Musolla Al Khauthar SKBEL

Musolla Al Khauthar SKBEL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Musolla Al Khauthar SKBEL, Education, Jalan Sekolah Batu 48, Dungun.

20/03/2024

Rasulullah SAW tak s**a dengan bau yang busuk

20/03/2024

KONSEP HEALING DALAM ISLAM

bersihkan hati
Dan isi hati dengan ilmu2 islma dan ibadah
InshaAllah

Kita akan healing terbaik

Infaq Ramadhan SKBelBoleh kirim melalui anak2 ye ibu2 sekalian
18/03/2024

Infaq Ramadhan SKBel

Boleh kirim melalui anak2 ye ibu2 sekalian

18/03/2024

5 perkara yang dapat mengurangi kesejatian lelaki :

- Meninggalkan solat
- Berbohong
- Kedekut
- Derhaka kepada Ibubapa
- Menyakiti Perempuan.

Petikan kalam daripada Syeikh Mutawalli Ash-Sya'rawi Rahimahullah.

- Dai Syabab -

18/03/2024

Dengan ilmu la boleh jadikan kita baik
Dengan ilmu jugak boleh jadikan kita dekat Allah

18/03/2024

SOALAN

Ada orang kata klu solat terawih tak cukup 20 rakaat tak dapat pahala solat terawih.

Boleh tak ustaz kongsikan pandangan ulama muktabar Mazhab Syafie dalam hal diatas. Jazakumullahu khaira.
JAWAPAN

بسم الله، حمدا لله، صلاة وسلاما على رسول الله، أما بعد. اللهم هداية للصواب.
1. Bilangan rakaat solat sunat tarawih menurut pandangan majoriti ulama mazhab ialah sebanyak 20 rakaat.

Didalam kitab الموسوعة الفقهية الكويتية 27/141-142 ada menyebut :

فَذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ مِنْ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ وَبَعْضِ الْمَالِكِيَّةِ إلَى أَنَّ التَّرَاوِيحَ عِشْرُونَ رَكْعَةً لِمَا رَوَاهُ مَالِكٌ عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ وَالْبَيْهَقِيُّ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ مِنْ قِيَامِ النَّاسِ فِي زَمَانِ عُمَرَ رضي الله تعالى عنه بِعِشْرِينَ رَكْعَةً وَجَمَعَ عُمَرُ النَّاسَ عَلَى هَذَا الْعَدَدِ مِنْ الرَّكَعَاتِ جَمْعًا مُسْتَمِرًّا قَالَ الْكَاسَانِيُّ: جَمَعَ عُمَرُ أَصْحَابَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِي شَهْرِ رَمَضَانَ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رضي الله تعالى عنه فَصَلَّى بِهِمْ عِشْرِينَ رَكْعَةً وَلَمْ يُنْكِرْ عَلَيْهِ أَحَدٌ فَيَكُونُ إجْمَاعًا مِنْهُمْ عَلَى ذَلِكَ. وَقَالَ الدُّسُوقِيُّ وَغَيْرُهُ: كَانَ عَلَيْهِ عَمَلُ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ. وَقَالَ ابْنُ عَابِدِينَ: عَلَيْهِ عَمَلُ النَّاسِ شَرْقًا وَغَرْبًا. وَقَالَ عَلِيٌّ السَّنْهُورِيُّ: هُوَ الَّذِي عَلَيْهِ عَمَلُ النَّاسِ وَاسْتَمَرَّ إلَى زَمَانِنَا فِي سَائِرِ الْأَمْصَارِ وَقَالَ الْحَنَابِلَةُ: وَهَذَا فِي مَظِنَّةِ الشُّهْرَةِ بِحَضْرَةِ الصَّحَابَةِ فَكَانَ إجْمَاعًا وَالنُّصُوصُ فِي ذَلِكَ كَثِيرَةٌ.

" Menurut pendapat majoriti ulama fiqh dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah, Hanabilah dan sebagian Malikiyyah bahawa solat terawih adalah 20 rakaat, kerana berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh imam Malik daripada Yazid bin Ruman dan Imam Baihaqi dari Sa’ib bin Yazid tentang berdirinya manusia pada zaman Umar bin Khattab sebanyak 20 rakaat. Umar mengumpulkan manusia atas bilangan rakaat ini secara berterusan.

