SK Bakerkong Daro -Rasmi

SK Bakerkong Daro -Rasmi Memories are special moments that tell our story. Mali Lebu! Pantang Nyerah!

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026MSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga sambutan Maulidur Rasul...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta terus mencontohi akhlak mulia, kasih sayang dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik.” - Surah al-Ahzab: 21

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M daripada warga SK Bakerkong, Daro.

PEMAKLUMAN PENGURUSAN JEREBU DI SEKOLAH
09/08/2026

PEMAKLUMAN PENGURUSAN JEREBU DI SEKOLAH

PEMAKLUMAN PENGURUSAN JEREBU DI SEKOLAH

Keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan langkah pengurusan sekolah semasa kejadian jerebu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.

IPU melebihi 100 – TIDAK SIHAT
• Semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.
• Aktiviti sukan, Pendidikan Jasmani, perhimpunan dan program luar hendaklah ditangguhkan.
• Murid dinasihatkan memakai pelitup muka yang sesuai dan minum air dengan kerap.

IPU melebihi 200 – SANGAT TIDAK SIHAT
• Sekolah hendaklah ditutup serta-merta.
• Pihak sekolah hendaklah memaklumkan tindakan penutupan kepada PPD dan JPN.
• Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut arahan serta ketetapan yang berkuat kuasa.

IPU melebihi 500 – BAHAYA
• Sekolah ditutup sepenuhnya.
• Guru dan kakitangan sekolah tidak perlu hadir ke sekolah.

Tanggungjawab pihak sekolah.
Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bacaan serta arahan semasa.

Peranan ibu bapa/penjaga.
Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak-anak boleh tidak menghantar anak ke sekolah dan hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

Ayuh bersama-sama memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak-anak kita sentiasa terpelihara.

Sentiasa peka. Sentiasa bersedia. Keselamatan diutamakan.

Rujukan:
Surat Siaran KPM Bil. 1 Tahun 2019 – Langkah-Langkah KPM Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid di Sekolah-Sekolah yang Berada dalam Kawasan Berjerebu yang Dianggap Kritikal.

SPI KPM Bil. 3 Tahun 2026 – Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat Kementerian Pendidikan.

Tahun ini tahun kita

PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN TERUTAMA YANG DIPERTUAN NEGERI MELAKA (2026) K...
31/07/2026

PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN TERUTAMA YANG DIPERTUAN NEGERI MELAKA (2026) KATEGORI SEKOLAH RENDAH.

🌻🌻🌻. Semoga Berjaya !!! 🌻🌻🌻

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani,

Disertakan pautan link untuk murid-murid kita yang menyertai Pertandingan :

1.Luis Erikson anak Andrew Saba

https://youtu.be/QzQnaAIkTLw

2.Jennifer Julie Sebu anak Rimbun

https://youtu.be/WgvuIVjsR-4

3.Kimberlly Pierce anak Kana

https://youtu.be/hemAjTYjI1g

4.Gwyneth Zipora anak Kana

https://youtu.be/KkDLSa-YLoI

5.Kaneddy Rino anak Jawa

https://youtu.be/7q1HELOor_w

Ayuh sama-sama kita subscribe channel TVPSS sekolah dan jangan lupa sertakan like untuk setiap murid-murid kita✨

PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGA...

Pengagihan Duit KWAPM dan Hari PermuafakatanTarikh: 21 Julai 2026Hari: SelasaMasa : 2.00 petang.Agihan Duit KWAPM:SK@S S...
26/07/2026

Pengagihan Duit KWAPM dan Hari Permuafakatan

Tarikh: 21 Julai 2026
Hari: Selasa
Masa : 2.00 petang.

Agihan Duit KWAPM:

SK@S Std 3:
Aspek 3.3: Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Aspek 3.3.5.1: Bantuan pelajaran murid diurus secara Sistematik dan terancang.

Hari Permuafakatan :

'Satu hati ,Satu Matlamat'
Kejayaan anak-anak bukanlah tanggungjawab sekolah semata-mata, tetapi lahir daripada kesatuan hati antara ibu bapa dan guru yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka. Terima kasih atas kehadiran ibubapa yang memberansangkan. Semoga anak -anak Sk Bakerkong cemerlang dalam bidang akademik mahupun sahsiah diri seterusnya menjadi permata yang membanggakan ibu bapa, guru-guru dan mengharumkan nama sekolah.

