Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PSMZA

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PSMZA JTMK adalah sebuah jabatan induk yang mula beroperasi bermula pada sesi Julai 2007.

20/03/2026
20/03/2026

"Warna-Warni Raya, JTMK Tetap Power!" 🌈

​Raya 2026 ni, kita upgrade kemaafan, kita install kegembiraan. Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi PSMZA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

​Jemput beraya bersama kamiβ€”ukhwah kami marveles. Maaf Zahir & Batin! βœŒοΈπŸ’»
​

Jawab pantun 4 kerat kami :

If (Raya == 2026) {
Forget_Errors();
Update_Ukhwah();
Celebrate_Together();
}

πŸŒ™ Majlis Iftar Family JTMK 1447H πŸŒ™Pada 12 Ramadhan 1447H bersamaan 2 Mac 2026, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (...
03/03/2026

πŸŒ™ Majlis Iftar Family JTMK 1447H πŸŒ™

Pada 12 Ramadhan 1447H bersamaan 2 Mac 2026, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah menganjurkan Majlis Iftar Family JTMK yang berlangsung dengan penuh kemesraan dan keberkatan di Bakatawa, Dungun.

Majlis ini menghimpunkan warga JTMK bersama ahli keluarga dalam suasana santai dan harmoni, sekali gus mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kekeluargaan. Detik berbuka puasa bersama bukan sahaja menyemarakkan roh Ramadan, malah menjadi platform untuk saling berkenalan dan berkongsi kegembiraan.

Semoga penganjuran ini terus menjadi tradisi yang menyatukan warga JTMK, memperkukuh ukhuwah, dan membawa keberkatan buat semua. 🀍✨

09/02/2026

Tahniah diucapkan kepada semua calon PRK JTMK Sesi 2026/2027 atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang proses pilihan raya. πŸ‘

πŸ“’ 𝑲𝒆𝒑𝒖𝒕𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒖𝒉 𝑷𝑹𝑲 𝑷𝑺𝑴𝒁𝑨 2026Tahniah diucapkan kepada semua calon PRK JTMK Sesi 2026/2027 atas komitmen dan semangat ...
09/02/2026

πŸ“’ 𝑲𝒆𝒑𝒖𝒕𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒖𝒉 𝑷𝑹𝑲 𝑷𝑺𝑴𝒁𝑨 2026

Tahniah diucapkan kepada semua calon PRK JTMK Sesi 2026/2027 atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang proses pilihan raya. πŸ‘

Terima kasih juga kepada seluruh pelajar yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Semoga kepimpinan yang terpilih dapat membawa aspirasi pelajar ke arah kecemerlangan serta memperkukuh perpaduan dan keharmonian di PSMZA.


πŸŽ‰ Alhamdulillah! Tahniah dan Syabas JTMK PSMZA! πŸŽ‰Sekali lagi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politekni...
04/11/2025

πŸŽ‰ Alhamdulillah! Tahniah dan Syabas JTMK PSMZA! πŸŽ‰

Sekali lagi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) membuktikan kecemerlangannya apabila berjaya mengekalkan status Premier Digital Tech Institution (PDTI) yang diiktiraf oleh MDEC bagi tempoh 2026 – 2028! 🌟

Kejayaan ini adalah hasil komitmen, dedikasi dan semangat berpasukan seluruh warga JTMK yang sentiasa berusaha memperkukuh pendidikan digital dan melahirkan graduan berkemahiran tinggi dalam dunia teknologi masa kini. πŸ’»βœ¨

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terus memberi sokongan dan kepercayaan terhadap usaha kami. Bersama kita terus melangkah ke hadapan menuju kecemerlangan digital! πŸš€

✨ PSMZA Melangkah Ke Era Baharu! ✨

DIGITAL TECH FACULTY EXPERT (DTEX) 2025 Beberapa orang pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), Politek...
02/11/2025

DIGITAL TECH FACULTY EXPERT (DTEX) 2025

Beberapa orang pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah menyertai program Digital Tech Faculty Expert (DTeX) 2025 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) secara dalam talian.

