SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah - Rasmi

SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah - Rasmi Laman Facebook rasmi bagi SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah Daro.

🤖 Borneo International Robot Tournament (BIRT) 2026Pada 6 hingga 9 Mei 2026 yang lalu, pasukan robotik sekolah telah men...
21/05/2026

🤖 Borneo International Robot Tournament (BIRT) 2026

Pada 6 hingga 9 Mei 2026 yang lalu, pasukan robotik sekolah telah menyertai Borneo International Robot Tournament (BIRT) 2026 yang berlangsung di Hotel Meritz, Miri, Sarawak.

Murid yang terlibat ialah:
🔹 Hazriq Hambali Bin Hadeli
🔹 Muhammad Mutawalihah Bin Jashadi

Pertandingan ini menghimpunkan peserta berbakat dari pelbagai tempat untuk mempamerkan kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang robotik dan STEM. Selain menjadi platform persaingan sihat, program ini juga membuka peluang kepada peserta untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan membina semangat kerjasama berpasukan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan robotik sekolah atas penyertaan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung. Tidak lupa juga penghargaan kepada YB Dr. Safiee Bin Haji Ahmad, En Mohadirrudin dan PIBG atas sokongan yang padu dalam pembangunan robotik sekolah. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin semangat serta persediaan terbaik untuk menghadapi pertandingan yang akan datang.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Bawah 17 Tahun SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah,...
20/05/2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Bawah 17 Tahun SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah, Daro atas kejayaan muncul sebagai Naib Johan dalam Mini Karnival Bola Sepak Bawah 18 Tahun (Jemputan) Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2026.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain dan barisan pegawai pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.

Barisan Pegawai:

ASP Miki Mohan Ramday Singh
Mohamad Syazwan Azim Bin Yacob
Doby Bin Sabri
Mohd Noorhazeriq Bin Hasanrajak
Abu Safian Bin Amir
Halpattiko Bin Haldin
Muhammad Helmi Bin Yakob
Jamal Bin Salbi

Barisan Pemain:

Abraham Aaron Anak Telajan
Mohamad Hardyka Bin Daud
Hafiqdasril Bin Abdul Rahman
Muhammad Anif Bin Mohamad Sahril
Naufal Asyraf Bin Mohamad
Harith Nazmuddean Bin Hanafi
Muhamad Adiff Afify Bin Aidil
Mohammad Haziq Bin Kassim
Muhammad Ashraf Daniel Bin Omar
Irfan Fahimi Bin Irwan Hafizul
Muhammad D'Zulkarnain Harith Bin Zainalabidin
Assyiff Hamdani Bin Abdul Lapas
Muhamed Reassa Bin Bohari
Muhammad Daryl Aziz Bin Abdullah
Abang Mohammad Afzal Zafran Bin Abang Afzan
Muhammad Izzuddin Ilham Helidi Bin Abdullah
Mohammad Syahmir Bin Abdullah
Mohamad Adam Aminullah Bin Mohamad Johar

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam arena sukan serta mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. Syabas dan tahniah!

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil buat Allahyarham Fahrin Jumarudy bin Abdullah pada 15 M...
18/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil buat Allahyarham Fahrin Jumarudy bin Abdullah pada 15 Mei yang lepas.

Majlis turut dihadiri oleh wakil keluarga Allahyarham Fahrin Jumarudy bin Abdullah, En. Mohadirruddin, Dr. Suhaili bin Jaya, barisan Exco PIBG serta wakil daripada PPD Daro. Kehadiran semua amat dihargai sebagai tanda sokongan dan ingatan buat arwah serta keluarga.

Selepas bacaan Yaasin dan tahlil, para hadirin turut mengikuti sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr. Suhaili bin Jaya, Motivational Speaker dan Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak. Perkongsian yang penuh inspirasi dan menyentuh hati memberi banyak pengajaran serta semangat kepada semua yang hadir.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Selamat Hari Guru 2026 🌸“Guru Bitara Nadi Negara”Terima kasih cikgu atas segala ilmu, pengorbanan dan dedikasi yang dicu...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 🌸
“Guru Bitara Nadi Negara”

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan tanpa jemu.
Jasamu sentiasa dikenang ❤️

Ikhlas daripada seluruh warga
SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah.

