Pasti al-iqra bukit merah,kampung padang pulut

Pasti al-iqra bukit merah,kampung padang pulut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasti al-iqra bukit merah,kampung padang pulut, Education, Kampung bukit merah, padang pulut, Dungun.

03/08/2026

πŸ“š Aktiviti Ulang Kaji Penambahan βž•βœοΈ

Hari ini anak-anak menjalankan aktiviti ulang kaji operasi penambahan bagi mengukuhkan kefahaman dan kemahiran mengira. Anak-anak juga diberi latihan untuk menyelesaikan soalan penambahan dengan kaedah yang betul.

🌟 Tahniah anak-anak! Teruskan berlatih supaya semakin mahir mengira. β€οΈβž•

28/07/2026

🎨 Aktiviti Reka Cipta Orang πŸ–οΈ(pelajar 5 & 6 tahun)

Hari ini anak-anak menghasilkan karya Reka Cipta Orang menggunakan kreativiti dan imaginasi masing-masing. Mereka bebas mewarna dan mereka bentuk watak mengikut idea sendiri.

Melalui aktiviti ini, anak-anak dapat meningkatkan kreativiti, keyakinan diri, kemahiran motor halus serta koordinasi mata dan tangan. Setiap hasil karya adalah unik dan menunjukkan bakat serta daya imaginasi mereka.

🌟 Tahniah anak-anak! Teruskan berkarya dan berani berkongsi idea. ❀️

24/07/2026

Mengenal Benda Hidup: Haiwan (Rama-rama)

Hari ini anak-anak belajar mengenal salah satu benda hidup iaitu rama-rama. Rama-rama ialah haiwan yang boleh bergerak, bernafas, membesar dan membiak. Rama-rama mempunyai sayap yang cantik dan berwarna-warni serta s**a hinggap pada bunga untuk menghisap madu.

Semoga anak-anak lebih mengenali ciptaan Allah dan menyayangi semua makhluk hidup di sekeliling mereka. πŸ¦‹πŸ’š

MasyaAllah, kecil-kecil lagi dah mula kenal dan cintakan kalam Allah πŸ’šβœ¨Hari ini anak-anak hebat kami berjaya sambung tit...
29/04/2026

MasyaAllah, kecil-kecil lagi dah mula kenal dan cintakan kalam Allah πŸ’šβœ¨

Hari ini anak-anak hebat kami berjaya sambung titik-titik Surah Al-Humazah dengan penuh fokus dan semangat! Dari titik kecil, lahirlah usaha besar menuju kefahaman ayat-ayat suci Al-Quran.

Setiap garis yang disambung bukan sekadar latihan, tapi langkah awal membentuk hati yang dekat dengan Allah πŸ€²πŸ“–

Semoga anak-anak ini terus membesar menjadi generasi soleh, bijak dan berakhlak mulia. Aamiin πŸŒ™πŸ’«

23/04/2026

🌿✨ PROJEK AULAD: FLORA & FAUNA ✨🌿

Alhamdulillah, anak-anak aulad telah berjaya menjalankan projek bertemakan flora dan fauna 🐾🌱. Melalui aktiviti ini, mereka dapat mengenali pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan serta belajar menghargai keindahan alam ciptaan Allah.

Selain itu, projek ini juga membantu meningkatkan kemahiran pemerhatian, kreativiti serta keyakinan diri anak-anak dalam berkongsi pengetahuan mereka πŸ’š

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi sokongan. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar dalam pembelajaran anak-anak 🌸

sekolah kami menerima kunjungan daripada pihak bomba πŸš’πŸ”₯  Mereka telah mengadakan latihan kebakaran serta memberi pendeda...
18/04/2026

sekolah kami menerima kunjungan daripada pihak bomba πŸš’πŸ”₯

Mereka telah mengadakan latihan kebakaran serta memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran di rumah atau di sekolah.

Murid-murid juga diajar langkah keselamatan yang betul seperti cara keluar dengan tenang, berkumpul di tempat selamat, dan tidak panik ketika kecemasan. Semua kelihatan sangat teruja dan memberi kerjasama yang baik sepanjang latihan dijalankan 😊

Program seperti ini sangat penting untuk meningkatkan kesedaran dan keselamatan diri sejak usia muda.

Terima kasih kepada pihak bomba atas ilmu dan pengalaman yang sangat berguna ini! ❀️ Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun

Hari ini sekolah kami menerima kunjungan misi kesihatan pergigian 🦷✨Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi ...
18/04/2026

Hari ini sekolah kami menerima kunjungan misi kesihatan pergigian 🦷✨

Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi datang membuat pemeriksaan gigi kepada murid-murid serta memberi tunjuk ajar cara menggosok gigi dengan betul.

Program ini sangat bermanfaat dalam meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan gigi sejak usia muda. Murid-murid juga kelihatan sangat teruja dan seronok belajar secara praktikal 😊

Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih sekali lagi! πŸ’™

(6as-siddiq) AMALI SOLAT ZUHURπŸ’š
13/04/2026

(6as-siddiq) AMALI SOLAT ZUHURπŸ’š

13/04/2026

(6as-siddiq) mengenal huruf abjad dan menulis huruf❀️‍πŸ”₯πŸ’š

Address

Kampung Bukit Merah, Padang Pulut
Dungun
23000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti al-iqra bukit merah,kampung padang pulut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share