Official : Sekolah Seri Puteri Cyberjaya

Official :  Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Sekolah Berasrama Penuh Seri Puteri Cyberjaya

TAHNIAH FALCONS MENGORAK LANGKAH! Alhamdulillah, beberapa pemain daripada pasukan Ragbi Sentuh SSP, Falcons telah terpil...
21/07/2026

TAHNIAH FALCONS MENGORAK LANGKAH!

Alhamdulillah, beberapa pemain daripada pasukan Ragbi Sentuh SSP, Falcons telah terpilih menyertai pasukan Selangor dalam Kejohanan Junior National Touch Championship (JNTC) dan National Touch Championship (NTC) anjuran Persatuan Touch Malaysia (MTA) yang diadakan pada 18-19 Julai 2026 di UKM.

Seramai 9 pemain Falcons yang terpilih mewakili pasukan Selangor adalah :

Kategori Woman Open NTC
1- Maryam Melissa bt Ahmad Rizal (4U)

Kategori Junior U18, JNTC
1- Kasih bt Zulkarnain (4P)
2- Danisha bt Mohd Faizal (4T)
3- Nur Safiyyah Insyirah (4R)
4- Airis Maryam bt Khairul Affendy (4P)

Kategori Junior U15, JNTC
1- Daing Hanania Aneesa (3R) - Kapten pasukan
2- Aisyy Izz Maiesha bt Ismail (2E)
3- Qaisara Damia bt Shaharudin (2U)
4- Sarah Nafeesa bt Mohammad Azmi (3I)


Pasukan Selangor bagi Junior U15 telah berjaya mendapat tempat ke-2 keseluruhan.

Pasukan Selangor bagi kategori Junior U18 telah mendapat tempat ke-5 keseluruhan.

JOHAN KESELURUHAN
Pasukan Selangor bagi kategori Women Open dinobatkan menjadi Johan Keseluruhan bagi kategori ini.

Terima kasih diucapkan kepada persatuan Touch Selangor (TAS) atas peluang yang diberikan kepada semua pemain, barisan jurulatih yang mantap dan Kelab Sokongan Ibubapa (KSIB) yang sentiasa memberikan sokongan kepada semua pemain.

Semoga pengalaman menyertai kejohanan ini akan meningkatkan mutu permainan Falcons dan seterusnya membentuk pasukan yang lebih baik pada tahun hadapan.

Falcons, UP UP RISE🏉

PERHIMPUNAN RASMI | 20 JULAI 2026Perhimpunan Rasmi Sekolah Seri Puteri telah diadakan pada pagi ini bagi memulakan sesi ...
20/07/2026

PERHIMPUNAN RASMI | 20 JULAI 2026

Perhimpunan Rasmi Sekolah Seri Puteri telah diadakan pada pagi ini bagi memulakan sesi persekolahan minggu baharu.

Dalam perhimpunan kali ini, perhatian turut diberikan kepada para calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang memulakan Ujian Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Bacaan Hadis (UTQH) pada hari ini.

Seluruh warga Sekolah Seri Puteri mendoakan agar semua calon batch Amaryllis diberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh keputusan yang cemerlang hasil daripada usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan.

Guru bertugas harian:
Pn Wan Norhana binti Nordin
Pn Shahriyah binti Abdul Rashid

Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026!

Assalamualaikum & salam sejahteraAlhamdulillah Gotong Royong Asrama Lestari telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pa...
19/07/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah Gotong Royong Asrama Lestari telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu,18 Julai 2026 dengan kerjasama padu ibu bapa SSP yang hebat.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang sesi gotong royong dijalankan.

Tahniah juga buat penyelaras 3K Pn Syarifah Aleeya, Jawatankuasa Kebersihan Pn Nurul Ashikin, semua ketua Suri, AJK PIBG, AJK guru-guru rumah yang terlibat.

Semoga segala khidmat bakti menjadi amal jariah yang berterusan 🌷🌷🌹

STEM RACING NATIONAL FINALS 2026STEM Racing National Finals 2026 telah berlangsung pada 8 hingga 12 Julai 2026 bertempat...
19/07/2026

STEM RACING NATIONAL FINALS 2026

STEM Racing National Finals 2026 telah berlangsung pada 8 hingga 12 Julai 2026 bertempat di UniKL MITEC, Johor, menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negara dalam pertandingan berprestij berteraskan inovasi, kejuruteraan dan teknologi.

Sekolah Seri Puteri telah diwakili oleh dua pasukan, Mirific dan Mayang, yang mempamerkan komitmen, kreativiti serta semangat daya saing yang tinggi sepanjang pertandingan.

Team Mirific
1 MIA ARISSA BINTI MOHD AZRA 4P
2 DAMIA INTISYAR BINTI MOHD HANIF 4U
3 NAYLI MALIHAH BINTI HASNUL HADY 4E
4 DANIA YAQEEN BINTI NOR AZMAN 3P
5 ARIANA FARISSA BINTI MOHD AIZAL 3T

Team Mayang
1 AIMI DHIYA HUMMAYRA BT AHMAD IZHAR 3I
2 SOFEA ZARA IDZHARIF BT MOHAMMAD AHMAD SHAZLY 3I
3 NUR NAJLA WAFIYA BINTI MOHD AZIZI 3E
4 AMANI ZAHRA BINTI AHMAD FAIZA 3E
5 AUNI NAWWARAH BINTI MOHD KHAIRI 3E


Pasukan Mirific berjaya mencatat kejayaan membanggakan apabila mendapat Tempat ke-3 keseluruhan dan turut merangkul Anugerah Best Pit Display.

pasukan Mayang turut mempamerkan prestasi yang membanggakan dengan memperoleh pengalaman berharga yang pastinya menjadi bekalan untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Lebih membanggakan, pasukan Mirific telah dipilih sebagai Pasukan STEM Racing Kebangsaan Malaysia bagi mewakili negara ke Aramco STEM Racing World Finals yang akan berlangsung di Singapura.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas dedikasi dan usaha yang luar biasa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Sekolah Seri Puteri untuk terus mencipta kecemerlangan di persada kebangsaan dan antarabangsa.

