Pejabat Pendidikan Daerah Daro

Pejabat Pendidikan Daerah Daro Pejabat Pendidikan Daerah Daro merupakan sebuah organisasi di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

๐Ÿ“ข HEBAHAN PSKPP DAERAH DARO 2026Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan P...
20/08/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PSKPP DAERAH DARO 2026

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Daerah Daro Tahun 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh:20 hingga 23 Ogos 2026
โฐ Masa:
โ€ข Khamis dan Jumaat โ€“ Sebelah petang
โ€ข Sabtu dan Ahad โ€“ 7.00 pagi hingga selesai

๐Ÿ† Acara yang dipertandingkan:
โšฝ Bola Sepak Senior dan Veteran
๐Ÿธ Badminton
๐ŸŸก Sepak Takraw
๐Ÿ Bola Jaring
๐Ÿ Bola Tampar

Program ini adalah di bawah kelolaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro bersama Zon Tanjung Jati.

Sehubungan itu, semua warga pendidikan dan peserta yang terlibat adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan serta memberikan sokongan kepada **PSKPP Daerah Daro 2026**.

๐Ÿ”— Untuk maklumat lanjut, sila layari:
[Info PSKPP Zon Tanjung Jati 2026](https://sekolah8631.my.canva.site/pskppzonti2026?utm_source=chatgpt.com)

โ€œSukan Menyatu Warga, Budaya Memperkasa Perkhidmatan.โ€

Sekian, terima kasih.

Majlis Penyerahan Watikah dan Sesi Melapor Diri Pengetua Lantikan Baharu di Pejabat Pendidikan Daerah Daro bersama Tuan ...
20/08/2026

Majlis Penyerahan Watikah dan Sesi Melapor Diri Pengetua Lantikan Baharu di Pejabat Pendidikan Daerah Daro bersama Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Daro Encik Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip.

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada
Encik Wahed bin Haris
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Oya, Dalat.
atas pelantikan sebagai
Pengetua SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah, Daro.

Semoga dengan pelantikan tuan ini dapat terus meningkatkan kualiti sekolah serta kemenjadian murid dari pelbagai aspek.

Syabas dan Tahniah!

PPD Daro:Je'ulo Telo

19/08/2026
Sebagai bapa dan sebagai individu yang berurusan dengan murid, kita semua mempunyai peranan dalam memastikan keselamatan...
17/08/2026

Sebagai bapa dan sebagai individu yang berurusan dengan murid, kita semua mempunyai peranan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan.

Saya PILIH untuk tandatangan Aku Janji Perlindungan Murid.

Anak-anak ialah amanah kita bersama. Marilah kita bersama-sama membina persekitaran pendidikan yang selamat, sejahtera dan penuh dengan rasa hormat.

Lindungi hari ini, selamatkan masa depan. ๐Ÿ’™

Encik Mohd Yusri Azhar bin Abdullah@Leo Takip
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Daro

Pertandingan Inovasi Pendidikan Guru Sempena Karnival Pendidikan Madani Pejabat Pendidikan Daerah Daro Tahun 2026Tarikh:...
16/08/2026

Pertandingan Inovasi Pendidikan Guru Sempena Karnival Pendidikan Madani Pejabat Pendidikan Daerah Daro Tahun 2026
Tarikh: 14 Ogos 2026
Tempat: Dewan Masyarakat Daro

Keputusan Akhir:
๐ŸŽฏ Anugerah Pemacu Inovasi Sekolah
SK Hijrah Badong
SK Kg Pergau

๐ŸŒŸKategori Pendidikan Khas
Johan
Nur Afifah binti Mohd Asri
SK Kg Penipah

Naib Johan
Nik Zuniela Hanis binti Nik Mohamad Mokhtar
SK Kg Penipah

Tempat Ketiga
Sharifah Nur Fatimah Az-Zahra binti Syed Mohdi
SK Hijrah Badong

Finalis:
Afaf Athirah binti Mohd Jamil
SK Hijrah Badong

Dayangku Nurul Liyana binti Awang Muda Hashim
SK Bruan Mapal

๐ŸŒŸ Kategori Pemulihan Khas
Johan
Shawati binti Wahid
SK Semop

Naib Johan
Nurul Dalila binti Sabran
SK Kpg Penasu Daro

Tempat Ketiga
Ramli bin Hasan
SK Abang Galau

Finalis:
Nur Azrin Syarmila Abdul Mudtalib
SK Batang Lassa

Mohd Fauzan bin Mohd Hadir
SK Nangar

๐ŸŒŸ Kategori Prasekolah
Johan
Nur-Hafifi binti Muhie
SK Kg Pergau

Naib Johan
Anirawati binti Dahari
SK Tanjong Manis

Tempat Ketiga
Dayang Atikah binti Abg Tarakip
SK Bruan Mapal

Finalis:
Russell Empin anak Winston Rangga
SK Salah Kechil

Helen binti Zawawi
SK Hijrah Badong

๐ŸŒŸ Kategori Sekolah Rendah
Johan
Mohd. Fadzwan bin Junaidi
SK Sekaan Kechil

Naib Johan
Lokman Nurhakim bin Omar
SK Nanga Semah

Tempat Ketiga
Muhammad Muammar bin Nurhady
SK Kg Sawai

Finalis:
Muhamad Syarifuddin bin Rozaidi
SK Kpg Penasu Daro

Hardi bin Rasidi
SK Ulu Daro

๐ŸŒŸ Kategori Sekolah Menengah dan Tingkatan 6
Johan
Dzulkarnain bin Ali Yusop
SMK Matu

