Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak, Daro - RASMI

Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak, Daro - RASMI Laman Rasmi Facebook SK Kg. Betanak, Daro
(YBB6411)

SELAMAT HARI GURU 2026:“Guru Bitara Nadi Negara”
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026:
“Guru Bitara Nadi Negara”

Perlawanan Bola Jaring ZOTAS 2026 telah diadakan pada 14 Mei 2026 bertempat di padang SK KG Bruit.Syabas dan Tahniah 👏👏🏆...
14/05/2026

Perlawanan Bola Jaring ZOTAS 2026 telah diadakan pada 14 Mei 2026 bertempat di padang SK KG Bruit.

Syabas dan Tahniah 👏👏🏆🏆🏅🏅

📍Pasukan Bola Jaring SKBE kerana telah berjaya meraih gelaran juara dalam perlawanan bola jaring zotas 2026.

📍Syabas dan tahniah kepada 10 orang pemain yang telah berusaha gigih berlatih untuk mencapai kejayaan ini bersama dengan bimbingan guru@jurulatih.

📍Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua jurulatih2@guru pasukan ini yang tak pernah kenal erti jemu membimbing dan melatih pasukan ini.

📍Terima kasih juga kepada semua barisan pentadbir sekolah, guru-guru, ibubapa dan pibg atas semua sokongan dan galakan yang telah diberikan.

Salam takziah buat keluarga mendiang Cikgu Gary daripada seluruh warga SKBE. Mendiang pernah menabur bakti sebagai guru ...
14/05/2026

Salam takziah buat keluarga mendiang Cikgu Gary daripada seluruh warga SKBE. Mendiang pernah menabur bakti sebagai guru di SK Kg. Betanak suatu masa dulu.

Salam Takziah

Ucapan takziah dari warga Pendidikan Sarawak kepada keluarga Encik Victor Gary anak Ajen, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Lundu yang telah meninggal dunia pada hari Khamis, 14 Mei 2026.

Jabatan ini kehilangan seorang pegawai yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan amanah dalam meningkatkan serta memartabatkan pendidikan negara.

Semoga mendiang bersemadi dengan aman dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan. Semoga dipermudahkan semua urusan.




Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SK Kg Betanak atas semangat, usaha dan keberanian menyertai pertandingan...
13/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SK Kg Betanak atas semangat, usaha dan keberanian menyertai pertandingan sempena Karnival STEM Peringkat Daerah Daro 2026 pada12-13 Mei 2026 dibawah anjuran PPD Daro, SMK Matu dan Zon Tg Jol.
Antara penyertaan dan pencapaian yang telah diperoleh ialah:
🔹 Bridge Building Competition – Penyertaan shj
🔹 Water Rocket Competition – Penyertaan shj
🔹 STEM Talent Show – Tempat Ke-4
🔹 Drone Challenge – Tempat Ke-4
Walaupun berdepan dengan persaingan yang hebat, murid-murid tetap menunjukkan komitmen, kreativiti dan semangat kerjasama yang membanggakan. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi barisan guru-guru pembimbing yang bertungkus lumus mencari idea dan membimbing murid-murid untuk persediaan menyertai pertandingan tersebut.
Terima kasih juga kepada semua guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan STEM SK Kg Betanak. 🌟

06/05/2026

KEJOHANAN RAGBI MSS SARAWAK (U12):

📌Mukah (Maroon) vs Betong (Hijau Biru)

05/05/2026

KEJOHANAN RAGBI MSS SARAWAK (U12) 2026:

📌Mukah (Biru) vs Miri (Merah)

Mahrajan Al-Quran Nasyid dan Khat Peringkat Daerah Daro “ Adab dan Nilai Nadi Reformasi Pendidikan”📆 29 April 2026 / Rab...
04/05/2026

Mahrajan Al-Quran Nasyid dan Khat Peringkat Daerah Daro
“ Adab dan Nilai Nadi Reformasi Pendidikan”

📆 29 April 2026 / Rabu
📍 SK Abang Gesa, Belawai

SK Kampung Betanak telah menghantar 4 peserta mewakili Zon Tanjung Sirik ke peringkat daerah Daro untuk pertandingan Tilawah (L&P) dan Hafazan (L&P).

