16/09/2026
# # # 📚✨ MAJLIS TEMUMURNI MPP3 DAN DIALOG PRESTASI TINGKATAN 5 SMKAKA 2026 ✨📚
**“Adab Dulu, Baru Ilmu — Kecemerlangan Akhlak Kearah Kecemerlangan Akademik”**
Alhamdulillah, telah berlangsung **Majlis Temumurni MPP3 dan Dialog Prestasi Tingkatan 5 SMKAKA 2026** pada **15 September 2026 (Selasa)** bertempat di **Dewan Al-Hikmah, SMKA Kuala Abang**.
Program anjuran **MKK SPM 2026** ini melibatkan **ibu bapa/penjaga dan murid Tingkatan 5 SMKAKA**, sebagai satu usaha memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan anak-anak terus berada pada landasan kecemerlangan menjelang **SPM 2026**.
🎯 **Antara objektif program** adalah untuk memberikan ruang kepada ibu bapa mendapatkan maklumat terkini berkaitan pencapaian akademik anak-anak dalam MPP3/Peperiksaan Percubaan SPM 2026, di samping membincangkan **kekuatan, kelemahan serta tahap penguasaan murid** dalam setiap mata pelajaran.
Program ini turut menjadi medan **perkongsian dua hala antara guru dan ibu bapa** berkaitan pencapaian, kehadiran, sikap, disiplin serta perkembangan pembelajaran murid. Melalui dialog ini, ibu bapa dapat memahami dengan lebih jelas keperluan anak-anak, manakala guru p**a dapat mengenal pasti murid yang memerlukan **bimbingan, pemulihan dan intervensi akademik secara lebih berfokus**.
🤝 **Sinergi antara guru, ibu bapa dan murid** amat penting dalam membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki sahsiah, disiplin dan jati diri yang unggul.
Semoga usaha dan komitmen bersama ini menjadi pemangkin kepada **kecemerlangan Tingkatan 5 SMKAKA dalam SPM 2026**.
🌟 **Bersama kita membimbing.**
🌟 **Bersama kita menyokong.**
🌟 **Bersama kita menggapai kecemerlangan.**
**“Adab Dulu, Baru Ilmu — Kecemerlangan Akhlak Kearah Kecemerlangan Akademik.”**