ESQ 165 Malaysia

ESQ 165 Malaysia

Share

Ketahui rahsia kebahagiaan & kejayaan hidup, kenali potensi diri pemimpin, miliki jiwa yang tenang, damai & bahagia. Bijak mengawal emosi, bijak spiritual!

08/06/2026

HAJI BUKAN SEKADAR RITUAL IBADAH, TETAPI JUGA MANUAL AMALAN KEHIDUPAN

Haji bukan sekadar satu ritual ibadah semata-mata. Haji mengajar manusia bagaimana membina karakter, mentaliti, tindakan nyata serta kepimpinan dalam menghadapi cabaran, perubahan dan perjalanan kehidupan menuju kejayaan, kebahagiaan serta keberkatan.

Ketika menelusuri perjalanan hidup Nabi Ibrahim A.S., sebenarnya kita sedang mempelajari satu sistem kehidupan yang kekal relevan untuk diamalkan hingga ke hari ini.

Dalam ilmu kepimpinan diri dan kehidupan, terdapat tiga perkara utama yang menentukan kejayaan seseorang.

Pertama, nilai-nilai (values).
Seseorang perlu berpegang teguh kepada nilai seperti integriti, kejujuran, kedamaian, tanggungjawab dan kebersamaan. Nilai-nilai inilah yang menjadi asas kepada pembentukan karakter yang kukuh.

Kedua, mentaliti.
Tidak cukup sekadar memiliki strong why (orientasi material) atau bahkan big why (orientasi prestij). Manusia memerlukan grand why, tujuan hidup yang lebih besar. Daripadanya lahir misi sejati, ketahanan dalam menghadapi ujian serta kemampuan untuk terus teguh berdiri ketika berhadapan tekanan yang bertali arus. Inilah hakikat Tauhid.

Ketiga, pelaksanaan (eksekusi).
Sebagus mana nilai yang dimiliki dan sekuat mana mentaliti yang dibina, semuanya tidak akan bermakna tanpa tindakan yang nyata.

Menariknya, ketiga-tiga dimensi ini telah diajarkan dalam ibadah haji:

1. Wukuf
Wukuf mengajar manusia untuk kembali menemukan nilai-nilai kehidupan. Ketika hati tunduk dan bermunajat di hadapan Allah, manusia kembali mengenali dirinya, dari mana dia datang dan untuk apa dia hidup.

2. Tawaf
Tawaf membentuk jiwa Tauhid sebagai Grand Why. Seluruh orientasi kehidupan dipusatkan hanya kepada Allah. Dari sinilah lahir mentaliti yang teguh, tidak mudah goyah oleh pujian, tekanan, pangkat mahupun harta.

3. Saie
Saie mengajar erti ikhtiar. Berlari antara Safa dan Marwah bukan sekadar simbolik, tetapi satu pengajaran bahawa iman mesti diterjemahkan melalui usaha yang nyata, kerja yang bersungguh-sungguh dan sumbangan yang memberi manfaat.

Inilah yang dimaksudkan dengan “Arina Manasikana”. “Tunjukkanlah kepada kami cara dan panduan pelaksanaannya.”

Perjalanan napak tilas ini tidak berakhir di Tanah Suci, tetapi terus menjadi panduan hidup yang dihayati sepanjang hayat.

08/06/2026

🔥 Masih ada perkara yang membelenggu hidup anda?

Ketakutan. Keraguan. Luka lama. Atau rasa kosong yang sukar dijelaskan.

Jangan biarkan ia terus menghalang kebahagiaan dan potensi diri anda.

🌟 Sertai Webinar PERCUMA:
“LEPASKAN BELENGGU DIRI, TEMUI DIRI SEJATI”
Bersama Coach Huda

✅ Kembali pada fitrah
✅ Hidup lebih bermakna
✅ Temui diri sejati

📅 8 Jun 2026 (Isnin)
🕣 8.45 Malam
💻 Zoom Online

👉 Daftar sekarang:
https://us02web.zoom.us/meeting/register/cxVfZ_VJSlCFKIXjiD9mRw

Kadang-kadang, satu keputusan kecil hari ini mampu mengubah seluruh hidup anda. ✨

Terhad. Daftar sekarang sebelum terlambat. 💙

Photos from ESQ 165 Malaysia's post 08/06/2026

Pernah tak anda rasa…

Semangat berkobar-kobar hari ini.

Tetapi seminggu kemudian kembali hilang arah?

Masalahnya bukan anda kurang motivasi.

Masalahnya anda belum menemui “Inner Drive”.

Inner Drive ialah kekuatan dalaman yang membuatkan seseorang:

✔ Terus melangkah walaupun sukar
✔ Kekal fokus walaupun diuji
✔ Bangkit semula selepas kegagalan
✔ Memberi yang terbaik walaupun tiada siapa melihat

Inilah yang membezakan orang biasa dengan mereka yang luar biasa.