Imam al-Kasani berkata, ‘Umar telah mengumpulkan para sahabat Rasulullah dan Ubay bin Ka’ab menjadi imam kepada mereka sebanyak 20 rakaat, dan tidak ada seorang pun yang mengingkarinya, maka hal itu menjadi ijma’ para sahabat.

Imam Dusuki dan lainnya berkata, Itulah yang dilakukan para sahabat dan tabi’in.

Imam Ibnu ‘Abidin berkata, Itulah yang dilakukan oleh manusia dari timur sampai ke barat.

Ali As-Sanhuri berkata, Itulah yang dilakukan oleh manusia dari seluruh pelusuk dan ia berkekalan hingga di zaman kita.

Para ulama mazhab Hanbali mengatakan, ini sangkaan kuat kemasyhurannya didalam para sahabat. makaia merupakan ijma’. Dan nas-nas yang menjelaskannya amat banyak."
2. Namun mereka yang mengerjakan solat sunat tarawih tidak cukup 20 rakaat tetap mendapat pahala solat sunat tarawih tetapi hanya sekadar bilangan rakaat yang dikerjakannya itu.

Hal ini dijelaskan dalam beberapa kitab muktabar dalam mazhab Syafie, antaranya :

(1) kitab Tuhfah Muhtaj 2/225 :

وَمِثْلُهُ مَنْ أَتَى بِبَعْضِ التَّرَاوِيحِ.

" Sepeti itu juga mereka yang melakukan sebahagian solat terawih".

(2) Kitab Nihayah Muhtaj 2/112.

وَمِثْلُهُ مَنْ أَتَى بِبَعْضِ التَّرَاوِيحِ.

" Sepeti itu juga mereka yang melakukan sebahagian solat terawih".

Berkata imam Syarwani dalam kitab hasyiahnya atas Tuhfah Muhtaj 2/225 :

(قَوْلُهُ: وَكَذَا مَنْ أَتَى بِبَعْضِ التَّرَاوِيحِ) أَيْ كَالِاقْتِصَارِ عَلَى الثَّمَانِيَةِ فَيُثَابُ عَلَيْهِمْ ثَوَابَ كَوْنِهَا مِنْ التَّرَاوِيحِ، وَإِنْ قَصَدَ ابْتِدَاءً الِاقْتِصَارَ عَلَيْهَا كَمَا هُوَ الْمُعْتَادُ فِي بَعْضِ الْأَقْطَارِ.

" ( Perkataannya : seperti ini juga mereka yang melakukan sebahagian solat terawih) yakni hanya melakukan lapan rakaat, maka diberikan pahala kepada mereka itu akan pahala keadaannya itu sebahagian dari solat terawih, sekalipun dia telah qasad pada awal-awal lagi untuk meringkaskan atas lapan rakaat seperti yang telah menjadi kebiasaan pada sesetengah negeri."
KESIMPULAN
Yang betulnya ialah ganjaran pahala sunat tarawih tetap dapat mengikut kadar bilangan rakaat yang dikerjakannya itu walaupun tidak cukup 20 rakaat.
والله أعلم بالصواب

Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Haji Hussin

Mudir Pusat Pengajian Islam Bukit Kijang Air Jernih Kemasik Kemaman Terengganu

18/03/2024

Mata dan mulut jadi laluan utama ke hati kita

Jangan jadikan laluan itu laluan sampah di bulan Ramadhan mulia ini

17/04/2023

Pertandingan Nasyid Ramadhan 1444H

Perserta : Annisa Fathia bt Ahmad Faisal
Tahun : 2R

17/04/2023

Pertandingan Nasyid Ramadhan 1444H

Perserta : M. Khaleef Naqib
Tahun : 4B

17/04/2023

Pertandingan Nasyid Ramadhan 1444H

Perserta : Syafiq Muzammil
Tahun : 6K

Address

Jalan Sekolah Batu 48
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Musolla Al Khauthar SKBEL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category