Sekolah Kebangsaan Tebaang Daro

Sekolah Kebangsaan Tebaang Daro Berita dan peristiwa semasa berlaku di SK Kampung Tebaang Daro

24/03/2026

Anak murid riang berlari,
Pakai baju warna-warni;
Hari Raya eratkan ukhuwah diri,
Maaf dipohon seikhlas hati.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari seluruh warga SK Kg. Tebaang ✨



21/03/2026

Salam Lebaran, Salam 1 Syawal 1447H 🌙

Tenang desa di Kg Tebaang,
Indah suasana damai terasa;
Aidilfitri disambut penuh gemilang,
Maaf dipohon seikhlas rasa.

Alunan takbir mengiringi hadirnya Syawal yang dinanti. Semoga segala kebaikan yang disemai terus subur dalam kehidupan ✨

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan video takbir raya ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari seluruh warga SK Kg. Tebaang, Daro.



PENGHARGAAN SUMBANGAN AIR MINUMAN | ISNIN | 16 MAC 2026 ✨Pihak Sekolah Kebangsaan Kg Tebaang, Daro merakamkan setinggi-t...
17/03/2026

PENGHARGAAN SUMBANGAN AIR MINUMAN | ISNIN | 16 MAC 2026 ✨

Pihak Sekolah Kebangsaan Kg Tebaang, Daro merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Daro Fresh Mart atas sumbangan air minuman yang telah disampaikan pada 16 Mac 2026.

Sumbangan ini amat bermakna dan banyak membantu dalam melancarkan pelaksanaan program di sekolah. Semoga jalinan kerjasama serta keprihatinan ini akan terus berkekalan demi kemajuan pendidikan anak-anak di Kampung Tebaang.

Sekalung penghargaan dan terima kasih daripada seluruh warga SK Kg Tebaang, Daro.



MAJLIS IFTAR JAMAIE 1447H  | 16 MAC 2026 | ISNINMajlis Iftar Jamaie 1447H telah diadakan pada 16 Mac 2026 (Isnin) dengan...
17/03/2026

MAJLIS IFTAR JAMAIE 1447H | 16 MAC 2026 | ISNIN

Majlis Iftar Jamaie 1447H telah diadakan pada 16 Mac 2026 (Isnin) dengan suasana yang penuh kebersamaan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga pertemuan ini mengeratkan lagi ukhuwah serta menambah keberkatan di bulan Ramadan yang mulia.


MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM IHYA' RAMADAN 1447H  | 16 MAC 2026 | ISNINAlhamdulillah, Majlis Penangguhan Program Ihya’ Ram...
17/03/2026

MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM IHYA' RAMADAN 1447H | 16 MAC 2026 | ISNIN

Alhamdulillah, Majlis Penangguhan Program Ihya’ Ramadan 1447H telah berlangsung dengan lancar pada 16 Mac 2026 (Isnin).

Tahniah kepada semua murid atas penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Semoga segala pengisian yang dilaksanakan memberi manfaat dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri setiap murid.


PEMASANGAN SMARTBOARD BAHARU SKTD | 08 MAC 2026 | AHAD ✨ Penghargaan Khas buat YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi...
09/03/2026

PEMASANGAN SMARTBOARD BAHARU SKTD | 08 MAC 2026 | AHAD

✨ Penghargaan Khas buat YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi ✨

Alhamdulillah, selesai pemasangan kemudahan Smartboard baharu di SK Kg Tebaang pada 8 Mac 2026 (Ahad).

Inisiatif ini merupakan hasil sumbangan bermakna daripada YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB atas keprihatinan yang diberikan.

Dengan adanya kemudahan teknologi terkini ini, diharapkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah menjadi lebih interaktif, menyeronokkan, dan berkesan buat anak-anak murid kami. Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan di sekolah ini.


🏆 ANUGERAH PERATUS KEHADIRAN TERTINGGI 2026Januari - 2 Freesia (97.41%)Februari - 4 Asoka (96.99%)
08/03/2026

🏆 ANUGERAH PERATUS KEHADIRAN TERTINGGI 2026

Januari - 2 Freesia (97.41%)
Februari - 4 Asoka (96.99%)



MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPKK 2025 | 27 FEBRUARI 2026 | JUMAATMajlis Penyerahan Slip Keputusan UPKK 2025 telah d...
08/03/2026

MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPKK 2025 | 27 FEBRUARI 2026 | JUMAAT

Majlis Penyerahan Slip Keputusan UPKK 2025 telah diadakan bagi menyampaikan keputusan kepada murid.

Tahniah kepada Nur Aisyah Umairah binti Marjono atas pencapaian 7A, keputusan tertinggi SK Kg Tebaang. Semoga menjadi inspirasi kepada murid lain.

Kepada murid yang belum mencapai keputusan yang diharapkan, teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Kejayaan pasti datang dengan usaha.


MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN 1447H  | 26 FEBRUARI 2026 | KHAMISMajlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan 1447H telah di...
08/03/2026

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN 1447H | 26 FEBRUARI 2026 | KHAMIS

Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan 1447H telah diadakan pada 26 Februari 2026 (Khamis). Program ini bertujuan menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan warga sekolah melalui pelbagai aktiviti kerohanian dan amalan baik.

Semoga program ini dapat mendidik murid untuk menghayati keindahan Ramadan serta meningkatkan amalan ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.


MAHRAJAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH (MPISS) PERINGKAT SK KG TEBAANG | 12 FERBRUARI 2026 | KHAMISMahrajan Pendidika...
08/03/2026

MAHRAJAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH (MPISS) PERINGKAT SK KG TEBAANG | 12 FERBRUARI 2026 | KHAMIS

Mahrajan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah (MPISS) peringkat SK Kg Tebaang telah diadakan pada 12 Februari 2026 (Khamis). Program ini bertujuan mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang Pendidikan Islam serta sebagai pemilihan wakil sekolah ke peringkat daerah.

Antara acara yang dipertandingkan ialah:
📖 Tilawah Al-Quran
🧠 Hafazan
✍️ Khat

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian. Semoga murid yang terpilih dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

📸 Klik pautan di bawah untuk melihat lebih banyak gambar.
https://drive.google.com/drive/folders/1mOpdLGuCNMJSq5Nxe2EBEzi4EsHsUal0?usp=sharing


MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2026 | 6 FEBRUARI 2026 | JUMAAT | RUANG LEGAR MAKMAL KOMPUTERMajlis Penutup...
08/03/2026

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2026 | 6 FEBRUARI 2026 | JUMAAT | RUANG LEGAR MAKMAL KOMPUTER

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Februari 2026 (Jumaat) bertempat di Ruang Legar Makmal Komputer.

Program ini bertujuan membantu murid Tahun Satu menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan serta membina keyakinan diri dalam persekitaran pembelajaran baharu.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga murid-murid terus bersemangat menimba ilmu dan mencapai kejayaan.


18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H 🌙

Semoga kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan, dan ketenangan dalam hidup kita semua.
Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita memperoleh keberkatan yang berlipat ganda.

Ikhlas daripada, seluruh warga SKTD.

Address

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Daro
Daro
96200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 11:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Tebaang Daro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Tebaang Daro:

Shortcuts

Share

Category