NASR - Nusantara Academy for Strategic Research

NASR - Nusantara Academy for Strategic Research 📊📉
https://linktr.ee/info.mynasr.com

Selatan Thailand Kembali Bergolak, Cabaran Keselamatan Melangkaui Sempadanhttps://www.astroawani.com/berita-dunia/thaila...
26/08/2026

Selatan Thailand Kembali Bergolak, Cabaran Keselamatan Melangkaui Sempadan

https://www.astroawani.com/berita-dunia/thailand-tingkatkan-kawalan-keselamatan-susulan-serangan-arson-di-selatan

Thailand meningkatkan kawalan keselamatan selepas siri serangan pembakaran dan letupan berlaku di empat wilayah selatan, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla. Sekurang-kurangnya 78 insiden dilaporkan, melibatkan bangunan kerajaan, kedai, kenderaan serta landasan kereta api, manakala beberapa orang turut cedera. Serangan ini berlaku ketika Bangkok sedang menilai pendekatan baharu untuk menghidupkan semula proses damai dengan kump**an pemberontak di Selatan Thailand, selepas konflik yang berlarutan sejak 2004 meragut ribuan nyawa.

Perkembangan ini turut sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kerana kawasan terjejas berdekatan dengan sempadan Malaysia. Selain menjejaskan keselamatan dan aktiviti ekonomi penduduk setempat, ketegangan berterusan boleh memberi kesan kepada pergerakan rentas sempadan. Peningkatan kawalan keselamatan penting untuk mengelakkan serangan berulang, namun kestabilan jangka panjang hanya dapat dicapai jika inisiatif yang dilaksanakan termasuk menangani punca konflik.

Thailand memperketat operasi keselamatan di Narathiwat, Pattani dan Yala selepas lebih 50 insiden pembakaran hujung minggu, sambil memburu suspek serta melindungi penduduk dan premis.

Kewibawaan kepimpinan Rasulullah s.a.w yang berkaitan keadilan dan sifat amanah yang tinggi, kebijaksanaan membuat keput...
26/08/2026

Kewibawaan kepimpinan Rasulullah s.a.w yang berkaitan keadilan dan sifat amanah yang tinggi, kebijaksanaan membuat keputusan, termasuk akhlak dalam mengurus perbezaan. Qudwah hasanah Baginda adalah contoh teragung dalam membentuk kepimpinan yang bakal meninggalkan legasi nilai dalam membina masyarakat dan negara.

https://m.malaysiakini.com/news/782464Laporan semalam ini secara ringkas menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap pening...
20/08/2026

https://m.malaysiakini.com/news/782464

Laporan semalam ini secara ringkas menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan kehadiran ketenteraan Amerika Syarikat di Filipina dan implikasinya terhadap keselamatan Sabah serta geopolitik serantau.

Menurut laporan itu, kerajaan Malaysia akan memperkukuh infrastruktur pertahanan di Sabah susulan ketidaktentuan geopolitik yang semakin meningkat di rantau ini, rentetan pengembangan ketenteraan AS di Filipina, khususnya di Pulau Balabac, Palawan.

Kedudukan Pulau Balabac dekat dengan perairan Malaysia dan Pulau Banggi, Sabah. Jadi, peningkatan kehadiran tentera AS di kawasan tersebut mempunyai implikasi langsung terhadap keselamatan geopolitik Malaysia Timur.

Ada tiga sudututama yang kita boleh bincang dari laporan ini.
1. Sabah yang berada di kedudukan strategik berdekatan Laut Sulu, Laut China Selatan, Filipina dan laluan maritim penting. Maka perkembangan keselamatan di Filipina Selatan perlu diteliti akan kesannya kepada Malaysia.

2. Kehadiran ketenteraan AS yang semakin berkembang di Filipina p**a dilihat menambah persaingan strategik AS-China di Indo-Pasifik. Filipina adalah sekutu dalam bentuk beberapa perjanjian dengan AS. Maka isu ini turut dilihat dalam konteks keseimbangan strategik Asia Tenggara yang sebahagian besar ingin mengekalkan prinsip berkecuali.

