28/01/2024
KURSUS POSTNATAL & ASAS PENJAGAAN BAYI
Kursus Postnatal & Asas Penjagaan Bayi yang telah dianjurkan Oleh Swepp Academy sejak 2021 sehingga Kini dapat membantu ramai bakal ibu-ibu yang bekerjaya memerlukan perkhidmatan penjagaan rapi setelah melahirkan Bayi mereka. Atas kesedaran ini dan keperluan yang semakin meningkat, Swepp Academy mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus Postnatal & Asas penjagaan Bayi ini sejak Tahun 2021 dibawah program Penjanaan pendapatan kepada wanita-Wanita B40. 80% daripada peserta Wanita yang telah dilatih semasa pandemik kini menjalankan perkhidmatan / Perniagaan sebagai "Postnatal Therapist /Care Taker"yang mempunyai tempahan perkhidmatan yang tinggi serta yuran perkhidmatan yang baik diberikan kepada 'Therapist dan Care Taker' Oleh Pelanggan. "Therapist/Care Taker ini telah di latih Oleh Pusat Latihan Kami yang juga ditajah Oleh HRDCorp.
MODUL LATIHAN:
1) Tatacara standard konsep Postnatal dan Penjagaan
2) Menu Pemakanan Dalam Pantang
3) Teknik Penyusuan Bayi
4) Teknik dan asas Urutan Ibu
5) Teknik dan Asas Urutan Bayi
6) Teknik Urutan Payudara bagi mengalakan penghasilan air Susu Ibu
7) Pengenalan Pembuatan Tungku Herba Ibu & Bayi
HASIL PEMBELAJARAN:
Therapist / CareTaker dapat membantu ibu-ibu yang Baru lepas bersalin pulih dengan lebih cepat dan mengsimbangakan emosi IBU dan berehat dengan lebih cukup . Pembelajaran diberikan secara Teori dan Amalia agar Therapist / Care Taker mendapat pengatahuan dan kemahiran kursus yang lebih komprehnsif dan mampu melaksanakan tugasan sebagai Postnatal Therapist /Care Taker. Peserta juga mempunyai pengatahuan menghasilkan Herba Tungku untuk Pelanggan.
Gambar- Gambar peserta di dalam kursus PostNatal & Asas Penjagaan Bayi.