08/05/2026
Telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil bagi mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham Fahrin Jumarudy bin Ab...
07/05/2026

Telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil bagi mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham Fahrin Jumarudy bin Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab rahmat dan keampunan buat arwah, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah. 🤍

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian pelajar kami yang dikasihi.Semoga Allah SWT me...
07/05/2026

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian pelajar kami yang dikasihi.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Fahrin Jumarudy bin Abdullah, mengampunkan segala dosa serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.

"Pergimu terlalu awal, namun kenangan bersamamu akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami."

Al-Fatihah.

Pasukan Robotik SMK TPDPH Normah akan menyertai Borneo International Robot Tournament (BORNEO-IRT) 2026 yang berlangsung...
06/05/2026

Pasukan Robotik SMK TPDPH Normah akan menyertai Borneo International Robot Tournament (BORNEO-IRT) 2026 yang berlangsung pada:

📅 6 – 9 Mei 2026
📍 Hotel Meritz, Miri, Sarawak

Murid yang terlibat :
1. Hazriq Hambali Bin Hadeli
2. Muhammad Mutawalihah Bin Jashadi

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman berharga dalam memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang robotik

🏹 Menuju Kejayaan di Peringkat NegeriSemoga pasukan memanah sekolah diberikan kekuatan, ketenangan dan keyakinan sepanja...
02/05/2026

🏹 Menuju Kejayaan di Peringkat Negeri

Semoga pasukan memanah sekolah diberikan kekuatan, ketenangan dan keyakinan sepanjang menyertai Kejohanan Memanah Peringkat Negeri MSS Sarawak pada 3 hingga 8 Mei 2026 di Bintulu. Moga setiap anak panah yang dilepaskan tepat mengenai sasaran dan dipermudahkan segala urusan.

Tahniah dan syabas kepada dua atlet yang terpilih, iaitu Aniq Aiman Bin Kamri dan Qaseh Adryana Binti Sazrul Aqmal mewakili pasukan Mukah. Usaha, disiplin dan pengorbanan anda amat membanggakan.

“Bidik dengan yakin, lepaskan dengan tenang, dan percayalah pada usaha sendiri.”

Seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda. Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah! 💪✨

NORMAH DAN MUKAH KE MIRI!♟️Dengan berlangsungnya Kejohanan Catur MSSB di SMK Matu tempoh hari, seramai 4 orang murid tel...
02/05/2026

NORMAH DAN MUKAH KE MIRI!♟️

Dengan berlangsungnya Kejohanan Catur MSSB di SMK Matu tempoh hari, seramai 4 orang murid telah berjaya terpilih mewakili Bahagian Mukah ke Kejohanan Catur Peringkat Negeri MSSS yang akan berlangsung di SMK Chung Hua, Miri pada 3–9 Mei 2026 bersama kontinjen Bahagian Mukah yang lain. Murid tersebut adalah:

1. Aiman Zailanie Bin Abdullah - L18TKB
2. ⁠Muhammad Farish Daniel Khairulzaman Bin Abdullah - L18TKB
3. ⁠Nur Khalishah Binti Abdul Razak - P18TKB
4. ⁠Aunee Aqilah Binti Azjainizam - P15TKB

Sebagai persediaan, Latihan Pusat akan diadakan pada 2 Mei 2026 bagi memperkasakan teknik, strategi dan keyakinan para pemain.

Kontinjen ini akan diiringi oleh guru pengiring merangkap jurulatih pusat, Cikgu Khas Midzan Bin Merdzuki bersama guru-guru pengiring yang lain.

Pihak sekolah berbesar hati dan mengucapkan semoga maju jaya kepada semua peserta. Semoga segala usaha ini membuahkan kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah serta Bahagian Mukah. 💪✨

STRIVE TOGETHER, SHINE FOREVER

Address

Daro
96200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah - Rasmi:

Shortcuts

Share

Category