20/09/2026
⛺ SEKITAR PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SMK PAKA TAHUN 2026 ⛺
Alhamdulillah, selesai sudah Perkhemahan Badan Beruniform SMK Paka Tahun 2026 yang telah berlangsung dengan penuh jayanya selama tiga hari dua malam bermula 17 hingga 19 September 2026 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat, Paka.
Program anjuran Unit Kokurikulum SMK Paka ini telah disempurnakan dengan rasminya oleh Cg. Hajah Che Saniah binti Hanapi, Pengetua SMK Paka.
Pelaksanaan perkhemahan ini bertujuan untuk memupuk disiplin, mengasah potensi kepimpinan, serta membina ketahanan mental dan fizikal para peserta menerusi pelbagai pengisian modul yang mencabar:
* 🤝 Modul Saling Kenal: Ice Breaking
* 🪢 Kemahiran Asas: Ikatan & Simpulan dan Tali Pandu
* 🥾 Aktiviti Ketahanan: Hiking & Larian Berhalangan
* 🔥 Disiplin & Keselamatan: Latihan Kebakaran & Aktiviti Kebombaan
* 🎭 Malam Kebudayaan: Pertandingan Persembahan Kebudayaan
Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Unit Kokurikulum, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Paka, guru-guru penasihat, serta seluruh peserta perkhemahan atas komitmen dan semangat kesatuan yang luar biasa sepanjang program berlangsung.
“Cabar Diri, Bina Kemahiran, Cipta Kenangan Terindah!”
“Tekad Berjuang, SPAKA Gemilang”
SMK Paka – Excellence For All