SK Batu 48 Dungun

SK Batu 48 Dungun Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun, Terengganu.

23/08/2026

PROGRAM MENTOR MENTEE ANTIBULI SAFE .

Tarikh: 23.8.2026 ( Ahad)
Masa : 7.45 - 8.15 pagi.
Tempat : Kelas masing-masing.
Mentor: Guru kelas dan penolong guru
kelas.

Kerangka Anti Buli Sekolah Untuk Pemerkasaan

1. Pengenalan

Program Mentor Mentee Antibuli SAFE merupakan satu inisiatif yang dirangka sebagai usaha pencegahan buli melalui pendekatan bimbingan, kepedulian, sokongan rakan sebaya dan pembentukan budaya sekolah yang selamat.





Bonda Sherliza binti Ismail ( Guru Besar)
Mulki Sulaiman ( PKP)
Zuraida Mohamad (PK HEM)
Zakaria b. Wok@Mamat( PK KO)

PROGRAM MENTOR MENTEE ANTIBULI SAFE .Tarikh: 23.8.2026 ( Ahad)Masa  : 7.45 - 8.15 pagi.Tempat : Kelas masing-masing.Ment...
23/08/2026

PROGRAM MENTOR MENTEE ANTIBULI SAFE .

Tarikh: 23.8.2026 ( Ahad)
Masa : 7.45 - 8.15 pagi.
Tempat : Kelas masing-masing.
Mentor: Guru kelas dan penolong guru
kelas.

Kerangka Anti Buli Sekolah Untuk Pemerkasaan

1. Pengenalan

Program Mentor Mentee Antibuli SAFE merupakan satu inisiatif yang dirangka sebagai usaha pencegahan buli melalui pendekatan bimbingan, kepedulian, sokongan rakan sebaya dan pembentukan budaya sekolah yang selamat.

Program ini memberi ruang kepada murid untuk membina hubungan positif dengan mentor, berkongsi pengalaman dan emosi dalam suasana yang selamat serta mempelajari cara mengenal pasti, mencegah dan menangani situasi buli secara berhemah. Murid juga digalakkan untuk menjadi rakan yang prihatin, menghormati perbezaan dan berani mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai apabila berhadapan dengan masalah.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membentuk budaya sekolah penyayang, bebas buli dan saling menghormati, di samping memperkasakan murid sebagai individu yang mampu menjaga keselamatan dan kesejahteraan diri serta rakan-rakan. Usaha ini bertepatan dengan penekanan KPM terhadap persekitaran pembelajaran yang selamat, inklusif dan sejahtera.





Sherliza binti Ismail ( Guru Besar)
Mulki Sulaiman ( PKP)
Zuraida Mohamad (PK HEM)
Zakaria b. Wok@Mamat( PK KO)

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas diucapkan kepadaPuan Narimi binti Manas  ManasPembantu Tadbir ya...
16/08/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada

Puan Narimi binti Manas Manas
Pembantu Tadbir yang Memangku Tugas CC

atas peningkatan markah Audit Kewangan Tahun 2025. 👏🎉

Peningkatan ini merupakan hasil daripada komitmen, ketelitian, kesungguhan dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam memastikan pengurusan kewangan sekolah dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berintegriti.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik serta melonjakkan lagi kecemerlangan pengurusan SK Batu 48.

Tahniah dan syabas! Teruskan kecemerlangan. 🌹👏

Sinergi Senada Sempurna

🌷 SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🌷Warga SK Batu 48 dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiranPuan Cik Wan Adawieah b...
16/08/2026

🌷 SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🌷

Warga SK Batu 48 dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran

Puan Cik Wan Adawieah binti Ismail
Ketua Pembantu Tadbir

ke keluarga besar SK Batu 48 bermula 9 Ogos 2026.

Semoga kehadiran puan menceriakan lagi suasana kerja, memperkukuh sinergi serta menyumbang kepada kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Selamat datang dan selamat bertugas! 🤝🌹
Semoga kita terus melangkah seiring, senada dan sempurna dalam membina kecemerlangan SK Batu 48.

