13/08/2026
**SEMINAR DIGITALPRENEUR 2026: PEMANTAPAN USHAWAN JAYA DIRI YPKT (SIRI 1)**
**11 OGOS 2026**
Program **Seminar Digitalpreneur 2026 (Siri 1)** telah berjaya dilaksanakan di Dewan Kuliah Anggerik (DKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu dengan penyertaan daripada para usahawan Program Jaya Diri, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Bagi Siri 1 ini, program telah menghimpunkan para usahawan dari empat zon parlimen iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun, dan Kemaman.
Program ini merupakan kerjasama strategik antara Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) UiTM Cawangan Terengganu bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), serta mendapat penglibatan HAUS International Sdn Bhd selaku rakan industri. Majlis perasmian program hari pertama telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Baktiar Musa, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Terengganu. Program ini turut dimeriahkan dengan sokongan dan kehadiran tetamu kehormat serta penasihat perunding termasuk Yang Berusaha Prof. Madya Ts. Dr. Nur Aliana Hidayah Mohamed (Pengarah ICAN Alumni UiTM) dan Yang Mulia Dr. Raja Mayang Delima Mohd Beta (Pensyarah Kanan UiTM Melaka). Di samping itu, program ini turut disertai oleh para pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang hadir bagi sesi penandaarasan (*benchmarking*) program, serta barisan akademia dari pelbagai cawangan UiTM.
Pelbagai slot perkongsian ilmu telah disediakan merangkumi modul 'Asas Keusahawanan' pada sesi pagi dan 'Pemasaran Digital' pada sesi petang. Majlis hari pertama ini turut diserikan dengan kehadiran Puan Siti Khatijah Sapei (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi YPKT) bersama Encik Azlan Zulhisham Mansor (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat YPKT), Pengurusan FPP UiTMCT, serta kepimpinan penganjur.
Perkongsian ilmu dibawakan khas oleh barisan penceramah iaitu Dr. Marha Abdol Ghapar, Dr. Nik Fakrulhazri Nik Hassan, Dr. Masri Abdul Lasi, Puan Haslenna Hamdan dari UiTMCT, serta Puan Norazimah Abd Jalil selaku Pengarah Urusan HAUS International Sdn Bhd merangkap Pengasas HAUS Cosmetics. Sesi seminar ini telah dikendalikan oleh Dr. Jannah Munirah Mohd Noor dari UiTM Cawangan Johor selaku Moderator, diiringi barisan fasilitator Puan Hasmida Mohd Nor, Puan Ira Mazliana Mhd Atan, Dr. Zalinawati Abdullah, dan Puan Zuraida Mohamad. Majlis disempurnakan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata, dan sesi fotografi bersama para peserta.
Pihak penganjur berharap agar penganjuran Seminar Digitalpreneur 2026 ini dapat memberikan impak yang berterusan, mengukuhkan daya saing usahawan tempatan dalam era digital, serta merapatkan hubungan kolaborasi antara universiti, agensi kerajaan, dan industri.