Alumni UiTM Terengganu

Alumni UiTM Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Alumni UiTM Terengganu, Education Website, UiTM Cawangan Dungun, Dungun.

Alhamdulillah!! terbaikTerima Kasih buat semua Warga UiTMCT!!! πŸ₯³
23/08/2026

Alhamdulillah!! terbaik

Terima Kasih buat semua Warga UiTMCT!!! πŸ₯³

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“£ SERTAI ALUMNI RUN FOR UNITY: VIRTUAL MERDEKA RUN UiTMCT!πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈπŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡ΎAyuh warga UiTM Cawangan Terengganu, bers...
05/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“£ SERTAI ALUMNI RUN FOR UNITY: VIRTUAL MERDEKA RUN UiTMCT!πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈπŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh warga UiTM Cawangan Terengganu, bersama-sama kita jayakan Alumni Run for Unity: Virtual Merdeka Run UiTMCT! Terbuka kepada staf, pelajar, alumni dan komuniti. Pilih penyertaan yang sesuai dengan anda, samada larian fizikal atau larian maya!

πŸƒ Larian Fizikal
πŸ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ“ UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun

Khas untuk staf UiTMCT yang ingin menyertai larian fizikal, sila daftar melalui pautan berikut:
πŸ”— https://forms.gle/UbRsRAfp62G9JZT46

🌍 Larian Maya (Virtual Run)
πŸ“… 1 Ogos – 16 September 2026
πŸ“ Berlari di mana-mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa sepanjang tempoh program berlangsung

Terbuka kepada staf, pelajar, alumni dan komuniti. Daftar melalui pautan berikut:
πŸ”— https://forms.gle/MNSX7NtUoaArNdx5A

✨ Warga UiTM Cawangan Terengganu khususnya, anda dialu-alukan untuk menyertai larian fizikal bagi memeriahkan sambutan dan menunjukkan semangat kebersamaan warga UiTMCT.

Ayuh, isi pautan yang disediakan!πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’ͺ🏻

Jom daftar sekarang, ajak rakan-rakan dan keluarga, serta jadikan Alumni Run for Unity: Virtual Merdeka Run UiTMCT satu kenangan yang penuh semangat kesukanan serta keceriaan bersama! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŽ“ ALUMNI INSPIRE 2026: Dari Jejak ke Jalinan "Menelusuri Jejak, Menyulam Jalinan"19 Julai 2026Alhamdulillah, Program Alu...
20/07/2026

πŸŽ“ ALUMNI INSPIRE 2026: Dari Jejak ke Jalinan
"Menelusuri Jejak, Menyulam Jalinan"
19 Julai 2026

Alhamdulillah, Program Alumni Inspire 2026 telah berjaya dilaksanakan sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan inspirasi daripada alumni UiTM Terengganu yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan Alumni:

✨ En. Mohd Hanif bin Abdullah
Pengarah, Desa Palas Logistics (J&T Express Dungun)

✨ En. Ahmad Fakhri Bin Mohammad Din
Pengarah Urusan, FF Foods Enterprise (Bingxue Dungun)

✨ En. Amin Haikal bin Ahmad Zabidi
Founder, Laut Eatery

✨ En. Ahmad Ramzi Bin Haji Abd. Rahman
CEO, Quinara Al Safir Resort

Turut merakamkan penghargaan kepada Ts. Dr. Fatimah Zaharah, Ketua Unit Jaringan dan Kerjasama Strategik yang menjalankan tugas Pengarah Bahagian Jaringan Alumni dan Kesepaduan, atas kesudian menyantuni program ini serta memberikan sokongan yang amat bermakna.

Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada jalinan yang lebih erat antara alumni dan universiti, di samping menyemarakkan semangat untuk terus menyumbang kepakaran, pengalaman dan inspirasi kepada generasi UiTM akan datang.

"Menelusuri Jejak, Menyulam Jalinan."

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa tempahan Cincin Graduasi UiTM dibuka bermula 5 Mei 2026.Warga fak...
03/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa tempahan Cincin Graduasi UiTM dibuka bermula 5 Mei 2026.

Warga fakulti yang berminat dijemput untuk membuat tempahan melalui laman web https://cgu.uitm.edu.my, serta turut sama membantu mempromosikan kepada graduan dan alumni.

Terima kasih. πŸ’

Tahniah buat para graduan UiTM Cawangan Terengganu sempena Konvokesyen ke-104 yang bakal berlangsung pada 11 Mei 2026 πŸ‘©πŸ»...
03/05/2026

Tahniah buat para graduan UiTM Cawangan Terengganu sempena Konvokesyen ke-104 yang bakal berlangsung pada 11 Mei 2026 πŸ‘©πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“

Setelah bergraduat, anda secara automatik adalah Alumni UiTM. Adakah anda telah mendaftar kad MyAlumni? Jika belum, daftar segera di https://myalumnicard.uitm.edu.my/

Tahniah sekali lagi kerana telah berjaya menamatkan pengajian πŸŽŠπŸ’“πŸ«‘

Salam Aidilfitri diucapkan buat semua alumni UiTMCT. Maaf zahir & batin. Semoga Syawal ini membawa seribu makna dan sina...
20/03/2026

Salam Aidilfitri diucapkan buat semua alumni UiTMCT. Maaf zahir & batin. Semoga Syawal ini membawa seribu makna dan sinar keceriaan bagi anda di samping keluarga tersayang.

Ikhlas daripada: Unit Jaringan industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Terengganu.

