SK Camporan Rasmi

SK Camporan Rasmi Official page for SK CAMPORAN DARO. The only dual-medium school in Daro town.

In line with her vision 'Quality Education', the school has always preserve a quality education system to develop individual potential to meet national aspirations.

πŸ‡²πŸ‡Ύ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜-𝟲𝟡 πŸ‡²πŸ‡ΎWarga SK Camporan Daro mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜-𝟲𝟡 πŸ‡²πŸ‡Ύ
Warga SK Camporan Daro mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita mengenang jasa para pejuang, menghargai nikmat kemerdekaan serta terus memelihara perpaduan dan keharmonian negara. Semoga semangat cinta akan tanah air sentiasa subur dalam jiwa setiap generasi.

Jalur Gemilang megah berkibar,
Berkibar tinggi di waktu pagi;
Semangat merdeka terus mekar,
Malaysia tercinta kekal di hati.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



πŸ“’ π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—–π—¨π—§π—œ π— π—”π—¨π—Ÿπ—œπ——π—¨π—₯ π—₯π—”π—¦π—¨π—Ÿ πŸŒ™βœ¨Dimaklumkan bahawa SK Camporan akan bercuti sempena Maulidur Rasul pada 25 Ogos 2026 (Sela...
24/08/2026

πŸ“’ π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—–π—¨π—§π—œ π— π—”π—¨π—Ÿπ—œπ——π—¨π—₯ π—₯π—”π—¦π—¨π—Ÿ πŸŒ™βœ¨

Dimaklumkan bahawa SK Camporan akan bercuti sempena Maulidur Rasul pada 25 Ogos 2026 (Selasa).

🏫 Murid akan kembali ke sekolah seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini dapat menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta menjadi inspirasi untuk kita terus mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H πŸŒ™πŸ’š
Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
SK Camporan



🌺 AKTIVITI SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡ΎSalam sejahtera semua ibu bapa. 😊Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dij...
14/08/2026

🌺 AKTIVITI SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

Salam sejahtera semua ibu bapa. 😊

Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kebangsaan di sekolah. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ“…Untuk maklumat lengkap mengenai tarikh dan aktiviti, boleh rujuk kalendar ini πŸ‘‡πŸ»
https://skcamlib.my.canva.site/sambutan-bulan-kebangsaan-20261

Mohon kerjasama ibu bapa untuk maklumkan dan galakkan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan. Semoga semua murid dapat mengambil peluang untuk turut serta dan memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan kita. β€οΈπŸ’™πŸ’›

πŸŽ‰ JOM SERTAI & MERIAHKAN MERDEKA BERSAMA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ† Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang! 🎁✨

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua ibu bapa. πŸ™πŸ˜Š

Murid-murid jangan lupa jaga kesihatan sendiri dan minum banyak airπŸ”†
09/08/2026

Murid-murid jangan lupa jaga kesihatan sendiri dan minum banyak airπŸ”†

PEMAKLUMAN PENGURUSAN JEREBU DI SEKOLAH

Keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan langkah pengurusan sekolah semasa kejadian jerebu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.

IPU melebihi 100 – TIDAK SIHAT
β€’ Semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.
β€’ Aktiviti sukan, Pendidikan Jasmani, perhimpunan dan program luar hendaklah ditangguhkan.
β€’ Murid dinasihatkan memakai pelitup muka yang sesuai dan minum air dengan kerap.

IPU melebihi 200 – SANGAT TIDAK SIHAT
β€’ Sekolah hendaklah ditutup serta-merta.
β€’ Pihak sekolah hendaklah memaklumkan tindakan penutupan kepada PPD dan JPN.
β€’ Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut arahan serta ketetapan yang berkuat kuasa.

IPU melebihi 500 – BAHAYA
β€’ Sekolah ditutup sepenuhnya.
β€’ Guru dan kakitangan sekolah tidak perlu hadir ke sekolah.

Tanggungjawab pihak sekolah.
Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bacaan serta arahan semasa.

Peranan ibu bapa/penjaga.
Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak-anak boleh tidak menghantar anak ke sekolah dan hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

Ayuh bersama-sama memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak-anak kita sentiasa terpelihara.