3. Langkah strategik Malaysia p**a memastikan keupayaan pertahanan dan keselamatan sendiri cukup kukuh untuk menghadapi perubahan persekitaran. Ini agar Malaysia tidak perlu terheret ke dalam sebarang persaingan kuasa besar AS-China

Anwar also indicates defence budget has to be increased.

Hamas Mahu Teruskan Pelan Damai, Israel Enggan Berundur Oleh : Putri Noradyani MH (Pengurus Media, Nusantara Academy for...
10/08/2026

Hamas Mahu Teruskan Pelan Damai, Israel Enggan Berundur
Oleh : Putri Noradyani MH
(Pengurus Media, Nusantara Academy for Strategic Research)

Dalam perkembangan terbaru di Gaza, Hamas pada 10 Ogos menegaskan komitmennya untuk melaksanakan fasa kedua pelan Gaza yang dipersetujui bersama pihak pengantara dan Lembaga Keamanan, termasuk pelan tindakan 15 perkara yang menetapkan langkah menuju penyelesaian konflik. Hamas menyatakan kesediaan untuk terlibat secara bertanggungjawab serta menetapkan jadual pelaksanaan yang jelas bagi memastikan semua pihak memenuhi tuntutan masing-masing.

Antara tuntutan utama Hamas ialah pelaksanaan gencatan senjata menyeluruh, penghentian serangan Israel, pengunduran tentera Israel, pembukaan semula lintasan sempadan, kemasukan bantuan kemanusiaan dan bahan perlindungan serta permulaan pembinaan semula Gaza. Pelan tersebut juga membuka jalan kepada Jawatankuasa Nasional bagi Pentadbiran Gaza untuk mengambil alih urusan pentadbiran awam, sementara proses pelucutan dan penyimpanan senjata berat serta pemindahan tanggungjawab keselamatan dilaksanakan secara berperingkat. Hamas turut menggesa pihak pengantara dan penjamin memastikan tiada pihak melanggar persetujuan tersebut.

Ini bukan kali pertama Hamas terlibat dalam rundingan yang bertujuan menghentikan peperangan dan membuka ruang kepada pemulihan Gaza. Pada Januari 2025, Hamas menerima draf perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tebusan-tahanan yang kemudian membawa kepada pelaksanaan fasa awal gencatan senjata. Dalam beberapa rundingan lain, Hamas konsisten menuntut gencatan senjata kekal, pengunduran tentera Israel, kep**angan penduduk yang dipindahkan, peningkatan bantuan kemanusiaan serta pembinaan semula Gaza. Pada Oktober 2025, Hamas dan Israel turut menerima fasa pertama pelan damai AS yang merangkumi penghentian pertempuran dan pembebasan tebusan, manakala rancangan pasca perang menyediakan kerangka pentadbiran dan pembinaan semula wilayah tersebut.

Berbeza dengan Israel, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada 9 Ogos menolak dokumen 15 perkara Lembaga Keamanan dan menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan berundur sehingga Hamas dilucutkan sepenuhnya daripada semua jenis senjata. Di sini pertikaian sama ada pelucutan senjata Hamas atau pengunduran Israel terlebih dahulu, inilah yang menjadi jalan buntu proses damai. Pada masa sama, serangan Israel yang berterusan ketika gencatan senjata serta penguasaan tenteranya terhadap sebahagian besar Gaza telah menimbulkan kritikan daripada pelbagai negara pengantara. Serangan berterusan ke atas penduduk Palestin yang dikatakan tidak mematuhi sebarang gencatan senjata yang dipersetujui.

Walaupun Israel mempertahankan tindakannya atas alasan Hamas masih mengancam keselamatan mereka, realiti di Gaza menunjukkan sebaliknya. Israel terus dikutuk kerana serangan mereka bukan bersifat mempertahankan diri tetapi serangan ke atas orang awam. Reuters melaporkan bahawa lebih 1,200 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terbunuh akibat serangan Israel sejak gencatan senjata bermula pada Oktober 2025. Laporan AP pada awal Ogos meletakkan angka itu sekitar 1,250 orang berdasarkan Kementerian Kesihatan Gaza.

Pada hujung minggu awal Ogos sahaja, lebih dua puluh orang rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, manakala serangan sebelum itu turut mengenai kawasan berhampiran khemah penduduk yang dipindahkan dan sebuah majlis pengebumian. Israel memberi alasan serangan itu ditujukan kepada anggota atau infrastruktur Hamas, tetapi angka korban serta bentuk serangan ke atas penempatan awam menunjukkan Israel yang berterusan menggugat usaha keamanan di Gaza.

