

☎️☎️Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

1. Ustaz Hidayat Shafie
013-5209649

2. Ustaz Adli Shidqie Minghat
017-8853133

3.En. Sahizam Noor Sahit
012-6749374

Assalaamualaikum wbt.Tuan/puan,Adalah dimaklumkan bahawa pada bulan Ramadhan tahun ini, PKP IBH dan Tahfiz IBH  tidak me...
26/02/2025

Assalaamualaikum wbt.

Tuan/puan,
Adalah dimaklumkan bahawa pada bulan Ramadhan tahun ini, PKP IBH dan Tahfiz IBH tidak mengadakan iftar dan solat sunat terawih di Tahfiz Ibnu Hajar seperti tahun-tahun sebelum nya.

Tahfiz IBH ditutup sementara bagi projek pembinaan surau yang sedang berjalan. Pembinaan surau ini dijangka siap pada bulan Jun 2025.

Sehubungsn dengan itu, pihak kami membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi pembinaan surau yang sedang dijalankan.

Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan ke:
Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ibnu Hajar Negeri Melaka
Maybank 5541 1010 2002
Ref: infaq surau

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Ustaz Hidayat Shafie
013-5209649
Ustaz Adli Shidqie Minghat
017-8853133
En. Sahizam Noor Sahit
012-6749374

20/06/2024

قال الإمام أحمد
« مَنْ مَاتَ عَلَى الإِسْلاَمِ وَالسُّنَّةِ مَاتَ عَلَى الخَيْرِ كُلِّهِ ».

Berkata al-Imam Ahmad rahimahullah : barangsiapa yang meninggal di atas ISLAM & SUNNAH , dia meninggal di atas kebaikan seluruhnya ( Siyar a'lam An Nubala 11/296)

IBADAH QURBAN DI KEMBOJAMari sertai ibadah qurban di Kemboja di bawah anjuran Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ibnu Haj...
19/05/2024

IBADAH QURBAN DI KEMBOJA

Mari sertai ibadah qurban di Kemboja di bawah anjuran Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ibnu Hajar Negeri Melaka.

Pekej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1 bahagian lembu =RM380
1 bahagian kambing =RM800

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi:

017-8855133
(Ustaz Abu Wabil)

Tarikh tutup penyertaan adalah 10 Jun 2024

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ   ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته *TAJAAN SAHUR, IFTAR DAN MORE...
12/02/2024

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*TAJAAN SAHUR, IFTAR DAN MOREH PUSAT TAHFIZ IBNU HAJAR 1445H/2024*

Pusat Tahfiz Ibnu Hajar akan mengadakan Iftar & Moreh untuk pelajar tahfiz & para jemaah berdekatan dan sahur untuk sepanjang bulan Ramadhan 1445H /2024.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan TAJAAN IFTAR, MOREH & SAHUR KINI DIBUKA. TAJAAN SEHARI ADALAH RM400.00.

Tajaan boleh untuk sehari atau mengikut keikhlasan hati penginfaq. SEKIRANYA terdapat lebihan tajaan, ia akan dimasukkan ke dalam akaun Pengurusan Tahfiz Ibnu Hajar pada akhir Ramadhan.

Sumbangan TAJAAN tuan/puan boleh di bank-in ke akaun:
_Pengurusan Tahfiz_
*MAYBANK: 554110511612 IBH BANIN RESOURCES*
Rujukan: *Infaq Ramadhan*

Tuan/puan juga dijemput berbuka puasa & menunaikan solat sunat terawih bersama di tahfiz.

Untuk pertanyaan atau makluman, huhungi ;

http://www.wasap.my/60135209649/TAJAANSAHUR,IFTAR&MOREH Ust Abu Widad (Pengerusi PKP Ibnu Hajar)

http://www.wasap.my/60178853133/TAJAANSAHUR,IFTAR&MOREH Ust Abu Wabil (Tim. Pengerusi PKP Ibnu Hajar)

http://www.wasap.my/60136957160/TAJAANSAHUR,IFTAR&MOREH Ustaz Sulaiman (Mudir)

http://www.wasap.my/60126749374/TAJAANSAHUR,IFTAR&MOREH En. Sahizam (S/U PKP Ibnu Hajar)

Barakallahu fikum

====================TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA UNTUK REMAJA 12-14 TAHUN DI DURIAN TUNGGAL MELAKA=================...
04/01/2024

