UBK DEBS

UBK DEBS Laman media sosial rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Dato' Engku Bijaya Sura, Paka, Dungun, Terengganu.

Psikososial dan Kesejahteraan Mental
31/07/2025

Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Seni Mengabaikan Demi Ketenangan

Dalam hidup ini, kita akan jumpa macam-macam orang dan macam-macam situasi. Ada yang menguji sabar, ada yang mengundang marah, dan ada yang sengaja mahu melihat kita hilang arah.

Tapi semakin kita dewasa, semakin kita faham tidak semua perkara perlu diberi perhatian, dan tidak semua orang layak mendapat reaksi.

Seni mengabaikan bukan tentang lari atau berpura-pura kuat.

✅ Ia tentang memilih ketenangan berbanding perbalahan.

✅ Ia tentang menjaga ruang dalam hati agar tidak diceroboh oleh perkara yang tidak membawa damai.

Mengabaikan bukan bererti kalah, tapi tanda kita cukup bijak untuk tidak membiarkan perkara kecil merosakkan hari yang besar.

Kadang-kadang, kekuatan bukan pada suara yang paling lantang, tapi pada jiwa yang paling tahu bila untuk diam. Dalam dunia yang bising dan penuh emosi, belajar untuk tidak peduli pada perkara yang tak penting adalah hadiah paling besar untuk diri sendiri.

29/07/2025
📌SPM 2025
03/06/2025

📌SPM 2025

⚠️ Update terkini. Permohonan UPUOnline Fasa 2. Tarikh tutup: 19 Mei 2025, 08.00 pagi. SMK Dato' Engku Bijaya Sura, Dung...
17/05/2025

⚠️ Update terkini. Permohonan UPUOnline Fasa 2. Tarikh tutup: 19 Mei 2025, 08.00 pagi.

SMK Dato' Engku Bijaya Sura, Dungun

Tak salah pun reward diri kita untuk kita jgk kan..🥰Kredit: Public Health Malaysia Kerja makin banyak, otak makin penat,...
17/05/2025

Tak salah pun reward diri kita untuk kita jgk kan..🥰

Kredit: Public Health Malaysia

Kerja makin banyak, otak makin penat, kadang kita lupa nak sayang diri sendiri. Tak perlu tunggu hujung bulan atau gaji besar ada banyak cara kecil dan mudah untuk raikan diri, cukup bawah RM20.

Self-reward ni bukan membazir, tapi pelaburan kecil untuk tenangkan jiwa dan recharge tenaga. Jangan pandang remeh benda simple macam sheet mask, coconut shake, atau picnic sorang-sorang kadang-kadang itu lah ‘pause’ yang kita paling perlukan.

*SEORANG GURU SEBENARNYA SERING LUPA...*💖 lupa mendidik anak sendiri setabah mendidik anak orang lain💖 lupa bahawa dirin...
16/05/2025

*SEORANG GURU SEBENARNYA SERING LUPA...*

💖 lupa mendidik anak sendiri setabah mendidik anak orang lain
💖 lupa bahawa dirinya perlu rehat dan "me time" kerana begitu sibuk mengejar dateline
💖 kdg2 lupa menyantuni mak ayah sendiri kerana begitu prihatin dgn masalah mak ayah anak muridnya
💖 kdg2 terlewat ambil anak dari sekolah kerana terlupa melihat jam di tgn
💖 lupa nak makan tepat waktunya kerana jadual yg padat
💖 lupa kakinya lenguh berdiri sewaktu mengajar dan mendidik
💖 buat2 lupa tentang masalah yg sedang dihadapi

*TAPI....SEORANG GURU TIDAK PERNAH LUPA*
🌺 MENYIMPUL AMANAH YG DIBERI SEJAK HARI PERTAMA TANDA NAMA TERSEMAT DI DADA

👍😍🥰🥰💖🌺 *SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU*

📌Kepada pelajar yang telah memohon masuk IPG dan telah menduduki UKCG boleh semak kelayakan temuduga dan UKF hari ini ja...
14/05/2025

📌Kepada pelajar yang telah memohon masuk IPG dan telah menduduki UKCG boleh semak kelayakan temuduga dan UKF hari ini jam 2 petang.

💝Semoga berjaya.

💝 Proses untuk jadi kuat
12/05/2025

💝 Proses untuk jadi kuat

Pagi ini, mari kita renungkan kisah telur.
Apabila direbus, ia tetap kelihatan sama di luar
tapi dalamnya berubah… dari rapuh menjadi kuat.

Begitu juga kita.
Kalau hari ini kamu rasa hidup sedang ‘mendidih’,
ingat… mungkin kamu sedang dibentuk, bukan dihancurkan.

Peluk diri. Tarik nafas.

Kamu sedang melalui proses yang akan menjadikanmu lebih tabah dari semalam ❤️

💖 Ibu💝 Mama❤️ Ummi 💖 Maa 💝 Mak
12/05/2025

💖 Ibu
💝 Mama
❤️ Ummi
💖 Maa
💝 Mak

Ibu bukan sekadar ibu.

1. Dia memiliki beg Doraemon yang sentiasa ada semua barang yang diperlukan dalam handbag.

2. Dia juga adalah sensor automatik yang jumpa barang dengan mudah bila semua orang tak jumpa barang , dia datang dan “Ni pun tak nampak ke?”

3. Multitasker profesional itu perkara biasa, dia boleh masak, layan drama Korea, lipat kain dan pantau kerja sekolah anak SERENTAK .

4. Dan jangan main-main, mak juga adalah detektif Conan, jangan sesekali anak atau suami cuba sorok sesuatu.

5. Dan mak juga adalah buku log Tupperware tahu siapa pinjam, siapa tak pulang, siapa hilangkan.

Ada lagi kehebatan mak yang tidak di kongsikan?

Mak tak perlukan cape untuk jadi wira.
Dia hanya perlukan sedikit ruang dalam hati kita… untuk dihargai.

Selamat Hari Ibu buat semua wanita hebat di dunia.

MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2024 DAN PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEPADA CALONKeputusan Sijil Pelajaran Malays...
23/04/2025

MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2024 DAN PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEPADA CALON

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada Khamis, 24 April 2025, mulai jam 10.00 pagi.

Calon sekolah boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing manakala calon persendirian boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri.

Calon juga boleh menyemak keputusan SPM Tahun 2024 masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.

Semakan dalam talian:
myresultspm.moe.gov.my

Semakan melalui SMS:
SPMNoKPAngkaGiliran & hantar ke 15888




📝 PERMOHONAN UPUOnline® FASA 2 Sesi Akademik 2025/2026Dibuka pada:📆 14 April 2025 (Isnin) 12 tengah hariHingga📆 18 Mei 2...
14/04/2025

📝 PERMOHONAN UPUOnline® FASA 2
Sesi Akademik 2025/2026

Dibuka pada:

📆 14 April 2025 (Isnin) 12 tengah hari
Hingga
📆 18 Mei 2025 (Ahad) 5.00 petang

💡 Calon yang TELAH memohon

✅ Kemaskini pilihan program pengajian kecuali program temu duga dan/atau ujian
(CALON STPM/SETARAF)

✅ Kemaskini pilihan program berdasarkan
keputusan sebenar SPM 2024
(CALON KATEGORI A SAHAJA)

💡 Calon yang BELUM memohon

✅ Permohonan baharu UPUOnline® KECUALI program pengajian temuduga dan/atau ujian

💖Ubksmkdebs

Address

Jalan SK Tebing Tembah
Dungun
23100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK DEBS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share