EAST Academy - Official

Directions Website

EAST Academy - Official East Academy is one of the pioneer in Offshore Marine Hospitality and Catering Services Training & Consultation in Malaysia.

Through its Train-to-Employ Ecosystem, East Academy has become an Integrated Human Capital Development and Workforce Solution.

Pematuhan terhadap keselamatan dan kebersihan adalah merupakan perkara asas yang amat penting dalam penyediaan dan penge...
08/09/2026

Pematuhan terhadap keselamatan dan kebersihan adalah merupakan perkara asas yang amat penting dalam penyediaan dan pengendalian makanan. Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran anda melalui latihan bersama kami bagi memastikan operasi penyediaan makanan anda sentiasa mematuhi standard keselamatan makanan yang diiktiraf.

KETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI GHP DAN HACCP SERTA APA KEPENTINGAN PEMATUHAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN DALAM PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN MAKANAN‼️

✅ HRDC Claimable❗️
✅ Sijil yang Diiktiraf oleh Badan Kerajaan
✅ Kit Latihan & Sijil Penyertaan
✅ Latihan berorietasikan industri
✅ Pengajar yang berpengalaman

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:

📱0179141477 (Adnan)
📱0107715057 (Hedheer)

atau Scan QR dibawah Pendaftaran 👇

JANGAN LUPA SHARE DAN LIKE FACEBOOK PAGE KAMI 😉

EAST ACADEMY & RELYON MALAYSIA METERAI SURAT NIAT KERJASAMA STRATEGIK DI OIL & GAS ASIA 2026KUALA LUMPUR | 3 SEPTEMBER 2...
04/09/2026

EAST ACADEMY & RELYON MALAYSIA METERAI SURAT NIAT KERJASAMA STRATEGIK DI OIL & GAS ASIA 2026

KUALA LUMPUR | 3 SEPTEMBER 2026 — East Academy Offshore Sdn. Bhd. terus memperkukuhkan komitmennya dalam membangunkan bakat dan modal insan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri apabila East Academy Offshore Sdn. Bhd. dan Relyon Malaysia Sdn. Bhd. secara rasmi menandatangani Surat Niat Kerjasama (Letter of Intent – LOI) pada 3 September 2026.

Majlis bersejarah ini telah berlangsung di Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bersempena dengan Oil & Gas Asia (OGA) 2026, yang menghimpunkan pemain utama industri minyak, gas dan tenaga dari Malaysia serta peringkat antarabangsa.

Surat niat tersebut telah ditandatangani oleh En. Wan Mohd Fauzi Bin CW Daud, Pengarah Urusan East Academy Offshore Sdn. Bhd. bersama En. Syed Mohd Muzakir Bin Syed Hussin, Pengarah Urusan Relyon Malaysia Sdn. Bhd.

Majlis turut disaksikan oleh En. Norsham Nisam Bin Abd Malik, Pengurus Besar YP Advanced Skills, serta En. Zahris Sham Abu Musa, Presiden MOGSC, dan Pn. Rashidah Alias, Vice President, Group Procurement, PETRONAS.

Kerjasama strategik ini mencerminkan kesungguhan kedua-dua organisasi untuk meneroka peluang kolaborasi dalam aspek pembangunan kemahiran, latihan berasaskan keperluan industri, perkongsian kepakaran serta pembangunan modal insan khususnya dalam sektor minyak dan gas, tenaga, marin dan industri berkaitan.

Bagi East Academy, jalinan kerjasama ini merupakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan ekosistem “Train-to-Employ”, yang memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi, kebolehpasaran serta laluan kerjaya pelatih agar sentiasa selari dengan keperluan sebenar industri.

East Academy percaya bahawa kolaborasi bersama pemain industri yang berpengalaman seperti Relyon Malaysia mampu membuka lebih banyak ruang untuk perkongsian ilmu, peningkatan kompetensi tenaga kerja dan pembangunan bakat masa hadapan.

Semoga pemeteraian Surat Niat Kerjasama ini menjadi pemangkin kepada hubungan strategik yang lebih kukuh dan memberi manfaat kepada industri, tenaga kerja serta pembangunan modal insan negara.

----- English Version -----

EAST ACADEMY & RELYON MALAYSIA SIGN LETTER OF INTENT FOR STRATEGIC COLLABORATION AT OIL & GAS ASIA 2026

KUALA LUMPUR | 3 SEPTEMBER 2026 — East Academy Offshore Sdn. Bhd. continues to strengthen its commitment towards developing highly skilled talent and human capital for the industry with the official signing of a Letter of Intent (LOI) between East Academy Offshore Sdn. Bhd. and Relyon Malaysia Sdn. Bhd. on 3rd September 2026.

