06/08/2026
🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆
Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SK Kg Penibong atas kejayaan muncul Naib Johan dalam Pertandingan Bola Sepak Piala Perak 11TKB Peringkat Daerah Daro, Zon Tanjung Sirik 2026.
Perlawanan akhir berlangsung dengan penuh sengit apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa permainan. Penentuan juara terpaksa dibuat menerusi sepakan penalti, dan akhirnya memihak kepada SK Kg Betanak dengan keputusan 4-2.
Walaupun tidak berjaya menjulang kejuaraan, semangat juang, disiplin, kerjasama dan kesungguhan yang dipamerkan oleh seluruh pemain SK Kg Penibong amat membanggakan. Anda semua telah memberikan aksi terbaik serta mengharumkan nama sekolah. Kalian adalah kebanggaan warga SK Kg Penibong.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih yang telah bertungkus-lumus meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam melatih serta membimbing pasukan sehingga berjaya melangkah ke pentas akhir. Segala pengorbanan dan usaha yang dicurahkan amat kami hargai.
Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada semua penyumbang dana yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan perjalanan pasukan SK Kg Penibong. Setiap sumbangan telah diurus dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan pasukan sepanjang kejohanan. Semoga segala jasa dan keikhlasan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.
Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada guru-guru pengiring, ibu bapa, para penyokong dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, semangat serta doa sepanjang kejohanan berlangsung.
Terus melangkah, terus berjuang. Kekalahan hari ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya menjadi pengalaman yang amat berharga dan pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
ONE TEAM, ONE DREAM! 💙⚽