Tilawah (L) : Muhammad Aidil Zaquan Bin Hillary
Tilawah (P) : Nur Qurratu Aini Bt Dzulmahari

Hafazan (L) : Mohd Hairul Haikal Bin Mohd Mohti
Hafazan (P) : Nur Afrina Delisha Bt Mohammed Hafiq

Tahniah dan syabas kepada semua peserta kerana telah berjaya mendapat tempat dalam acara yang dipertandingkan👏🏻🏆✨

Tilawah (L) - Naib Johan
Tilawah (P) - Johan
Hafazan (L) - Tempat ke 5
Hafazan (P) - Tempat ke 3

Peserta yang mendapat Johan & Naib Johan (Tilawah L & P) akan mewakili Daerah untuk pertandingan di Peringkat Bahagian Mukah yang akan diadakan pada 8 Mei 2026 bertempat di SK Hijrah Badong.

Semoga kejayaan mengiringi peserta Tilawah SK Kampung Betanak🤲🏼🤗✨

04/05/2026

Kejohanan Ragbi MSS Sarawak (U12):

Mukah (pink) vs Kuching (biru)

Good luck team MSS Mukah di Kejohanan MSS Sarawak Ragbi Rimau 12 tahun ke bawah yang bertempat di Padang UPM Bintulu, 4-...
03/05/2026

Good luck team MSS Mukah di Kejohanan MSS Sarawak Ragbi Rimau 12 tahun ke bawah yang bertempat di Padang UPM Bintulu, 4-8/5/2026.

Dua orang murid SK Kg Betanak berjaya menempatkan diri dalam pasukan MSSB Mukah iaitu adik Muhammad Shakir Rasydan Suhairi bin Abdullah dan adik Mohamad Hanif bin Razmi. Guru En. Afick Mbeumo selaku Pengerusi Teknik Ragbi Rimau MSS Mukah.

Semoga memberi pengalaman lebih mendalam dalam permainan Ragbi Rimau.

Pada 18 April 2026 yang lalu, Kejohanan Ragbi MSS Bahagian Mukah Kategori 12 Tahun Ke Bawah telah berlangsung di Padang ...
03/05/2026

Pada 18 April 2026 yang lalu, Kejohanan Ragbi MSS Bahagian Mukah Kategori 12 Tahun Ke Bawah telah berlangsung di Padang SK Penakub Ulu, Mukah. Sebanyak 9 buah pasukan telah mengambil bahagian.

SK Kg Betanak telah berjaya mengharungi kesemua perlawanan peringkat kumpulan A dengan 3 kemenangan dan 1 seri dan sekaligus menjadi Juara kumpulan A dan layak ke separuh akhir.

Dalam kejohanan ini, pasukan Ragbi SK Kg Betanak telah mendapat tempat ke-3 setelah menang dengan mata 24-5 menentang SK Kg Penibong dalam perlawanan penentuan Tempat ke-3 & ke-4.

Tahniah buat semua pemain dan jurulatih yang terlibat. 🥳

2 orang murid SK Kg Betanak telah terpilih untuk mewakili pasukan Ragbi Mukah ke Kejohanan Ragbi MSS Sarawak yang akan berlangsung pada 4-8 Mei di Bintulu. Murid yang terpilih ialah:
📌Muhammad Shakir Rasydan Suhairi bin Abdullah
📌Mohamad Hanif bin Razmi


Address

SK KG. BETANAK, D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO
Daro
96200

Opening Hours

Monday 06:30 - 17:00
Tuesday 06:30 - 17:00
Wednesday 06:30 - 17:00
Thursday 06:30 - 17:00
Friday 06:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak, Daro - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category