Rundingan Buntu, Ekonomi Dunia TertekanOleh Putri Noradyani MH (Pengurus Penyelidikan)Perkembangan terbaharu krisis AS d...
05/08/2026

Rundingan Buntu, Ekonomi Dunia Tertekan
Oleh Putri Noradyani MH (Pengurus Penyelidikan)

Perkembangan terbaharu krisis AS dan Iran menunjukkan jalan mencapai perdamaian masih jauh. Walaupun terdapat usaha rundingan yang dapat meredakan ketegangan, Iran baru-baru ini menafikan dakwaan wujudnya rundingan terkini dengan Trump, malah memberi amaran bahawa sebarang tekanan ketenteraan hanya akan memburukkan keadaan.

Kebuntuan rundingan memberi kesan langsung kepada pasaran tenaga global. Baru-baru ini harga minyak menunjukkan sedikit penurunan selepas timbul spekulasi mengenai kemungkinan rundingan. Namun penganalisis berpandangan keadaan itu hanya bersifat sementara. Selagi tiada penyelesaian yang meyakinkan, pasaran akan terus dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik. Peniaga dan pelabur harus kekal berhati-hati kerana sebarang kenyataan atau tindakan daripada Washington atau Tehran mampu mengubah sentimen pasaran dalam tempoh yang singkat.

Selat Hormuz, laluan strategik yang mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia, masih menjadi faktor kemelut yang berlaku. Sebarang gangguan di laluan ini begitu pantas memberi kesan kepada eksport minyak negara Teluk, dari segi meningkatkan kos penghantaran, insurans dan logistik global. Penganalisis turut memberi amaran bahawa jika gangguan berlarutan, beberapa ekonomi utama, termasuk United Kingdom, berisiko berdepan kelembapan ekonomi atau kemelesetan akibat peningkatan kos tenaga dan tekanan inflasi.

Kita sedia sedar kesan konflik ini sebenarnya jauh melangkaui Asia Barat. Harga minyak yang meningkat memberi tekanan kepada kos pengeluaran, pengangkutan dan makanan di banyak negara. Gangguan rantaian bekalan p**a menyebabkan perniagaan berdepan kos operasi yang lebih tinggi, sekali gus menjejaskan kuasa beli pengguna. Ditambah p**a ekonomi dunia masih berusaha pulih daripada pelbagai krisis terdahulu termasuk krisis besar Covid-19, sebarang konflik geopolitik begitu cepat merencatkan pertumbuhan ekonomi global dan meningkatkan ketidaktentuan pasaran kewangan.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada tempias kenaikan harga minyak dan kos logistik. Walaupun bekalan tenaga domestik masih berada pada tahap terkawal, tekanan terhadap inflasi, subsidi kerajaan serta harga barangan import memerlukan perancangan ekonomi yang lebih berdaya tahan. Dalam masa yang sama, negara perlu terus mempelbagaikan sumber tenaga di sampingmemperkukuh rantaian bekalan yang lebih lestari.

Apapun, rundingan yang berterusan, kepatuhan terhadap undang-undang antarabangsa dan inisiatif diplomasi yang konstruktif merupakan jalan terbaik untuk mengelakkan konflik daripada terus berlarutan.

Serangan Dron Ukraine terhadap Iran: Tersilap Sasaran atau Percaturan Lebih Besar?Oleh : Auzaie SM (Penyelidik Geopoliti...
04/08/2026

Serangan Dron Ukraine terhadap Iran: Tersilap Sasaran atau Percaturan Lebih Besar?
Oleh : Auzaie SM (Penyelidik Geopolitik)

Serangan dron Ukraine di Laut Caspian telah megena sebuah kapal komersial Iran sehingga mengorbankan seorang kru kapal. Menurut Ukraine, sasaran asal ialah kapal Rusia. Serangan terhadap kapal Iran itu tidak disengajakan. Selepas permohonan maaf tersebut, Tehran dilaporkan membatalkan rancangan menyerang tiga lokasi di Ukraine.