“Sinergi Senada Sempurna”

Bismillahirrahmanirrahim 🌷✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK 2026 ✨Buat anak-anak calon UPKK 2026, teruskan ...
16/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim 🌷

✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK 2026 ✨

Buat anak-anak calon UPKK 2026, teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan semangat! 💪📚

Percayalah, setiap usaha, setiap ulang kaji dan setiap doa yang dipanjatkan pasti ada nilainya. Jangan takut untuk mencuba, jangan mudah berputus asa dan lakukan yang terbaik dengan penuh tawakal kepada Allah SWT. 🤲

🌟 Usaha dengan bersungguh-sungguh.
🌟 Jawab dengan tenang dan teliti.
🌟 Yakin dengan kemampuan diri.
🌟 Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan hati, kelapangan fikiran serta memperoleh keputusan yang cemerlang. Anda mampu! Anda hebat! Anda boleh! 💪🔥

Selamat berjuang, calon UPKK 2026!
Semoga kejayaan menjadi milik kalian.🌹

Bonda Hjh Sherliza Ismail ,Guru Besar
Barisan Pen.Kanan
Ustzh Norazmira,Ketua Guru KAFA
Seluruh warga B48


✨ PROGRAM JOM BACA BERSAMA ANA MUSLIM ✨10 Ogos 2026 | Isnin📍 Dewan SK Batu 48Alhamdulillah, telah berlangsung dengan mer...
12/08/2026

✨ PROGRAM JOM BACA BERSAMA ANA MUSLIM ✨

10 Ogos 2026 | Isnin
📍 Dewan SK Batu 48

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Program Jom Baca Bersama Ana Muslim anjuran Pusat Sumber Sekolah SK Batu 48 dengan kerjasama Ana Muslim.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan murid serta menjadikan aktiviti membaca sebagai satu amalan yang menyeronokkan dan bermakna.

🎨 AKTIVITI MURID TAHAP 1
• Aktiviti mewarna bertemakan bahan bacaan
• Aktiviti santai dan kreatif yang menggalakkan minat membaca

🧠 AKTIVITI MURID TAHAP 2
• Kuiz berkaitan bahan bacaan
• Menguji pengetahuan dan kefahaman murid melalui aktiviti yang menyeronokkan

📖 JUALAN BUKU ANA MUSLIM
• Terbuka kepada semua murid
• Pelbagai bahan bacaan menarik dan sesuai untuk murid

🎯 OBJEKTIF PROGRAM

1. Memupuk dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.
2. Membudayakan amalan membaca sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.
3. Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
4. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid melalui bahan bacaan yang berkualiti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ana Muslim, pihak pengurusan SK Batu 48, guru-guru, warga sekolah serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga program sebegini dapat terus menyemarakkan budaya membaca dan kecintaan terhadap ilmu dalam kalangan warga SK Batu 48.

Terima kasih atas sokongan padu semua!

Bonda Sherliza Ismail - GB
Mulki Sulaiman - pkp
Zuraida Mohamad - pkhem
Zakaria b. Wok @ Mamat - pkko

“MEMBACA JAMBATAN ILMU”
Sinergi Senada Sempurna






Khamis || 6 Ogos 2026 || Dewan Al Hidayah🌙 KEM CELIK FARDHU KIFAYAH 2026 🌙🍄 Tajuk : Konsep Penyembelihan dalam        Is...
07/08/2026

Khamis || 6 Ogos 2026 || Dewan Al Hidayah

🌙 KEM CELIK FARDHU KIFAYAH 2026 🌙

🍄 Tajuk : Konsep Penyembelihan dalam
Islam
🎙️Penceramah : Ustaz Wan Anuar bin
Wan Mamat
🌹Penyelaras : Ustazah Yati binti Ngah
📍Sasaran. : Murid Tahun 6

Alhamdulillah, Kem Celik Fardhu Kifayah 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada murid-murid tentang kepentingan ilmu Fardhu Kifayah, khususnya berkaitan penyembelihan dalam Islam.

Antara pengisian menarik ialah:
📖 Ceramah Konsep Penyembelihan dalam Islam
🐔 Demonstrasi & Amali Penyembelihan
🤲 Penerapan nilai tanggungjawab dan penghayatan Fardhu Kifayah.

