30/07/2026
Rasa Syukur yang Tidak Terhingga. π
Hari ini merupakan satu lagi langkah bermakna dalam perjalanan AZGUEL DESIGN RESOURCES apabila menerima Sijil Penarafan Perusahaan Sosial (Perusahaan Sosial Asas) daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Pengiktirafan ini bukan sekadar sebuah sijil, tetapi amanah untuk kami terus memberi impak kepada masyarakat melalui pembangunan usahawan, komuniti jahitan, inovasi dan peluang ekonomi yang lebih mampan.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa percaya, menyokong dan mendoakan perjalanan kami.
Setiap cabaran yang dilalui menjadi pengajaran, dan setiap kejayaan adalah hasil usaha bersama.
Semoga langkah ini menjadi permulaan kepada lebih banyak manfaat untuk komuniti, serta membuka lebih banyak peluang untuk memperkasa perusahaan sosial di Sabah dan Malaysia.
Segala puji dan syukur hanya kepada Tuhan. Semoga kami terus diberi hikmat, kekuatan dan kerendahan hati untuk berkhidmat kepada masyarakat. β€οΈ