Sekolah Rendah Integrasi Islam Brainy Bunch

Directions Website

Sekolah Rendah Integrasi Islam Brainy Bunch Islamic primary school | English DLP | Balanced excellence
Quran, academics, life skills & fitness
Year 1–6 | Interest Open
(1)

29/09/2026

Kelas pertama SRIIBB bermula Januari 2027, fokus Darjah 1-3 dulu. Jangan tunggu last minute untuk daftar minat anak.

29/09/2026

Kita nak anak pandai. Tapi dalam kepandaian itu, kita juga nak mereka tahu siapa Tuhan mereka dan siapa yang menjadi contoh dalam kehidupan.

Itulah antara asas yang SRIIBB mahu bawa.

Anak-anak akan membesar dan berdepan dengan pelbagai pilihan dalam hidup. Kita tak mungkin berada di sebelah mereka setiap masa untuk memberitahu mana yang betul dan mana yang salah.

Sebab itu mereka perlukan pegangan.

Di SRIIBB, pendidikan Islam bukan sekadar KAFA, hafazan atau belajar untuk UPKK.

Kita mahu anak mengenal Allah, mencintai Rasulullah SAW dan memahami bahawa cara hidup seorang Muslim perlu berpandukan apa yang Allah perintahkan dan apa yang Rasulullah SAW tunjukkan.

Akademik KPM + DLP kita bina.

English dan kemahiran untuk masa hadapan kita bina.

Tetapi dalam semua itu, iman tetap perlu menjadi asas yang memandu anak.

Inilah antara perkara yang dikongsikan bersama Ibu Ayah dalam Taklimat SRIIBB Puncak Alam.

Layari link di bio untuk maklumat lanjut mengenai SRIIBB 2027.



Bukan sekadar belajar 4 bahasa. Kita mahu anak membesar dalam persekitaran yang membiasakan mereka dengan 4 bahasa sejak...
29/09/2026

Bukan sekadar belajar 4 bahasa. Kita mahu anak membesar dalam persekitaran yang membiasakan mereka dengan 4 bahasa sejak sekolah rendah.

Di SRIIBB, anak-anak akan mendapat pendedahan kepada:

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Melayu
πŸ‡¬πŸ‡§ Bahasa Inggeris
πŸ‡ΈπŸ‡¦ Bahasa Arab
πŸ‡¨πŸ‡³ Mandarin

Dan semuanya sudah menjadi sebahagian daripada pembelajaran di SRIIBB tanpa bayaran tambahan untuk kelas bahasa.

Kenapa kami beri penekanan kepada bahasa?

Sebab bahasa bukan sekadar subjek untuk lulus peperiksaan.

Bahasa adalah alat untuk anak belajar, berkomunikasi, membina keyakinan dan membuka lebih banyak peluang apabila mereka membesar nanti.

English p**a bukan hanya dipelajari sebagai satu subjek. Melalui DLP, Matematik dan Sains juga diajar dalam English.

Dalam masa yang sama, Bahasa Melayu kekal penting, Bahasa Arab membantu menguatkan asas pendidikan Islam dan Mandarin memberi anak pendedahan kepada satu lagi bahasa utama.

Inilah antara pengalaman pembelajaran yang kami mahu bina di SRIIBB.

Akademik ada.
Islam ada.
Bahasa ada.
Pembentukan diri anak juga berjalan bersama πŸ’š

Pengambilan SRIIBB bagi sesi 2027 kini dibuka.

πŸ“Œ Tekan link di bio
πŸ“Œ Daftar minat
πŸ“Œ Pasukan kami akan hubungi Ibu Ayah untuk membantu urusan pendaftaran

29/09/2026

Makanan di SRIIBB optional, anggaran RM130 sebulan. Nak bawa bekal sendiri pun boleh, parent yang decide.

28/09/2026

Kos buku teks dan uniform SRIIBB anggaran RM300 je. Boleh guna buku adik-beradik untuk jimat lagi.

28/09/2026

Interview walk-in principal dan VP SRIIBB diadakan di Cyberjaya minggu ini. Jom sertai kami kalau berminat jadi sebahagian pasukan SRIIBB.

28/09/2026

Exam di SRIIBB bukan untuk ranking anak -- tapi kenal pasti siapa perlu bantuan extra. Fokus kami perkembangan, bukan label.

27/09/2026

Homework anak siap kat sekolah lewat sesi Brainy SMART petang. Anak balik rumah, parent boleh quality time je dengan anak.

Kami masih mencari guru-guru yang mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan SRIIBB 2027 🌱SRIIBB akan mengadakan satu l...
27/09/2026

Kami masih mencari guru-guru yang mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan SRIIBB 2027 🌱

SRIIBB akan mengadakan satu lagi Sesi Temuduga Terbuka untuk pengambilan:

πŸ‘©β€πŸ« Guru Akademik
πŸ•Œ Guru Pendidikan Islam

Kami mencari calon yang mempunyai:

πŸŽ“ Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan, STEM, Bahasa, TESL, Sains, Matematik atau bidang setaraf
πŸ“š Asas pedagogi yang kukuh
🌱 Pengalaman mengajar adalah satu kelebihan

πŸ“… Sabtu, 3 Oktober 2026
⏰ 8.45 pagi
πŸ“ Auditorium, Brainy Bunch HQ, Cyberjaya

Kalau anda mahu menjadi antara pendidik yang akan bersama-sama membentuk generasi pertama anak-anak SRIIBB, kami nak jumpa anda.

Klik link di bio untuk RSVP kehadiran anda.

Jom sertai barisan pendidik SRIIBB πŸ’š

27/09/2026

Darjah 4-5 di SRIIBB akan diusahakan ikut Solat Jumaat, tertakluk kelulusan. Darjah 1-3 belum diwajibkan lagi.

Address

Cyberjaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Integrasi Islam Brainy Bunch posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category