====================
TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA UNTUK REMAJA 12-14 TAHUN DI DURIAN TUNGGAL MELAKA
====================
📍Pengambilan pelajar baru sesi 2024 kini dibuka!
JOM DAFTAR SEKARANG!
====================
✅ KELAYAKAN
====================
1️⃣Lelaki 12-14 tahun, warganegara Malaysia.
2️⃣Mampu membaca al-Quran dengan baik.
3️⃣Boleh membaca serta menulis rumi dan jawi.
4️⃣Baik rekod disiplin dan sihat tubuh badan.
5️⃣Bersedia membayar yuran yang ditetapkan.
6️⃣Lulus sesi temuduga dan ujian kelayakan.
====================
✅ PENGAJIAN
====================
1️⃣Tempoh yang ditawarkan adalah 3 tahun menghafal al-Quran.
2️⃣Pelajar yang kurang mahir perlu mengikuti sesi bacaan al-Quran.
3️⃣Kelas halaqah al-Quran dijalankan sebelah pagi setiap hari.
4️⃣Kelas pengajian agama seperti tafsir, fiqh, aqidah, hadith dan sebagainya diadakan pada waktu petang.
5️⃣Kelas Bahasa Arab juga pada waktu petang.
6️⃣Kuliah mingguan atau bulanan oleh penceramah jemputan.
7️⃣Ujian penilaian prestasi pelajar diadakan 4 kali setahun.
====================
✅ KEMUDAHAN
====================
1️⃣Asrama sepenuh masa, dipantau oleh warden bertugas.
2️⃣Surau, dewan makan, tandas, padang serta dorm yang selesa.
3️⃣Makan disediakan 3 kali sehari.
4️⃣Bahan pengajian agama disediakan.
====================
✅YURAN
====================
1️⃣Pendaftaran RM420
2️⃣Bulanan RM420
(Pendaftaran pada Mac 2024)
====================
✅ PENDAFTARAN
====================
1️⃣Hubungi nombor tertera untuk mengatur sesi temuduga.
2️⃣Temuduga dan ujian kelayakan akan diadakan di tahfiz kami, PUSAT TAHFIZ IBNU HAJAR, Durian Tunggal, Melaka.
📌HUBUNGI SEKARANG!
☎️Ustaz Adli Abu Wabil
(Mudir)
017-8853133
☎️Ustaz Sulaiman
013-6957160
☎️Ustaz Hadi
01129699915

23 November 2023 - Alhamdulillah, selesai majlis meraikan kejayaan pelajar kami, Muhammad  Luqmanulhakim bin Yusouf yang...
28/11/2023

23 November 2023 - Alhamdulillah, selesai majlis meraikan kejayaan pelajar kami, Muhammad Luqmanulhakim bin Yusouf yang telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran pada 21 November 2023 di bawah bimbingan Ustaz Norhadi. Tahniah diucapkan kepada beliau dan juga ibu bapanya yang tidak jemu memberi semangat dan harapan yang tinggi sepanjang perjalanan beliau menghafaz al-Quran. Semoga Allah memberkati setiap usaha dan susah payah adik Luqmanulhakim dalam menghafal dan mengulang hafalan al-Quran di samping mempelajari ilmu agama yang lain. Semoga ilmu yang dipelajari memberi manfaat kepada diri sendiri dan dapat melebarkan manfaat kepada orang lain pada masa mendatang insyaallah.

06/10/2023

TAUSIYAH SYEIKH ABDUL RAHMAN BIN SALLEH BIN OTMAN BIN ABDUL AZIZ AL MUZAINI KEPADA PELAJAR TAHFIZ IBNU HAJAR.

Masa yang paling berharga adalah masa remaja. Bagi orang yang sudah tua berfikir alangkah baik kalau waktu remaja itu dapat dikembalikan semula untuk melakukan semua perkara baik yang dicintai Allah. Tetapi masa remaja itu tidak dapat dikembalikan semula. Remaja di zaman nabi adalah penjuang demi Islam.

Minta anak² contohi para sahabat. Ali bin abu talib ikuti peperangan masa umur remaja, akhirnya menjadi tokoh yang hebat, baik masa nabi hidup mahupun selepas nabi wafat.

Perang khandak tentera ahzab nak memerangi nabi s.a.w. di madinah. Tentera ahzab yahudi dan kafir quraisy cukup ramai berbanding tentera Islam.

Nabi bincang dengan para sahabat apa patut buat. Salman Al farisi bangun mencadangkan kaum muslimin mengali parit. Bagi menghalang serangan pasukan Ahzab. Nabi S.A..W. tertarik cadangan ni. Rasulullah S.A..W. bersama para sahabat dan kaum muslimin mula mengali parit. Kita lihat masa ni pemuda bersungguh bantu nabi.

Jabir bin Abdillah Ketika jumpa nabi, mereka terlibat nabi ikat batu pada perutnya.