Sentiasa peka. Sentiasa bersedia. Keselamatan diutamakan.

Rujukan:
Surat Siaran KPM Bil. 1 Tahun 2019 – Langkah-Langkah KPM Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid di Sekolah-Sekolah yang Berada dalam Kawasan Berjerebu yang Dianggap Kritikal.

SPI KPM Bil. 3 Tahun 2026 – Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat Kementerian Pendidikan.

Tahun ini tahun kita

βš½πŸ† TAHNIAH & SYABAS PASUKAN BOLA SEPAK SKCD! πŸ†βš½Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SKCD atas kej...
09/08/2026

βš½πŸ† TAHNIAH & SYABAS PASUKAN BOLA SEPAK SKCD! πŸ†βš½

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SKCD atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pemilihan Bola Sepak Piala Perak (11TKB) ZTA 2026. Pertandingan ini dianjur pada 5 Ogos 2026 (Rabu) di SK Nanga, Daro! πŸ₯ˆπŸ‘

Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha, disiplin, semangat juang dan kerjasama berpasukan mampu membuahkan hasil yang membanggakan. πŸ’ͺπŸ”₯

Terima kasih juga kepada para jurulatih, guru pengiring dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan serta bimbingan kepada anak-anak SKCD. πŸ‘

Teruskan berusaha, tingkatkan prestasi dan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh! βš½πŸ’™

Tahniah sekali lagi, Pasukan SKCD!
Anda hebat, anda membanggakan! πŸ†βœ¨


πŸŽ‰ Tahniah, adik-adik! πŸŽ‰Tahniah kepada semua murid yang berjaya melangkah ke Prasekolah Kenzo. Inilah permulaan kepada sa...
05/08/2026

πŸŽ‰ Tahniah, adik-adik! πŸŽ‰
Tahniah kepada semua murid yang berjaya melangkah ke Prasekolah Kenzo. Inilah permulaan kepada satu perjalanan baharu yang penuh dengan ilmu, pengalaman dan kenangan manis.
Selamat datang ke Prasekolah KenzoπŸ₯°πŸ₯°

🎀 π“πšπ‘π§π’πšπ‘ & π’π²πšπ›πšπ¬, 𝐀𝐝𝐒𝐀 πƒπ’π§π’πšπ§ 𝐄𝐝 πƒπžπ₯𝐯𝐒𝐬! 🌟Warga SK Camporan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Dinian Ed ...
04/08/2026

🎀 π“πšπ‘π§π’πšπ‘ & π’π²πšπ›πšπ¬, 𝐀𝐝𝐒𝐀 πƒπ’π§π’πšπ§ 𝐄𝐝 πƒπžπ₯𝐯𝐒𝐬! 🌟

Warga SK Camporan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Dinian Ed Delvis atas kejayaan meraih π“πžπ¦π©πšπ­ 𝐊𝐞-πŸ“ dalam Pertandingan Nyanyian Solo Sempena Ekspo Pendidikan FTES Yayasan Sarawak anjuran PPD Daro.

Persembahan lagu β€œIdola” nyanyian asal Azlan & The Typewriter telah dipersembahkan dengan penuh keyakinan, semangat dan penghayatan. Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, latihan yang berterusan serta sokongan daripada ibu bapa, guru pembimbing dan seluruh warga sekolah.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengasah bakat dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Teruskan berusaha, kerana setiap langkah kecil hari ini mampu membawa kepada impian yang lebih besar.

Sekali lagi, tahniah dan syabas! Kami semua berbangga dengan kejayaan anda. πŸ‘πŸŽΆπŸ’™


🎀✨ π˜Όπ™‡π™‡ 𝙏𝙃𝙀 π˜½π™€π™Žπ™, π™π™€π˜Όπ™ˆ π™Žπ™† π˜Ύπ˜Όπ™ˆπ™‹π™Šπ™π˜Όπ™‰! ✨🎀Best wishes to our talented representatives from SK Camporan,🌻 Farell Aqasha Bin Ab...
03/08/2026

🎀✨ π˜Όπ™‡π™‡ 𝙏𝙃𝙀 π˜½π™€π™Žπ™, π™π™€π˜Όπ™ˆ π™Žπ™† π˜Ύπ˜Όπ™ˆπ™‹π™Šπ™π˜Όπ™‰! ✨🎀

Best wishes to our talented representatives from SK Camporan,

🌻 Farell Aqasha Bin Abdul Rahman
🌻 Nur Aqeela Qaireen Binti Amizul

as they compete in the Poetry Recitation Competition for Primary Schools (State Level) 2026.