👏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan: Ustaz Wan Anuar bin Wan Mamat, Penyelaras program: Ustazah Yati binti Ngah, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit HEM, para pentadbir, guru-guru serta semua warga sekolah yang telah sama-sama menjayakan program ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Bonda Sherliza Ismail - GB
Mulki Sulaiman - PKP
Zuraida Mohamad - PKHEM
Zakaria bin Wok @ Mamat - PKKO







Rabu || 5 Ogos 2026 TAKLIMAT MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) & MAJLIS TEMU MURNI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS...
05/08/2026

Rabu || 5 Ogos 2026

TAKLIMAT MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) & MAJLIS TEMU MURNI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PERTENGAHAN TAHUN 2026

Penyelaras MPT4: Cikgu Muhammad Azmi bin Mamat

📌 TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA & PENJAGA MURID B48.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang meluangkan masa hadir menjayakan:

1️⃣ Taklimat Matriks Pembelajaran Tahun 4
2️⃣ Majlis Temu Murni Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pertengahan Tahun 2026

Kehadiran dan sokongan padu tuan/puan bukti keprihatinan terhadap kejayaan anak-anak. Semoga usaha bersama ini membawa impak positif kepada perkembangan anak-anak B48.

Terima kasih atas sokongan padu semua! 💐❤️

Bonda Sherliza Ismail - GB
Mulki Sulaiman - pkp
Zuraida Mohamad - pkhem
Zakaria b. Wok @ Mamat - pkko





LAWATQN SAMBIL BELAJAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) & PENGAWAS PUSAT SUMBER TQHUN 2026.Tarikh: 28 Julai 2026 / SelasaTe...
29/07/2026

LAWATQN SAMBIL BELAJAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) & PENGAWAS PUSAT SUMBER TQHUN 2026.

Tarikh: 28 Julai 2026 / Selasa
Tempat Lawatan:
-Kaprima Dairy Farm Marang
- Pesta Buku Kuala Terengganu
- Masjid Seberang Takir
- Mayang Mall

Lawatan sambil belajar merupakan satu aktiviti pendidikan di luar bilik darjah yang memberi peluang kepada murid memperoleh pengalaman pembelajaran secara langsung melalui pemerhatian, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran sebenar. Aktiviti ini bertujuan memperkukuh pengetahuan yang dipelajari di sekolah di samping mengembangkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, bekerjasama dan menyelesaikan masalah.

Melalui lawatan ini, murid berpeluang menimba ilmu serta pengalaman baharu yang dapat meningkatkan minat terhadap pembelajaran. Di samping itu, program ini turut membantu membentuk sahsiah, memupuk disiplin, semangat kerjasama, keyakinan diri serta mengeratkan hubungan antara murid dan guru. Diharapkan lawatan sambil belajar ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna dan memberi impak positif terhadap perkembangan akademik, sosial dan sahsiah murid.

Sherliza Ismail (Guru Besar)
Mulki Sulaiman (PKP)
Zuraida Mohamad ( PK HEM)
Zakaria b. Wok@Mamat (PK KO)



MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM SAFE 2026.Tarikh : 26.7.2026Masa: 8.00 - 8.30 pagiTempat: Dewan Al Hidayah SKBEL.Program SAFE ...
29/07/2026

MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM SAFE 2026.

Tarikh : 26.7.2026
Masa: 8.00 - 8.30 pagi
Tempat: Dewan Al Hidayah SKBEL.

Program SAFE ( School Anti- Bulling Framework for Empowerment / Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan) merupakan satu inisiatif yang bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni, ceria dan bebas daripada budaya buli, gangguan serta sebarang bentuk keganasan.

Program ini menekankan Amalan 6S:
- Senyum
- Salam
- Sapa
- Sopan
- Sayang
- Syukur

Majlis Peluncuran Program SAFE diadakan sebagai simbolik permulaan kepada pelaksanaan pelbagai aktiviti dan kempen kesedaran yang melibatkan seluruh warga sekolah.

Sherliza Ismail ( Guru Besar)
Mulki Sulaiman (PKP)
Zuraida Mohamad (PK HEM)
Zakaria b. Wok@ Mamat ( PK KO)



Address

Jalan Sekolah Batu 48
Dungun
23000

Telephone

+6098481489

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Batu 48 Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category