Apa fungsi batu tu? untuk hilangkan lapar. Faedah, kalau kita kita lapar kita akan tunduk sikit. Nabi ikat batu supaya tegap. Bukit menunjukan nabi bertahan beberapa hari tak makan. Jabir melihat nabi dan rasa sedih. Jabir minta izin nak pergi madinah. Supaya dia boleh dapatkan makanan untuk nabi.

Kisah 2.
Ali abu talib membunuh tentera. Dan Ali antara yang paling muda. Antara tentera kafir ada seorang lelaki bernama Amru, org paling handal dan selalu menang Bila berperang. Amru bila tengok ada parit dia marah. dia bersama beberapa orang terjun parit dan berjaya menyeberangi parit.

dihadapannya ada sahabat² nabi. Amru tanya kepada nabi siapa yang nak serang kami. Adat orang Arab sebelum berperang lawan pedang dulu.Sahabat semua diam sebab tahu dia memang hebat dan kuat. Lalu Ali abu talib bagitahu nabi dia nak lawan pedang. Nabi cakap jangan nanti dia cederakan kamu dan membunuhmu. Ali duduk diam.

Kali ke dua amru ajak lawan lagi. Ali juga yang jawab dan nabi bagi jawapan yang sama sehingga utk kali 3 Ali juga jawab dan nabi izinkan.

Ali seorang pemuda remaja berhadapan tokoh pahlawan besar. Mereka berada di antara tengah² tentera. Amru tak kenal Ali, Amru tanya kepada Ali. Siapa ko. Aku Ali abi talib. Amru tak nak bermain pedang dengan Ali, sebab Ali masih remaja dan Amru tak nak dituduh bunuh seorang budak. Amru kata kepada Ali aku tak nak bunuh ko. Ali jawab aku setara dgn ko dan aku nak bunuh ko.

Ali kata kepada Amru di depan ko ada 2 perkara dan ko kena pilih antara 1.

Yang pertama ko mengucapkan
أَشْهَدُ ألا إله الا الله
masuk Islam, atau kedua ko lawan dgn aku. Amru pilih utk lawan sebab tak nak masuk Islam. Apabila kita dengar kisah ini, ingatlah Allah berfirman . "Allah akan membela orang² yang beriman".

Pertempuran sangat sengit Amru baru tahu Ali sungguh hebat. Disebabkan debu pandang pasir yang tebal orang tak nampak semasa Ali berlawan pedang dengan Amru. Tiba² ada satu teriakan ucap Allahu Akhbar aku telah membunuh musuh Islam. Bila debu hilang, mereka semua lihat amru telah mati dibunuh oleh Ali.

Syeikh nasihat adik berada seperti umur Ali. di mana waktu umur ini Ali memberi perkara yang terbaik pada Islam.

Mungkin ada dikalangan adik² ni, kita tak tahu mungkin ada Allah pilih untuk membantu Islam. Kalau adik² nak menolong kejalan Allah. Dengarlah nasihat ini.

1. Utamakan keikhlasan adik² masa menuntut ilmu. Tak akan dapat apa kalau kita tak ikhlas. Perkara pertama kena ikhlas kerana Allah. Kalau tak ikhlas jadi seperti Abu berterbangan.

Hari kiamat nanti kami akan tunjukan amalan² yg mereka lakukan tak bermakna kerana tak ikhlas.

2. Bersungguh ketika belajar. Kata nabi S.A.W. seorang yang beriman yang keluar belajar ke jalan Allah ia lebih baik dan dicintai berbanding seorang yg lemah.

3. Simpan ilmu,catat ilmu. Kalau tak catit ilmu akang hilang.

4. Meningkat hafazan
- Menuntut Ilmu
- Mengulangi kaji pelajaran diri sendiri dan kawan²
- Beramal dgn ilmu supaya ilmu bertapak di dada. Inilah cara yg dilakukan oleh para sahabat nabi. Sahabat semua hafal Al Quran. Mereka akan menghafal 10 hayat terlebih dulu sehingga mereka benar² faham apa yang dihafal barulah berpindah masuk ke bacaan yang baru.

5. Berakhlak baik. Orang yang paling dekat dengan nabi nanti adalah orang yang baik akhlakny.

6. Didik diri banyakan amalan. Buat secara sikit untuk solat Qiyamullail.

7. Keluarkan sikit duit infaq untuk keluar dari nikmat dunia.

Dalam dunia Islam hari ini begitu banyak ujian yang sangat hebat. Ada banyak perselisihan dan begitu ramai yang memberi gelaran dan "claim" dari gologan atau kumpulan tertentu.