Namun dari sudut geopolitik, tindakan Ukraine ini boleh dibaca melalui tiga implikasi yang mereka mahukan.

Pertama, Kyiv mahu Amerika Syarikat terlibat secara lebih langsung dalam perang, bukan sekadar membekalkan senjata. Kedua, Ukraine sedang memperluas strategi serangannya sejak pencerobohan Rusia pada 2022, termasuk menyasarkan laluan dan rangkaian yang membantu Moscow. Ketiga, Zelensky mungkin mahu meningkatkan tekanan agar NATO menyediakan perlindungan udara yang lebih besar, seakan-akan konsep zon larangan terbang kes di Libya pada tahun 2011 dahulu.

Strategi Zelensky mungkin untuk memperluaskan konflik Ukraine-Rusia dengan konflik Asia Barat di antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat. Apabila perang menjadi lebih luas, lebih banyak negara mungkin terdorong untuk berpihak kepada Ukraine.

Situasi sebegini turut menguntungkan Israel dan Netanyahu kerana perhatian Eropah kembali tertumpu kepada Iran daripada genosid di Gaza. Namun kali ini, Kyiv segera “menarik brek tangan”. Kemungkinan Washington tidak merestui tindakan ini kerana Trump mahu mengelakkan perang lebih besar dan kesan ekonomi yang akan menjejaskan parti Republikan menjelang pilihan raya pertengahan penggal November nanti.

https://www.aa.com.tr/en/middle-east/iran-canceled-plans-to-strike-3-sites-in-ukraine-after-kyiv-apology-top-iranian-military-adviser/401756

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji tidak menyimpulkan bahawa mana-mana pemimpin daripada Bar...
30/07/2026

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji tidak menyimpulkan bahawa mana-mana pemimpin daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) telah melakukan kesalahan jenayah. RCI berperanan sebagai badan pencari fakta, bukannya mahkamah yang mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman. Sehubungan itu, Kabinet telah memutuskan supaya siasatan lanjut diteruskan dan tindakan undang-undang hanya akan diambil sekiranya terdapat bukti kukuh berlakunya pelanggaran undang-undang.

Dari sudut tanggungjawab politik dan pentadbiran, laporan RCI menunjukkan bahawa krisis kewangan Tabung Haji berpunca daripada keputusan yang dibuat ketika pentadbiran BN antara tahun 2014 hingga 2018. Antara penemuan utama ialah pembayaran hibah yang tidak selari dengan kedudukan kewangan sebenar, penggunaan kaedah penilaian aset yang dipersoalkan, serta perubahan dasar perakaunan yang menyebabkan prestasi kewangan Tabung Haji dilihat lebih baik daripada keadaan sebenar.

Laporan turut mengaitkan beberapa pemimpin BN dengan aspek tadbir urus. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, memikul tanggungjawab politik kerana mempunyai kuasa meluluskan hibah dan pelaburan, namun RCI tidak menyatakan beliau sengaja mengelirukan atau melakukan penipuan. Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim p**a dikritik kerana gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap beberapa teguran Bank Negara Malaysia berkaitan pengurusan kewangan Tabung Haji. Walau bagaimanapun, laporan tidak mensabitkan beliau dengan kesalahan jenayah.

Bagi pentadbiran PH, RCI mendapati kerajaan ketika itu mewarisi krisis yang telah berlaku dan melaksanakan pelan pemulihan melalui Urusharta Jamaah bagi menstabilkan kedudukan kewangan Tabung Haji. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dari sudut tadbir urus, termasuk keputusan pentadbiran yang tidak selari sepenuhnya dengan peruntukan undang-undang, laporan tidak menemukan bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa melakukan penyelewengan atau kesalahan jenayah. Bagi PN p**a, RCI tidak mengaitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atau pemimpin lain dengan penyelewengan kewangan, sebaliknya hanya menegur beberapa keputusan pentadbiran yang menjejaskan kesinambungan proses reformasi Tabung Haji.