Di ESQ 3.0 Coaching, anda akan dibimbing untuk mengenali potensi diri, mengaktifkan kekuatan dalaman dan membina Inner Drive yang berkekalan.

Kerana apabila Inner Drive mula menyala…

✅ Prestasi berubah.
✅ Kepimpinan berubah.
✅ Kehidupan juga berubah.

27 Jun – 1 Julai 2026
📍 Bangi Resort Hotel

08/06/2026

🚨 AMARAN TERAKHIR: SEAT SILVER ESQ GRAND EVENT 2026 DAH SOLD OUT! 🚨

Siri jelajah paling dinantikan tahun ini, ESQ Personal Transformation Program (PTP) menerima sambutan yang sangat luar biasa!

Kalau anda masih berkira-kira nak hadir, ini masanya untuk buat keputusan. Seat Silver dah HABIS 100%. Yang tinggal sekarang hanyalah Seat Gold dan Seat Diamond sahaja.

Kenapa anda WAJIB hadir pada 22-24 Ogos ini di SACC, Shah Alam?
✅ Menggali semula potensi diri & ‘charge’ semula jiwa yang penat.
✅ Merasai “Feel the Experience, Get a Meaningful Life” secara ‘live’ selama 3 hari penuh.
✅ Dibimbing terus oleh Pengasas ESQ, Prof. Dr. (HC) Ary Ginanjar Agustian.

🔥SEAT DIAMOND & GOLD HANYA TINGGAL 144 SAHAJA

Jangan tunggu sampai Seat Gold & Diamond pun lesap baru nak menyesal!

Amankan tempat anda sekarang sementara slot masih ada.

Klik link di bawah untuk hubungi Admin kami dengan segera:

👉 Www.Wasap.My/60165557165/NAKJOINGE

“Feel the Experience, Get a Meaningful Life”

⁠ ⁠ ⁠ ⁠ ⁠ ⁠

08/06/2026

Sering kali kita terlalu fokus mengejar apa yang belum dimiliki, sehingga terlupa menghargai apa yang telah Allah titipkan hari ini.

Kita sibuk menghitung apa yang kurang, tetapi jarang merenung betapa banyak nikmat yang sudah ada dalam kehidupan.

Hakikatnya, rezeki bukan sekadar tentang jumlah wang di dalam akaun.

Rezeki juga hadir dalam bentuk kesihatan yang baik, keluarga yang menyayangi, sahabat yang mendoakan, hati yang tenang, ilmu yang bermanfaat dan peluang untuk terus berbuat kebaikan.

Dalam ESQ, kita belajar bahawa kebahagiaan tidak lahir apabila semua keinginan tercapai.

Kebahagiaan lahir apabila hati mengenali Pemberi Rezeki dan mensyukuri setiap nikmat yang diberikan-Nya.

Kerana hati yang bersyukur akan sentiasa merasa cukup.

Dan hati yang merasa cukup akan sentiasa dipenuhi ketenangan.

Masya-Allah… begitu luas rezeki Allah, jauh melampaui apa yang mampu kita lihat dengan mata.

Hari ini, mari berhenti sejenak.

Tarik nafas.

Lihat kembali kehidupan kita.

Dan ucapkan:

“Ya Allah, terima kasih atas nikmat-Mu yang tidak terhitung. Jadikan kami hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak lalai daripada mengingati-Mu.” 🤍✨

“Apabila syukur memenuhi hati, kita tidak lagi melihat apa yang belum ada, tetapi menyedari bahawa Allah sebenarnya telah memberi lebih daripada yang kita sangka.” 🤍✨

06/06/2026

Al-Mutakabbir | Yang Maha Megah



06/06/2026

Pernah tak anda tertanya-tanya…

Kenapa ada orang cepat menyerah apabila diuji, tetapi ada juga yang tetap kuat melangkah walaupun berkali-kali jatuh?

Jawapannya bukan kerana mereka lebih hebat.

Bukan juga kerana mereka sentiasa bermotivasi.

Kerana hakikatnya…

Motivasi boleh hilang.

Hari ini kita bersemangat.
Esok apabila berdepan tekanan, kritikan, kegagalan atau cabaran yang berulang…

Semangat itu boleh pudar.

Kerana motivasi biasanya datang dari luar.

Daripada kata-kata semangat.
Daripada pujian.
Daripada sokongan orang sekeliling.

Tetapi apabila semua itu tiada…

Apa yang akan membuatkan kita terus bertahan?

Di sinilah pentingnya Inner Drive.

✨ Inner Drive adalah kekuatan dalaman yang membuatkan seseorang terus bergerak walaupun keadaan tidak memihak kepadanya.

✨ Inner Drive adalah sebab mengapa seseorang bangkit semula selepas kegagalan.

✨ Inner Drive adalah tenaga yang membuatkan seseorang terus memberi yang terbaik walaupun tiada siapa yang melihat.