Sedangkan perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah ﷺ dan para sahabat Radhiyallahu Anhum langsung tak pernah cuba ambil tahu dan peduli kelompok yang selalu berselisih. Jauhkan diri dan jangan sibuk nak tahu langsung atau masukkan diri dalam masalah ini. Banyakkan amal soleh penuh keikhlasan, pengorbanan ke jalan Allah dan Qiyamullail.

Wallahu a'lam.

22/05/2023

=========================
PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2023
KINI MASIH DIBUKA !!!
=========================

Tempat terhad kepada 40 ORANG PELAJAR sahaja.

DAFTAR SEGERA !

===================
✅ Pusat Tahfiz Ibnu Hajar :
===================
Merupakan sebuah institusi pengajian Al-Quran dan diniyyah berasrama penuh. Ia didirikan dengan tujuan untuk melahirkan generasi huffaz yang mantap hafalan Al-Quran beserta tajwidnya serta memiliki pengetahuan Bahasa Arab dan asas kefahaman agama berdasarkan kefahaman salafussoleh.
=======================
✅ Pendaftaran dibuka setiap hari :
=======================
Jam 8.00 am hingga 4.00 pm.
Isnin - sabtu
=======================
✅ Syarat kemasukan / kelayakan :
=======================
1. Pelajar Lelaki berumur 12 hingga 14 tahun (warganegara Malaysia).
2. Mempunyai asas membaca al-Quran atau sekurang-kurangnya telah tamat iqra' 6 atau yang setaraf.
3. Memiliki asas membaca dan menulis rumi serta jawi.
4. Mempunyai rekod disiplin yang baik semasa di sekolah asal serta memiliki akhlak yang baik.
5. Memiliki rekod kesihatan yang baik (sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik).
6. Lulus sesi temuduga dan ujian kelayakan.
==========================================
✅ Temuduga dan ujian kelayakan akan diadakan di tahfiz kami :
==========================================
Pusat Tahfiz Ibnu Hajar, Lot 849/850, Kg. Padang Kerbau, 76100 Durian Tunggal, Melaka.
=========================================
✅ Pusat tahfiz kami menyediakan program-program berikut :
=========================================
1. Pengukuhan bacaan Al-Quran 30 juzuk sebagai persediaan sebelum memasuki fasa hafazan bagi pelajar yang dinilai belum mahir membaca Al-Quran.
2. Hafazan Al-Quran 30 juz beserta penekanan terhadap tajwid dan kekemasan bacaan.
3. Pengukuhan hafazan yang sistematik dan direkod setiap hari.
4. Pengajian asas agama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah seperti tafsir, aqidah, feqah, hadith, tajwid dan akhlak.
5. Pengajian asas Bahasa Arab termasuk penulisan, percakapan dan kaedah-kaedah asas tatabahasa Arab.
6. Penghayatan Islam seperti hafalan doa dan zikir harian, amalan-amalan sunnah, kuliyah agama dan kem As-Sunnah.
7. Pemantapan syahsiah, disiplin dan akhlaq islami.
8. Aktiviti kokurikulum.
===========================================
✅ Persediaan sebelum menghadiri temuduga & ujian kelayakan :
===========================================
1) Mengulang dan mengukuhkan hafalan lama jika ada.
2) Memperbaiki bacaan iqra' atau yang semisalnya, serta bacaan Al-Quran bagi yang sudah mahir.
3) Memperbaiki asas membaca dan menulis.
4) Mengulangkaji sedikit sebanyak pengetahuan asas agama.
5) Menyediakan dokumen-dokumen berikut :
=====================
✅ Dokumen yang diperlukan :
=====================
1) Salinan Sijil Kelahiran
2) Salinan Kad Pengenalan pelajar dan penjaga
3) Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
4) Rekod / surat akuan disiplin sekolah asal.
5) Salinan Sijil UPSR/UPSRA/ dan yang setaraf.
6) Dua keping gambar ukuran passport.
=================================
✅ Untuk mengatur tarikh temuduga atau pertanyaan lanjut, sila hubungi :
=================================
1) Ustaz Adli Abu Wabil :
(Mudir)
017-8853133

2) Ustaz Sulaiman :
013-6957160

3) Ustaz Hadi :
011-29699915


📷ILMU 📷AMAL 📷DAKWAH 📷SABAR

Address

Durian Tunggal
76100

Telephone

+60178853133

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSAT TAHFIZ IBNU HAJAR MELAKA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PUSAT TAHFIZ IBNU HAJAR MELAKA:

Shortcuts

Share

Category