23/07/2026
🌹 MAJLIS PERSARAAN & PERTUKARAN 2026 🌹
📍 Sumai Hotel, Kuala Terengganu
🗓️ 23 Julai 2026 (Khamis)
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh bermakna Majlis Persaraan & Pertukaran 2026 sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik yang telah menabur bakti dan mencurahkan khidmat dengan penuh dedikasi sepanjang perkhidmatan mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bersara dan bertukar atas segala jasa, pengorbanan, komitmen serta sumbangan dalam mendidik anak bangsa dan memajukan sekolah.
Buat yang bersara, semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga dan kehidupan yang sentiasa diberkati.
Buat yang bertukar ke tempat baharu, semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan membawa kecemerlangan di mana jua berkhidmat.
Jasamu dikenang, budimu disanjung.
Walau berpisah tempat, ikatan ukhuwah dan kenangan indah akan sentiasa terpahat di hati.
🌹 Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya di tempat baharu. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.❤️