Dan inilah yang membezakan mereka yang mudah berputus asa…

Dengan mereka yang terus berkembang, memimpin dan mencipta impak.

Di ESQ 3.0 Coaching, anda bukan sekadar belajar tentang kepimpinan, komunikasi atau peningkatan prestasi.

Anda akan dibimbing untuk:

✅ Mengenali potensi sebenar diri
✅ Menemui kekuatan yang selama ini terpendam
✅ Membina ketahanan mental dan emosi
✅ Mengaktifkan Inner Drive yang mampu mengubah cara anda melihat kehidupan

Kerana apabila Inner Drive mula menyala…

🔥 Anda tidak lagi bergantung kepada motivasi semata-mata.

🔥 Anda mempunyai sebab yang lebih besar untuk terus melangkah.

🔥 Anda menjadi lebih kuat ketika diuji.

Dan yang paling penting…

Anda mula memimpin diri sebelum memimpin orang lain.

🔥 UNLOCK YOUR INNER DRIVE

📅 27 Jun – 1 Julai 2026
📍 Bangi Resort Hotel, Selangor

Bersama Master Coach ESQ:
🎓 Coach Huda
🎓 Coach Arief

📲 Klik link ini untuk pertanyaan lebih lanjut
➡️ www.wasap.my/60165557165/COACHNC

Strong Inside. Powerful Outside.

05/06/2026

🌙 ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT 🌙

Kadang-kadang rezeki Allah hadir bukan hanya dalam bentuk harta, tetapi melalui insan-insan yang Allah kirimkan untuk berkongsi nikmat dan kebaikan.

Pada Aidiladha tahun ini, Team ESQ Malaysia berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan ibadah korban bersama-sama.

🤲 Dengan penuh rasa syukur, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Ary Ginanjar Agustian serta seluruh Team Management ESQ atas tajaan ibadah korban yang diberikan kepada Team ESQ Malaysia.

Sesungguhnya pemberian ini bukan sekadar seekor haiwan korban.

Ia adalah tanda kasih sayang.
Ia adalah bukti keprihatinan.
Ia adalah simbol sebuah keluarga yang saling menghargai dan saling menguatkan.

Semoga setiap titisan pengorbanan ini menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT, dilimpahi keberkatan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta dibalas dengan ganjaran terbaik di dunia dan akhirat.

✨ Terima kasih kerana sentiasa menghargai dan menjaga insan-insan di belakang perjuangan ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga semangat pengorbanan terus mengajar kita erti syukur, keikhlasan dan kebersamaan dalam menggapai redha Allah SWT.

❤️ Bukan sekadar sebuah organisasi, tetapi sebuah keluarga yang tumbuh bersama dalam nilai dan keberkatan.

04/06/2026

🔓 LEPASKAN BELENGGU DIRI. TEMUKAN DIRI SEJATI.

Pernah rasa…

▪️ Susah nak move on daripada masa lalu?
▪️ Sentiasa dihantui ketakutan dan keraguan?
▪️ Dah cuba berubah, tapi tetap kembali ke tempat yang sama?
▪️ Rasa kosong walaupun hidup nampak baik-baik sahaja?

Mungkin yang menghalang anda bukan keadaan di luar sana… tetapi belenggu yang ada dalam diri sendiri.

🌟 Sertai WEBINAR PERCUMA bersama Coach Huda dan pelajari bagaimana untuk:

✅ Membebaskan diri daripada luka emosi yang belum sembuh
✅ Mengatasi ketakutan yang menghalang potensi diri
✅ Kembali kepada fitrah dan tujuan hidup sebenar
✅ Membina kehidupan yang lebih tenang, bermakna dan bahagia

📅 8 Jun 2026 (Isnin)
🕣 8.45 PM - 9.45 PM
💻 Zoom Online
🎟️ PERCUMA

Jangan biarkan masa lalu menentukan masa depan anda.

💙 Perubahan besar bermula apabila anda berani melepaskan apa yang membelenggu jiwa.

👉 Daftar sekarang:
https://us02web.zoom.us/meeting/register/cxVfZ_VJSlCFKIXjiD9mRw

Tempat adalah terhad. Jemput rakan dan keluarga yang memerlukan sesi ini.

Photos from ESQ 165 Malaysia's post 03/06/2026

“Kadang bukan sebab kita lemah… kita cuma penat jadi kuat terlalu lama.”

Gaji ada.
Position ada.
Team ada.
Tapi hati makin penat.

Bangun pagi terus rasa berat.
Buat kerja tanpa rasa hidup.

Mungkin bukan badan yang perlukan rehat.
Tapi inner drive yang dah lama hilang.

ESQ 3.0 Coaching bantu ramai leaders & professionals reconnect semula dengan diri mereka.

Bila dalam kuat… luar akan ikut kuat.

“Strong Inside. Powerful Outside.”

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30