πŸ“ Venue: SJK(C) Sam Hap Hin, Padawan
πŸ“… Date: 3–6 August 2026
πŸ‘©β€πŸ« Mentors:
1. Teacher Nurul Syafiqah Binti Muda
2. Teacher Priscilla Rendan Anaka Untan

May every word be spoken with confidence, every verse delivered with passion, and every performance leave a lasting impression. This competition is not only about achieving success but also about embracing new experiences, building confidence, and celebrating the beauty of the English language.πŸ₯°

The entire SK Camporan family is proud of you and wishes you the very best. Believe in yourself, give it your all, and let your voice inspire others.πŸ’ͺπŸ’ͺ


πŸŽ€π™ˆπ™šπ™’π™—π™–π™¬π™– 𝙄𝙧𝙖𝙒𝙖, π™ˆπ™šπ™£π™œπ™šπ™Ÿπ™–π™§ 𝙄𝙒π™₯π™žπ™–π™£πŸŽΆπŸŒŸWarga SK Camporan mengucapkan setinggi-tinggi doa dan semoga berjaya kepada Adik Dinian...
01/08/2026

πŸŽ€π™ˆπ™šπ™’π™—π™–π™¬π™– 𝙄𝙧𝙖𝙒𝙖, π™ˆπ™šπ™£π™œπ™šπ™Ÿπ™–π™§ 𝙄𝙒π™₯π™žπ™–π™£πŸŽΆπŸŒŸ
Warga SK Camporan mengucapkan setinggi-tinggi doa dan semoga berjaya kepada Adik Dinian Ed Delvis yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Nyanyian Solo Sempena Ekspo Pendidikan FTES Yayasan Sarawak anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Daro.

πŸ“… Tarikh: 1 Ogos 2026
πŸ“ Tempat: Dewan Masyarakat Daro

Guru Pembimbing: Cikgu Magdalene Wong Siaw Ting

Semoga setiap alunan suara dipenuhi keyakinan, penghayatan dan semangat, seterusnya memberikan persembahan yang terbaik di pentas pertandingan.

Teruskan melangkah dengan berani, nikmati setiap detik di atas pentas, dan jadikan pengalaman ini sebagai kenangan yang bermakna.

Selamat berjuang dan semoga berjaya mengharumkan nama SK Camporan! πŸ’™πŸ’›


πŸ€– SELAMAT BERJUANG & SEMOGA BERJAYA! β˜€οΈWarga SK Camporan Daro mengucapkan setinggi-tinggi doa dan sokongan kepada pasuka...
29/07/2026

πŸ€– SELAMAT BERJUANG & SEMOGA BERJAYA! β˜€οΈ

Warga SK Camporan Daro mengucapkan setinggi-tinggi doa dan sokongan kepada pasukan sekolah yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026.

πŸ“… Tarikh: 28–31 Julai 2026
πŸ“ Lokasi: SMK Methodist, Sibu

Peserta:
πŸ”Ή Muhammad Haziq Amsyar bin Mohd Azrool
πŸ”Ή Mohammad Denial Rafael bin Mohammad Farid Fadzlee
πŸ”Ή Noorzahra Zulaika binti Othman

πŸ‘©β€πŸ« Guru Pembimbing: Kho Siaw Hui

Semoga segala usaha, kreativiti, kerjasama dan semangat inovasi yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan. Berikan persembahan terbaik, cipta pengalaman berharga dan harumkan nama SK Camporan Daro.

Seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda. Terus melangkah dengan yakin dan pulang membawa kenangan serta kejayaan yang membanggakan! πŸ’ͺπŸ€–πŸ†

Address

Sekolah Kebangsaan Camporan D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro
Daro
96200

Telephone

+6084823299

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Camporan Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Camporan Rasmi:

Shortcuts

Share

Category