Secara keseluruhannya, RCI meletakkan tanggungjawab terbesar terhadap pengurusan tertinggi Tabung Haji, Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan, pengurusan anak syarikat serta Jabatan Audit Negara atas kelemahan tadbir urus yang berlaku. Dari sudut politik, tanggungjawab paling besar dikaitkan dengan kepimpinan BN sepanjang tempoh 2014 hingga 2018, manakala PH dilihat melaksanakan usaha pemulihan walaupun tidak terlepas daripada kekangan pentadbiran. PN p**a dikritik dari aspek kesinambungan reformasi. Namun begitu, laporan ini tidak menyimpulkan bahawa Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Mahathir Mohamad, Mujahid Yusof Rawa, Muhyiddin Yassin atau Anwar Ibrahim secara peribadi bersalah melakukan jenayah.

Walau bagaimanapun, kerajaan semasa tidak terlepas daripada kebertanggungjawaban untuk memastikan tadbir urus Tabung Haji dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berakauntabiliti tinggi. Sebagai institusi kewangan utama yang melibatkan simpanan serta pelaburan sebahagian besar rakyat, sebarang kelemahan akan memberi implikasi besar terhadap kepercayaan awam. Oleh itu, kerajaan perlu komited melaksanakan reformasi institusi secara berterusan, sistematik dan berasaskan prinsip tadbir urus baik demi menjamin kelestarian jangka panjang.

Rundingan Selat Hormuz di bawah tekanan, janji US untuk mengangkat sekatan semakin tidak pastiOleh: Auzaie SMKita pada a...
20/07/2026

Rundingan Selat Hormuz di bawah tekanan, janji US untuk mengangkat sekatan semakin tidak pasti
Oleh: Auzaie SM

Kita pada awalnya mengharapkan laluan dagang komersial di Selat Hormuz akan kembali stabil selepas konflik antara Amerika Syarikat dan Iran reda pada 17 Jun lalu melalui termeterainya memorandum persefahaman (MOU). Namun, persoalan utama kini ialah: adakah sekatan US benar-benar akan diangkat pada 19 Julai nanti?

Menurut butiran MOU tersebut, khususnya perkara berkaitan keselamatan laluan perkapalan, Iran bertanggungjawab memastikan kapal-kapal komersial dapat melalui Selat Hormuz dengan selamat. Perjanjian itu juga memberikan tempoh 60 hari kepada kedua-dua pihak untuk merangka mekanisme yang lebih jelas mengenai pengurusan laluan strategik ini. Secara teori, ini sepatutnya membuka ruang kepada pemulihan perdagangan maritim dan mengurangkan ketegangan di Teluk Parsi.

Namun, perkembangan terkini menunjukkan keadaan semakin memburuk. Sejak perjanjian ditandatangani, kira-kira 500 kapal komersial dilaporkan berjaya melepasi laluan Selat Hormuz. Tetapi angka itu kemudian menurun dengan ketara, dengan firma pemantauan Kepler merekodkan hanya sekitar 100 kapal sekarang ini menandakan keyakinan terhadap keselamatan laluan ini semakin merosot. Pada awal Julai, beberapa laporan turut menyebut bahawa Iran menyerang kapal-kapal yang cuba melalui laluan perairan Oman yang dikawal selia oleh pihak Amerika Syarikat, sekali gus menambah ketegangan baharu.

Dalam masa yang sama, Iran menegaskan bahawa Selat Hormuz masih berada di bawah seliaan mereka. Pendekatan ini menunjukkan bahawa Tehran tidak bersedia melepaskan kawalan strategik terhadap laluan tersebut walaupun selepas MOU dimeterai. Amerika Syarikat p**a menggunakan perkembangan ini sebagai alasan untuk melaksanakan serangan ketenteraan dan memperkenalkan sekatan baharu. Situasi ini memberi gambaran bahawa janji untuk mengangkat sekatan pada 19 Julai mungkin tidak dapat direalisasikan seperti yang diharapkan.

Malah, Presiden Donald Trump juga dilaporkan memberi isyarat bahawa perjanjian tersebut tidak lagi terpakai sepenuhnya. Dalam pada itu, Iran tetap mahu kapal-kapal komersial dan pihak Amerika mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Tehran. Keadaan ini menjadikan rundingan lebih rumit dan berisiko berlarutan jika tiada saluran diplomasi yang lebih berkesan.

Buat masa ini, prospek penyelesaian tampak bergantung kepada usaha pihak ketiga. Negara mediator seperti Pakistan mungkin mampu memainkan peranan meredakan ketegangan dan mengelakkan krisis ini daripada berpanjangan.