The significant occasion was held at the Kuala Lumpur Convention Centre, in conjunction with Oil & Gas Asia (OGA) 2026, which brings together key players from Malaysia’s and the international oil & gas and energy sectors.

The Letter of Intent was signed by Mr. Wan Mohd Fauzi Bin CW Daud, Managing Director of East Academy Offshore Sdn. Bhd., and Mr. Syed Mohd Muzakir Bin Syed Hussin, Managing Director of Relyon Malaysia Sdn. Bhd.

The signing ceremony was also witnessed by Mr. Norsham Nisam Bin Abd Malik, General Manager of YP Advanced Skills, together with Mr. Zahris Sham Abu Musa, President of MOGSC, and Ms. Rashidah Alias, Vice President, Group Procurement, PETRONAS.

This strategic collaboration reflects the commitment of both organisations to explore opportunities in skills development, industry-driven training, knowledge and expertise sharing also human capital development particularly across the oil and gas, energy, maritime and related industries.

For East Academy, this collaboration represents another important milestone in strengthening its “Train-to-Employ” ecosystem with a strong focus on competency development, employability and career pathways for trainees while ensuring that training remains aligned with the evolving needs of the industry.

East Academy believes that collaboration with experienced industry players such as Relyon Malaysia will create greater opportunities for knowledge exchange, workforce competency enhancement and the development of future-ready talent.

May the signing of this Letter of Intent serve as a catalyst for a stronger strategic partnership and contribute meaningfully to the development of the industry, workforce and human capital in Malaysia.

East Academy Offshore Sdn. Bhd.
Empowering Skills. Building Careers. Shaping the Future.

🔎 JAWATAN KOSONG - TUKANG MASAK (COOK) 📍 LOKASI: Dungun, TerengganuAdakah anda seorang Tukang Masak? Kreatif serta mampu...
17/08/2026

🔎 JAWATAN KOSONG - TUKANG MASAK (COOK)

📍 LOKASI: Dungun, Terengganu

Adakah anda seorang Tukang Masak? Kreatif serta mampu menyediakan pelbagai jenis makanan dan citarasa.

NIBONG TEA HOUSE memerlukan anda‼️

JOM SERTAI KAMI‼️

BERMINAT UNTUK MEMOHON❓
📩 Hantar resume anda ke [email protected] atau hubungi 09-8442727 untuk sebarang pertanyaan.

Jangan lupa follow dan share 😉




🚀 JAWATAN KOSONG – EKSEKUTIF PEMASARAN📍 Lokasi: Borneo Maritime and Catering Academy, Miri, SarawakAdakah anda seorang y...
07/08/2026

🚀 JAWATAN KOSONG – EKSEKUTIF PEMASARAN

📍 Lokasi: Borneo Maritime and Catering Academy, Miri, Sarawak

Adakah anda seorang yang bersemangat, kreatif dan berminat dalam bidang pemasaran serta pembangunan perniagaan?

Kami sedang mencari Eksekutif Pemasaran yang komited untuk menyertai pasukan kami!

📩 Berminat?
Hantar resume anda ke [email protected] atau hubungi 09-8442727 untuk maklumat lanjut.

Sertai dan bina kerjaya anda bersama kami‼️

HACCP bukan sekadar peraturan tetapi merupakan asas kepada pematuhan kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan. ...
05/08/2026

HACCP bukan sekadar peraturan tetapi merupakan asas kepada pematuhan kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan. Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran anda melalui latihan HACCP bagi memastikan operasi penyediaan makanan sentiasa mematuhi standard keselamatan makanan yang diiktiraf.
KETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI HACCP DAN APA KEPENTINGAN PEMATUHAN HACCP DALAM PENGENDALIAN MAKANAN‼️
✅ HRDC Claimable❗️
✅ Sijil yang Diiktiraf oleh Badan Kerajaan
✅ Kit Latihan & Sijil Penyertaan
✅ Latihan berorietasikan industri
Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
📱0198151315 (Susan)
📱0179141477 (Adnan)
📱0107715057 (Hedheer)
atau Scan QR dibawah 👇

ANDA BEKERJA DALAM BIDANG PENGENDALIAN MAKANAN DAN KATERING? PERLUKAN SIJIL KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF? 🤔JOM TINGKATKAN KE...
05/08/2026

ANDA BEKERJA DALAM BIDANG PENGENDALIAN MAKANAN DAN KATERING? PERLUKAN SIJIL KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF? 🤔
JOM TINGKATKAN KEMAHIRAN DAN PERSIJILAN ANDA BERSAMA KAMI‼️
✅ HRDC Claimable❗️
✅ Sijil yang Diiktiraf oleh Badan Kerajaan
✅ Kit Latihan & Sijil Penyertaan
✅ Latihan berorietasikan industri
Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
📱0198151315 (Susan)
📱0179141477 (Adnan)
atau Scan QR dibawah 👇

04 OGOS 2026 - EAST ACADEMY MENERIMA LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN KELUARGA POLIS (PERKEP) BRIGED TENGGARA...
04/08/2026

04 OGOS 2026 - EAST ACADEMY MENERIMA LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN KELUARGA POLIS (PERKEP) BRIGED TENGGARA PGA, KUANTAN.