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026.22 Julai ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna Hari Sarawak sebagai satu d...
21/07/2026

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026.

22 Julai ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna Hari Sarawak sebagai satu detik bersejarah yang mengingatkan kita tentang perjuangan, semangat dan jati diri rakyat Sarawak.

Marilah kita bersama-sama menghargai jasa serta pengorbanan para pemimpin terdahulu, di samping terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati kepelbagaian budaya dan berganding bahu membina masa depan Sarawak yang lebih gemilang.

"Sarawak Maju Makmur"

Ikhlas daripada warga SK Bakerkong.
Selamat Hari Sarawak 2026!

FIESTA STEM PESTA DARO 2026.Tarikh: 18-19 Julai 2026Tempat: Tapak Pesta Daro & Dewan Masyarakat DaroMEMBUDAYAKAN STEM, M...
20/07/2026

FIESTA STEM PESTA DARO 2026.

Tarikh: 18-19 Julai 2026
Tempat: Tapak Pesta Daro & Dewan Masyarakat Daro

MEMBUDAYAKAN STEM, MENCANAI POTENSI MASA DEPAN! 🚀
Syabas dan tahniah diucapkan kepada penyertaan SK Bakerkong sempena Fiesta STEM Pesta Daro 2026 baru-baru ini!

Murid-murid kita telah menghantar penyertaan:
⚽Robo Soccer
🌉Bridge Building
💡Project-Based Learning (PBL)

📍Pengalaman berharga, semangat juang, dan daya inovasi yang ditunjukkan oleh anak-anak SK Bakerkong adalah satu kebanggaan.
📍Penglibatan ini merupakan komitmen berterusan sekolah dalam menyokong agenda pembudayaan STEM, selaras dengan RPM 2026–2035 demi melahirkan generasi yang kreatif, kritis, dan celik teknologi.
📍Terima kasih kepada semua guru pembimbing dan ibu bapa atas sokongan padu. Kepada anak-anak SK Bakerkong, teruskan melangkah dan jangan berhenti meneroka! 🌟




SYABAS 🌹🌹🌹 .Semoga Berjaya!
14/07/2026

SYABAS 🌹🌹🌹 .Semoga Berjaya!

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSB MUKAH 2026Tarikh: 6-9 Julai 2026Tempat: Stadium Mini DaroSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diuc...
11/07/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSB MUKAH 2026

Tarikh: 6-9 Julai 2026
Tempat: Stadium Mini Daro

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapakan kepada tiga atlet cilik dari SK Bakerkong yang telah mewakili MSSR Daro pada kejohanan ini sekaligus mengharumkan nama sekolah dan daerah Daro.

Antara pencapaian atlet SK Bakerkong ialah:

🏆 Kimberlly Pierce anak Kana
Emas - 4x100 meter (Pecah Rekod Kejohanan)
Perak - 4x200 meter
Kelima - 100 meter
Keempat - 200 meter

🏆 Drizella Munah anak Sevastian
Perak - 4x200 meter

🏆 Gwyneth Zipora anak Kana
Emas - 4x100 meter (Pecah Rekod Kejohanan)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru SK Bakerkong, ibu bapa, jurulatih dan semua pihak dalam Kejohanan Olahraga MSSB Mukah 2026 ini. Pihak sekolah berharap kejayaan ini dapat menjadi pengalaman yang berharga serta membakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Selamat Maju Jaya!Seluruh warga sekolah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada tiga orang murid SK Bakerkong yang te...
03/07/2026

Selamat Maju Jaya!

Seluruh warga sekolah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada tiga orang murid SK Bakerkong yang terpilih mewakili MSSR Daro ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Mukah.

Berikut merupakan maklumat bagi kejohanan tersebut:
Tarikh latihan pusat: 3 hingga 5 Julai 2026
Tarikh kejohanan: 6 hingga 9 Julai 2026
Tempat: Stadium Mini Daro
Murid terlibat:
1. Drizella Munah anak Sevastian
2. Kimberlly Pierce anak Kana
3. Gwyneth Zipora anak Kana
Guru pengiring: Cikgu Khairunnisa Nur Afiqa binti Abdullah

Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan kejayaan. Pihak sekolah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda semua.

Address

D/A PPD DARO
Daro
96200

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bakerkong Daro -Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share