Sumber:
https://www.sarawaktribune.com/iran-says-strait-of-hormuz-will-remain-closed-until-us-accepts-its-terms/
https://www.cnbc.com/2026/06/17/iran-mou-deal-strait-hormuz-oman-toll.html
https://www.cnbc.com/2026/07/07/iran-strait-hormuz-oil-tanker-lng.html

BN menang besar dengan 48 daripada 56 kerusi DUN Johor, manakala PH memperoleh 8 kerusi, turun daripada 12 kerusi sebelu...
13/07/2026

BN menang besar dengan 48 daripada 56 kerusi DUN Johor, manakala PH memperoleh 8 kerusi, turun daripada 12 kerusi sebelumnya. Keputusan ini disifatkan sebagai kekalahan besar PH kepada rakan federalnya sendiri, BN, dan mungkin menambah tekanan terhadap hubungan PH-BN di peringkat Persekutuan

Artikel Sinar Harian bertajuk “Orang Johor berfikir cara Johor” pada 12 Julai 2026 menyatakan bahawa punca BN menang adalah PH tidak menggunakan strategi yang tepat. PH dilihat menganggap pertandingan di Johor seperti satu lagi PRU, bukan PRN yang memerlukan pendekatan lebih setempat, serta lebih banyak bergantung kepada rekod Kerajaan Madani.

PH Johor ada melancarkan manifesto yang bersifat setempat iaitu “Johor Untuk Semua” dengan 10 tawaran dan lima inisiatif, termasuk Skim Kesihatan Johor, sasaran membina 80,000 rumah mampu milik, Dana Anak Muda Johor RM500 juta, TVET Premium Johor, latihan AI/robotik/digital, bantuan rumah pertama RM8,000, dan akses internet berkelajuan tinggi di sekolah Johor.

Namun berkemungkinan isu tersebut tidak mampu menjadi naratif yang meyakinkan pengundi. Berkemungkinan mesej kempen di lapangan masih dibaca oleh pengundi sebagai terlalu nasional, terlalu “Madani-centric”, atau terlalu bergantung pada pemimpin Persekutuan, lalu akhirnya dilihat kurang membumi.

Anthony Loke berpandangan, kemenangan besar BN turut dipengaruhi oleh peralihan sokongan PN kepada BN. Menurut beliau, dalam PRN lalu PH menang dalam beberapa kawasan kerana pertandingan tiga penjuru. Namun pertandingan 3 penjuru kali ini memperlihatkan “vote transfer” tidak berlaku kepada PH, sebaliknya memihak kepada BN.

Selain dikatakan mempunyai kelebihan dari segi jentera yang kukuh, kemenangan BN banyak dipacu faktor kepimpinan Onn Hafiz yang berjaya membina keyakinan pengundi sepanjang tempoh pentadbiran negeri. PH p**a lebih berpotensi mencabar di kawasan bandar dan separa bandar melalui naratif pembaharuan, tetapi tidak berjaya menjadikan isu lokal yang dibawa sebagai tawaran politik yang dipercayai.

Rujukan:

https://www.reuters.com/world/asia-pacific/malaysia-pms-coalition-routed-by-key-partner-johor-state-poll-testing-federal-2026-07-12/

https://www.sinarharian.com.my/article/787284/suara-sinar/awang-paku-serpih/orang-johor-berfikir-cara-johor

sinarharian.com.my/article/786221/berita/politik/prn-johor-ph-lancar-manifesto-dengan-10-tawaran-johor-untuk-semua

https://www.sinarharian.com.my/article/787480/berita/politik/video-prn-johor-bn-menang-kerana-sokongan-pengundi-pn---anthony-loke
https://pru.sinarharian.com.my/info-berita/22146/naratif-calon-tua-bukan-penentu-kemenangan-pilihan-raya

07/07/2026

Penganalisis politik menggambarkan keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri DUN Johor setahun lebih awal adalah tindakan berani yang diambil oleh...

Address

B-1-05 Savanna Lifestyle Retails, Bandar Baru Lembah Selatan
Dengkil
43800

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+60386903782

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NASR - Nusantara Academy for Strategic Research posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to NASR - Nusantara Academy for Strategic Research:

Shortcuts

Share