East Academy amat berbesar hati menerima Lawatan dan Kunjungan Hormat daripada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Tenggara PGA, Kuantan yang telah berlangsung di Pejabat Operasi East Academy, Kuantan pada hari ini.

Lawatan yang bertujuan untuk mengadakan sesi perbincangan awal berhubung potensi jalinan kerjasama strategik antara PERKEP Briged Tenggara PGA dan East Academy dalam pembangunan modal insan melalui pelaksanaan kursus-kursus kemahiran jangka pendek berasaskan industri yang bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan ahli keluarga anggota polis.

East Academy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PERKEP Briged Tenggara PGA, Kuantan atas kesudian mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ini. Semoga hubungan yang terjalin menjadi asas kepada pelaksanaan pelbagai program kemahiran yang bakal memberi manfaat kepada ahli keluarga anggota polis serta menyokong agenda pembangunan modal insan negara.

🤝 Membina Kemahiran, Memperkasa Masa Hadapan.

20 JULAI 2026 - EAST ACADEMY BERJAYA MELAKSANAKAN PROGRAM BIMBINGAN KESEDARAN HALAL BERSAMA INSKEN DAN KEMENTERIAN KEMAJ...
20/07/2026

20 JULAI 2026 - EAST ACADEMY BERJAYA MELAKSANAKAN PROGRAM BIMBINGAN KESEDARAN HALAL BERSAMA INSKEN DAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW)

East Academy telah diberi kepercayaan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai penyedia latihan bagi melaksanakan Program Bimbingan Kesedaran Halal yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 17 hingga 19 Julai 2026 di Hotel Royal Chulan, Damansara, Selangor. Program ini telah menghimpunkan seramai 30 orang usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari seluruh Malaysia yang komited untuk meningkatkan kefahaman serta memperkukuh pengetahuan berkaitan keperluan pensijilan halal dalam operasi perniagaan masing-masing.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aspek penting merangkumi:

✅ Konsep dan prinsip Halal Malaysia
✅ Kepentingan pematuhan standard halal dalam perniagaan
✅ Tatacara permohonan Pensijilan Halal Malaysia
✅ Amalan kebersihan, keselamatan makanan dan pematuhan standard
✅ Perkongsian pengalaman serta bimbingan bersama pakar industri

Program ini diharap dapat membantu para usahawan meningkatkan daya saing perniagaan, memperkukuhkan keyakinan pengguna serta membuka peluang yang lebih luas untuk menembusi pasaran halal di peringkat nasional dan antarabangsa. Semoga ilmu dan bimbingan yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan IKS yang lebih berdaya saing, berintegriti serta mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

East Academy turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada INSKEN dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas kepercayaan yang diberikan bagi menjayakan inisiatif pembangunan usahawan ini.

East Academy

Education * Advisory * Skills * Training

Setiap ikatan mempunyai fungsi dan teknik yang betul. Dalam kelas ini, peserta akan mempelajari asas-asas ikatan (knot) ...
13/07/2026

Setiap ikatan mempunyai fungsi dan teknik yang betul. Dalam kelas ini, peserta akan mempelajari asas-asas ikatan (knot) yang digunakan dalam industri, termasuk cara mengikat dengan selamat, kemas dan mengikut prosedur kerja.

Apa yang anda akan pelajari?
✅Pengenalan jenis-jenis knot
✅Teknik ikatan yang betul
✅Kegunaan setiap knot dalam situasi sebenar
✅Aspek keselamatan semasa menggunakan knot

Kemahiran kecil yang memberi impak besar terhadap keselamatan dan kecekapan di tempat kerja.

PENDAFTARAN PROGRAM JAMINAN KERJAYA JULAI 2026 KINI DIBUKA! Ingin bina kerjaya dalam industri kemahiran yang mempunyai p...
09/07/2026

PENDAFTARAN PROGRAM JAMINAN KERJAYA JULAI 2026 KINI DIBUKA!

Ingin bina kerjaya dalam industri kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi?
Inilah peluang anda!

Program ditawarkan:
✅Offshore Catering
✅Onshore Fire Watcher
✅Onshore Rigger
✅Onshore Confined Space
✅Scaffolding level 1

Tempat adalah TERHAD! Jangan lepaskan peluang untuk memulakan kerjaya anda bersama kami.

Address

No. 4, PT 12985, Tingkat 2, Taman Sura Jeti
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EAST Academy - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category