1. AWS Certified Developer Associate (17 – 19 Sept 2025)
(Pn. Nor Azlina Binti Ibrahim, Pn. Norhayati Sa'adah Binti Che Abd Razak, Pn. Rislah Binti Zakria)

2. Microsoft Certified Azure Data Scientist Associates (6-10 Okt 2025)
(Pn. Wan Haniza Binti Wan Hassim, Pn. Liyana Binti Mat Rani)

3. AWS Certified Data Engineer Associate (21 – 24 Okt 2025)
(En. Mohd Hasrizam Bin Hasan, En. Kamalul Hayat Bin Raman)

PEMBENTANGAN HASIL AKHIR GERAN TARGS PSMZA DI FESTIVAL OF IDEA  2025: DRONE AI PERTANIANPembentangan hasil akhir Projek ...
02/11/2025

PEMBENTANGAN HASIL AKHIR GERAN TARGS PSMZA DI FESTIVAL OF IDEA 2025: DRONE AI PERTANIAN

Pembentangan hasil akhir Projek TARGS PSMZA bersempena dengan Festival of Idea 2025 yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak pada 17 - 19 Oktober 2025. Pembentangan dilakukan oleh En. Syaiful Bachtiar bin Nen @ Shahinan selaku Ketua Kumpulan TARGS PSMZA bagi projek bertajuk AI-Lens Driven Auto long Range Drones: Transforming Oil Palm Farming with Smart Pollination Recognition and Mapping.

PROGRAM AMATEUR PRO CLASH EDUCATION TOUR MUSIM KE-4 NEGERI TERENGGANUCRIT Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kelab Pelajar JTMK ...
09/10/2025

PROGRAM AMATEUR PRO CLASH EDUCATION TOUR MUSIM KE-4 NEGERI TERENGGANU

CRIT Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kelab Pelajar JTMK (CREW), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah menganjurkan Program Amateur Pro Clash Education Tour Musim ke-4 Negeri Terengganu. Program ini telah berlangsung pada 29 hingga 30 September 2025 bertempat di kantin, PSMZA.

Seramai 75 orang peserta yang mewakili pelbagai IPTA dan IPTS seluruh negeri Terengganu telah mengambil bahagian dalam program ini. Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia e-sukan dan teknologi pendidikan terkini, di samping memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, dan persaingan sihat dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Sepanjang program berlangsung, terdapat gerai-gerai dari penaja-penaja sepertu VICO, Nubia Mobile, Meggi,One One Sdn. Bhd. membuat promosi jualan dan aktiviti menarik yang telah disertai seluruh warga PSMZA.

Pertandingan tersebut telah berjaya menempatkan sorang pelajar PSMZA bagi mewakili negeri Terengganu ke Grand Finale di Berjaya Time Square

POTLUCK  JTMK, PSMZA5 September (Jumaat) - Kelab Kebajikan Staf JTMK, PSMZA telah menganjurkan potluck bagi staf JTMK da...
07/09/2025

POTLUCK JTMK, PSMZA
5 September (Jumaat) - Kelab Kebajikan Staf JTMK, PSMZA telah menganjurkan potluck bagi staf JTMK dan ahli keluarga masing-masing yang bertempat di Pantai Teluk Lipat, Dungun. Selain itu, program ini juga turut meraikan 2 orang staf iatu Puan Norhamiza dan Puan Noriah yang telah berpindah ke Kolej Komuniti Kemaman. Program yang julung kali diadakan ini diharap dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di antara staf dan keluarga masing-masing sebagai satu keluarga JTMK yang besar. Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN (UPSKILLING) BAWAH BIDANG TVET : ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) FUNDAMENTALS2 September 2025...
02/09/2025

BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN (UPSKILLING) BAWAH BIDANG TVET : ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) FUNDAMENTALS

2 September 2025 (Selasa) - Politeknik Balik Pulau (PBU) dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Kemahiran (Upskilling) Bawah Bidang TVET: Artificial Intelligence (AI) Fundamental yang telah disertai oleh seramai 148 orang pelajar JTMK, PSMZA.

Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang Artificial Intelligence (AI) Fundamentals, seiring dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 dan bidang TVET.

5 orang fasilitator bertauliah telah bersama berkongsi ilmu dan pengalaman:

β€’ Dr. Asnidatul Adilah Binti Ismail
β€’ Syafiza Ab Binti wahab
β€’ Nur Athirah Iqlima’ Binti Kamaruhizam
β€’ Noorismaawi Bin Yusop
β€’ Mohd Zaidil Adha Bin Mat Hussin

Address

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PSMZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category