Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan Paka

Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan Paka Pusat tahfiz Al-Quran di Paka.Diasaskan oleh Adun Paka Yb Ustaz Saiful Bahri bin Mamat.

25/05/2026
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kedua ibu bapa serta ...
21/05/2026

Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kedua ibu bapa serta seluruh ahli keluarga Muhammad Arfan Danish bin Ahmad Zulhafiz atas kejayaan anakanda menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran pada 21 Mei 2026.

Kejayaan yang membanggakan ini pastinya hasil daripada doa yang tidak pernah putus, pengorbanan yang besar serta didikan penuh kasih sayang daripada keluarga tercinta.

Sesungguhnya kejayaan seorang hafiz Al-Quran turut menjadi kemuliaan buat ibu bapa di dunia dan akhirat.
Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan, rahmat dan ganjaran yang berterusan kepada seluruh keluarga, serta menjadikan anakanda istiqamah dalam menjaga, mengulang dan mengamalkan Al-Quran sepanjang hayat.

“Anak yang dekat dengan Al-Quran adalah hadiah paling indah buat ibu bapa.”

Ikhlas daripada
Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan Paka

🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹“Guru ibarat pelita yang menerangi jalan kehidupan.Mendidik dengan penuh sabar, membimbing tanpa je...
17/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹

“Guru ibarat pelita yang menerangi jalan kehidupan.
Mendidik dengan penuh sabar, membimbing tanpa jemu, serta mencurahkan ilmu demi melahirkan insan berakhlak dan berjaya.”
Terima kasih kepada seluruh guru atas segala pengorbanan, tunjuk ajar dan doa yang tidak pernah putus.
Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mendapat ganjaran mulia di sisi Allah SWT. 🤲🏻

✨ Ayat Motivasi:
“Ilmu tanpa guru akan hilang arah, dan guru tanpa murid hilanglah warisan dakwah. Teruslah menjadi pendidik yang membina jiwa, kerana hebatnya seorang insan bermula daripada sentuhan seorang guru.”

📚 Selamat Hari Guru
“Guru Pemacu Generasi Rabbani” 🌟

Penambahbaikan Demi Keselesaan Pelajar ✨Alhamdulillah, pihak maahad terus komited dalam menjaga kebajikan pelajar 🤲✅ 3 u...
05/05/2026

Penambahbaikan Demi Keselesaan Pelajar ✨

Alhamdulillah, pihak maahad terus komited dalam menjaga kebajikan pelajar 🤲

✅ 3 unit tempat tong sampah ditambah baik bagi mengelakkan gangguan binatang
✅ 2 set paip air dinaik taraf dengan kemasan simen 💧

Semoga usaha ini memberi keselesaan dan manfaat kepada semua pelajar dan warga maahad.

✨ Hebahan Aktiviti Pelajar Maahad ✨ Alhamdulillah, para pelajar telah berkesempatan menghadiri kuliah bersama Ustaz Azha...
28/04/2026

✨ Hebahan Aktiviti Pelajar Maahad ✨

Alhamdulillah, para pelajar telah berkesempatan menghadiri kuliah bersama Ustaz Azhar Idrus, seorang pendakwah yang terkenal di Terengganu.

Lebih membanggakan, seramai 5 orang pelajar turut diberi amanah berkhidmat sebagai Unit Amal, membantu mengawal lalu lintas demi kelancaran program 🚦

Semoga segala pengalaman ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, adab dan semangat berkhidmat dalam diri para pelajar 🤲

“Ilmu dipelajari, khidmat ditaburi, keberkatan dicari.” 🌿✨

2 orang wakil Maahad telah mengadakan ziarah keluarga arwah Amran Bin Mohamad, bapa kepada seorang bekas pelajar Maahad....
28/04/2026

2 orang wakil Maahad telah mengadakan ziarah keluarga arwah Amran Bin Mohamad, bapa kepada seorang bekas pelajar Maahad. Semoga ditempatkan beliau bersama dengan Para Syuhada dan Orang Soleh...Aaminnn

✨ Alhamdulillah ✨🌙 Ramadan kali ini menyaksikan seramai 9 orang pelajar Maahad Tahfiz telah berkhidmat sebagai imam sola...
27/04/2026

✨ Alhamdulillah ✨

🌙 Ramadan kali ini menyaksikan seramai 9 orang pelajar Maahad Tahfiz telah berkhidmat sebagai imam solat tarawih 🤲🏻

📌 Antara lokasi khidmat:
🕌 Surau Kg Tengah, Kuala Terengganu (khatam 30 juzu’)
🕌 Surau Ibadurrahman, Kg Gong Beting, Paka
🕌 Surau Mustafa Panchor, Kg Nyior
🏡 Rumah Tuan Haji Sharif
🏫 Premis Maahad Tahfiz

💫 Semoga segala khidmat ini menjadi asbab keberkatan
📈 serta mampu mengangkat martabat institusi maahad tahfiz di mata masyarakat
🤍 Teruskan menyokong & mendoakan generasi huffaz 🤍
🌟 Semoga mereka terus istiqamah dalam memimpin ummah 🌟

(1 pelajar lagi telah menyambung pengajian di Madrasatul Quran Kubang Bujuk)

(JELAJAH SIRI 1)Lawatan rasmi daripada wakil Maahad Tahfiz Darul Bayan ke Maahad Tahfiz Al-Itqan telah diadakan dengan j...
21/04/2026

(JELAJAH SIRI 1)

Lawatan rasmi daripada wakil Maahad Tahfiz Darul Bayan ke Maahad Tahfiz Al-Itqan telah diadakan dengan jayanya. Seramai tiga orang staf hadir sebagai wakil dan telah mengadakan pertemuan bersama mudir, Ustaz Nordin (Imam Masjid Labohan, Kerteh) bersama juga Ustaz Mad (Staff Maahad Tahfiz Al-Itqan).

Perbincangan tertumpu kepada halatuju institusi maahad, aspek pengurusan serta usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan tahfiz secara berterusan.

Rombongan pelajar dan guru Maahad Tahfiz berkesempatan menghadiri Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan...
19/04/2026

Rombongan pelajar dan guru Maahad Tahfiz berkesempatan menghadiri Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H / 2026M yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu Darul Iman.

Semoga kehadiran ini memberi inspirasi, menambah semangat cintakan Al-Quran serta melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada ummah.

Setakat ni free lg :Sahur 12 hariMoreh 15 hari
28/02/2026

Setakat ni free lg :

Sahur 12 hari
Moreh 15 hari

Address

Lot 3193 Tanjung Kambing Kg Pinang Merah Paka
Dungun
23100

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

+60139791408

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan Paka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category