Naib Johan
Fairul Naim bin Abu Bakar
SMK Matu

Tempat Ketiga
Bazeela binti Mohtaza
SK Semop

Finalis:
Lau Siong Kiat
SMK Semop

Mohamad Khairil Rizal bin Norman
SMK Matu

Tahniah kepada semua pemenang dan finalis yang memberi komitmen tinggi dalam membentangkan inovasi pendidikan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua hakim dan urus setia yang bertungkus-lumus menjayakan program iniโค๏ธ
Melalui platform ini, anda semua telah membuktikan bahawa warga pendidik di daerah Daro mampu menghasilkan inovasi pendidikan yang berimpak tinggi ๐Ÿ‘๐Ÿ‘






Pembentangan Pembudayaan Amalan Terbaik Kepimpinan Sempena Karnival Pendidikan Madani Pejabat Pendidikan Daerah Daro Tah...
16/08/2026

Pembentangan Pembudayaan Amalan Terbaik Kepimpinan Sempena Karnival Pendidikan Madani Pejabat Pendidikan Daerah Daro Tahun 2026
Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Tempat: Dewan Masyarakat Daro

Hakim Jemputan:
Encik Vincent Liong Shou Chuan
Pengetua Cemerlang SMK St. Anthony, Sarikei

Encik Anizan bin Daud
Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Cawangan Sibu

Sekalung penghargaan kepada hakim jemputan yang sudi hadir ke Daro untuk menilai Pembentangan Pembudayaan Amalan Terbaik Kepimpinan๐ŸŒŸ

Keputusan Akhir:
Johan๐Ÿฅ‡
Muhd Tarmidzee Khuzaimy Robert Abdullah
Guru Besar SK Tanjong Manis

Naib Johan ๐Ÿฅˆ
Maling anak Encharang
Guru Besar SK Batang Lassa

Tempat Ketiga ๐Ÿฅ‰
Morhadin bin Mohatar
Guru Besar SK Abang Gesa

Pembentang Finalis:
Kong Sing Nguong
Guru Besar SJK Chung Hua Matu

Rabiah binti Sudin
Guru Besar SK Sekaan Kechil

Hardi bin Rasidi
Penolong Kanan SK Ulu Daro

Abdul Aziz bin Murni
Guru Besar SK Sok

Dahlan bin Pamuda
Guru Besar SK Kpg Penasu Daro

Tahniah kepada semua pembentang dan pemenang ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pemimpin sekolah untuk membudayakan amalan terbaik dan inovasi di sekolah ๐Ÿ’ช






Penyampaian Surat Ucapan Tahniah Pemilihan Sekolah Bawah RPM 2026 - 2035: Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah Bawah Reform...
16/08/2026

Penyampaian Surat Ucapan Tahniah Pemilihan Sekolah Bawah RPM 2026 - 2035: Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah Bawah Reformasi Sekolah Sempena Karnival Pendidikan Madani Pejabat Pendidikan Daerah Daro Tahun 2026
Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Tempat: Dewan Masyarakat Daro

Tahniah diucapkan kepada 10 buah sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Daro yang terpilih ๐ŸŽ‰

1. SMK Belawai
2. SK Abang Gesa
3. SK Bruan Mapal
4. SK Hijrah Badong
5. SK Kg K*t
6. SK Kg Bruit
7. SK Orang Kaya Muda
8. SK Orang Kaya Selair
9. SK Salah Kechil
10. SK Stalon





๐ŸŒŸ*KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO TAHUN 2026*๐ŸŒŸTarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)Tempat:  Dewan Masy...
15/08/2026

๐ŸŒŸ*KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO TAHUN 2026*๐ŸŒŸ
Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Tempat: Dewan Masyarakat Daro

Tetamu Kehormat:
YBrs. Tuan Naharudeen bin Othman S.M.P, Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan (KPM)

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada tetamu kehormat dan semua tetamu jemputan yang sudi meluangkan masa untuk hadir memeriahkan Karnival Pendidikan MADANI Pejabat Pendidikan Daerah Daro Tahun 2026.

Kehadiran dan sokongan tetamu kehormat dan jemputan sangat bermakna dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga pendidikan Daro.

Dengan syukurnya, Karnival Pendidikan MADANI Pejabat Pendidikan Daerah Daro Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya. Karnival ini merupakan sebuah wadah yang menghimpunkan warga pendidikan, komuniti setempat dan pelajar-pelajar.

Karnival ini bukan sekadar sebuah program yang menyampaikan dasar pendidikan dan perkhidmatan sektor-sekotr di PPD, tetapi juga menjadi platform untuk mengiktiraf usaha, mengangkat potensi dan menyemarakkan budaya inovasi dan pembudayaan amalan terbaik dalam kalangan guru, pemimpin pendidikan dan warga sekolah.

Tahniah dan syabas kepada semua hakim, pembentang, urus setia, AJK pelaksana, guru-guru, pelajar-pelajar serta komuniti setempat yang telah memberikan komitmen, tenaga dan sokongan dalam menjayakan karnival ini.

Setiap idea yang dikongsi, setiap inovasi yang diketengahkan dan setiap usaha yang dicurahkan menjadi sebahagian daripada perjalanan kita mencapai wawasan Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

๐ŸŽฏ Bersama kita membudayakan amalan terbaik.
๐ŸŽฏBersama kita memperkasa inovasi pendidikan.
๐ŸŽฏBersama kita meningkatkan mutu, merapatkan jurang, meraih kejayaan bersama.

Tahniah kepada seluruh warga pendidikan Daerah Daro! Terima kasih atas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga semangat dan inspirasi daripada karnival ini terus mekar dan diterjemahkan dalam amalan pendidikan seharian.





Address

Daro

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084823213

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Daro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Daro:

Shortcuts

Share