πŸ„ PROGRAM KORBAN PERDANA UiTMCT x TADC 1447H/2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan segala hormatnya dima...
15/03/2026

πŸ„ PROGRAM KORBAN PERDANA UiTMCT x TADC 1447H/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Terengganu, dengan kerjasama Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC), akan menganjurkan Program Korban Perdana 2026 bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 28 Mei 2026 (Khamis)
πŸŒ™ Bersempena: Raya Kedua Aidiladha
πŸ“ Tempat: UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun

Ibadah korban ialah syiar Islam yang menzahirkan ketaatan dan pengorbanan kepada Allah SWT, manakala penyertaan dalam program ini memberi peluang berkorban dan berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

ΩΩŽΨ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω Ω„ΩΨ±ΩŽΨ¨Ω‘ΩΩƒΩŽ ΩˆΩŽΨ§Ω†Ω’Ψ­ΩŽΨ±Ω’
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
(Surah al-Kawthar, ayat 2)

πŸ₯© Kadar penyertaan bagi satu bahagian adalah seperti berikut:
🟑 Gold (18.5–20 kg) β€” RM920
βšͺ Silver (16.5–18 kg) β€” RM850
🟀 Platinum (15.5–16 kg) β€” RM800
🟒 Rahmah (11–12 kg) β€” RM700

Add on
πŸ“¦ Pembungkusan vakum β€” RM50
βœ‰οΈ Kos penghantaran daging β€” Bergantung pada berat & lokasi
⏳ Tarikh tutup penyertaan: 1 Mei 2026

Sehubungan itu, seluruh warga UiTM serta orang ramai yang berhasrat untuk menyertai program ini adalah dipelawa untuk membuat pendaftaran dengan *mengimbas kod QR yang tertera pada poster hebahan atau di pautan berikut: https://tinyurl.com/KORBAN-PERDANA

πŸ“Œ Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Ustaz Azrul Ali http://www.wasap.my/+60112002375
Ustaz Shahnizam http://www.wasap.my/+60199871294
En. Fadhli http://www.wasap.my/+6012-3157060
Puan Syuhada http://www.wasap.my/+60196699129
Puan Emma http://www.wasap.my/+601132409321

Semoga setiap penyertaan yang disempurnakan diterima sebagai amal soleh, dikurniakan keberkatan, serta menjadi asbab kepada tersebarnya manfaat dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

03/02/2026

πŸ“’ PANGGILAN KEPADA SEMUA ALUMNI DAN MAJIKAN ALUMNI UiTM! πŸŽ“

Maklum balas anda adalah kunci kepada transformasi masa depan UiTM. Sertai kami dalam usaha memantapkan pengurusan akademik melalui platform MyUEO.

Sumbangan idea dan maklum balas anda sangat berharga bagi membantu kami dalam:-

βœ… Membentuk kurikulum yang relevan, inklusif, dan memenuhi kehendak industri terkini.
βœ… Melahirkan graduan berkualiti yang bersedia mendepani cabaran kerjaya.

πŸ”—Berikan maklum balas anda sekarang melalui https://myueo.uitm.edu.my/ atau imbas kod QR yang tertera pada poster.

"Suara Anda Memacu Penambahbaikan Berterusan UiTM"

Globally Renowned, Locally Rooted
Ψ§ΩˆΨ³Ω‡Ψ§ ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ Ω…ΩˆΩ„ΩŠΨ§

19/01/2026

πŸ’™ Welcome On Board, Pusat Jaringan Alumni UiTM!

Great news! Effective 29 December 2025, UiTM Alumni members and their immediate family members can now enjoy quality healthcare services at SALAM Shah Alam Specialist Hospital through our corporate partnership.

Your health, our priority. ✨

πŸ“ž 03-5543 4000
πŸ“² WhatsApp: wa.me/+601162559234
🌐 www.salamshahalam.com
βœ‰οΈ [email protected]

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—”π—Ÿπ—¨π— π—‘π—œ 𝗨𝗢𝗧𝗠Setiap 19 Disember, kita kembali mengingati satu tarikh yang sangat bermakna dalam sej...
19/12/2025

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—”π—Ÿπ—¨π— π—‘π—œ 𝗨𝗢𝗧𝗠

Setiap 19 Disember, kita kembali mengingati satu tarikh yang sangat bermakna dalam sejarah UiTM. Pada 19 Disember 1964, berlangsungnya Konvokesyen Pertama Dewan Latehan RIDAβ€”detik awal yang membuka jalan kepada ribuan kisah kejayaan alumni UiTM hingga ke hari ini.

Bagi ramai daripada kita, UiTM bukan sekadar tempat menimba ilmu. Di sinilah kita belajar berdikari, membina keyakinan, jatuh dan bangkit, serta mengenal erti usaha dan kesabaran. Kenangan di kampus mungkin berbeza bagi setiap alumni, tetapi nilai yang dibawa bersama tetap sama dan terus membentuk siapa kita hari ini.

Sebagai alumni, walau ke mana pun langkah membawa kita, nama UiTM sentiasa terpahat dalam perjalanan hidup kita. Kejayaan yang dikecapi hari ini juga bermula daripada kepercayaan dan peluang yang pernah diberikan oleh UiTM.

Kami menjemput semua alumni untuk mendaftar di platform rasmi alumni, MyAlumni UiTM Virtual Card, melalui pautan di bawah, agar hubungan ini terus terjalin dan kita kekal sebagai satu komuniti yang saling menyokong ⬇️

https://myalumnicard.uitm.edu.my/register

Nantikan pelbagai program alumni pada tahun hadapan sempena Ulang Tahun ke-70 UiTMβ€”ruang untuk kita kembali berkongsi kenangan, memperkukuh jaringan, dan menyumbang semula kepada universiti yang telah membesarkan kita.

UiTM sentiasa di hati πŸ’œ

Address

UiTM Cawangan Dungun
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098400183

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni UiTM Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Alumni UiTM Terengganu:

Shortcuts

Share