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Bola Keranjang SBP Peringkat Kebangsaan. Pasukan SCUD berjaya merangkul NAIB JOHAN...
12/07/2026

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Bola Keranjang SBP Peringkat Kebangsaan. Pasukan SCUD berjaya merangkul NAIB JOHAN secara keseluruhan dengan tiga Anugerah Khas yang telah dinobatkan:
🏀 Top Assist & Top Steal: MAISARA BINTI SALAHUDIN

🏀 Top Rebounder: CHEMPAKA NUR ARISSA BINTI FAIZAL

Manakala 4 org pemain SCUD telah disenaraikan dalam list ALL STAR SBP.

Pemain tersebut adalah :
1. AUDY MAISARAH
2. AYRA IMANI
3. CHEMPAKA NUR ARISSA
4. MAISARA

Walaupun langkah kali ini terhenti di tangga kedua, semangat SCUD tidak pernah luntur. Setiap cabaran adalah pengalaman berharga untuk terus memperbaiki potensi masing - masing

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pemain, jurulatih, guru-guru, ibu bapa serta penyokong yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti 🏀🔥

Persidangan Kongres Majlis Perwakilan Murid Malaysia (MPMM) Negeri Selangor 2026 telah berlangsung secara dalam talian p...
07/07/2026

Persidangan Kongres Majlis Perwakilan Murid Malaysia (MPMM) Negeri Selangor 2026 telah berlangsung secara dalam talian pada 7 Julai 2026 bermula jam 8.30 pagi.

Sekolah Seri Puteri merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Kasih binti Zulkarnain (4Pintar) yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai Bendahari Majlis Perwakilan Murid Malaysia (MPMM) Negeri Selangor 2026.

Semoga penglibatan dalam kepimpinan murid di peringkat negeri ini dapat terus memupuk nilai kepimpinan, integriti dan kecemerlangan diri dalam melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berdaya saing.


TAHNIAH PASUKAN SEKOLAH SERI PUTERI DI WORLD SCHOLAR'S CUP GLOBAL ROUND, KUALA LUMPUR 2026 🏆🌍Assalamualaikum WBT, Salam ...
03/07/2026

TAHNIAH PASUKAN SEKOLAH SERI PUTERI DI WORLD SCHOLAR'S CUP GLOBAL ROUND, KUALA LUMPUR 2026 🏆🌍

Assalamualaikum WBT, Salam Madani dan Salam Global Puteri.

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, Sekolah Seri Puteri ingin berkongsi pencapaian cemerlang pasukan World Scholar's Cup (WSC) SSP dalam World Scholar's Cup 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Alhamdulillah, para peserta SSP telah berjaya meraih:

🥇 7 Pingat Emas
🥈 15 Pingat Perak

Lebih membanggakan, kesemua lima orang peserta Sekolah Seri Puteri telah berjaya melayakkan diri ke Tournament of Champions (TOC) di Yale University, Amerika Syarikat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru debat serta seluruh warga guru atas segala sokongan, dorongan dan kefahaman yang diberikan sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada para peserta dan guru pembimbing. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama Sekolah Seri Puteri serta negara di peringkat antarabangsa.

TAHNIAH PASUKAN SSP DI PERTANDINGAN 14TH FRSIS 2026 🌟Tarikh: 27 Jun – 1 Julai 2026Tempat: Akademi Sains Pendang Murid ya...
03/07/2026

TAHNIAH PASUKAN SSP DI PERTANDINGAN 14TH FRSIS 2026 🌟
Tarikh: 27 Jun – 1 Julai 2026
Tempat: Akademi Sains Pendang

Murid yang mewakili SSP:
Wan Safia Hani binti Wan Paizul (4P)
Wan Nur Ellysha Dania binti Wan Othman (4U)
Nur Aisya Dania binti Rozalwan (4P)
Guru Pembimbing/Pengiring:
Pn. Asmiza binti Minoh

Alhamdulillah, pasukan SSP sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah dengan meraih kejayaan cemerlang dalam beberapa kategori pertandingan:
🏆1) Slide Presentation - 2nd Place Platinum Award
🏆2) Talk 180 (Day 2) - 2nd Place: Wan Safia Hani Binti Wan Paizul 4P
🏆3) Podcast - 1st Place: Wan Nur Ellysha Dania Binti Wan Othman 4U (Team 1D)

Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan SSP! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Pasukan Ragbi Sentuh, SSP Falcons telah menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh Tunku Kurshiah Invitational Super Six (TKISS) p...
01/07/2026

Pasukan Ragbi Sentuh, SSP Falcons telah menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh Tunku Kurshiah Invitational Super Six (TKISS) pada 27-28 Jun 2026 di TKC.
Seramai 12 pemain, 3 QM, 2 jurulatih dan 2 guru pengiring iaitu Ckg Haniff dan Cik Siti Asyirah telah mengiringi pemain sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Berikut adalah keputusan perlawanan :

Peringkat kumpulan D
SSP vs Seri Bintang Utara (SBU)
0 - 1

SSP vs TECOMA RC
1 - 0

QF (Bowl/shield)
SSP vs Langkawi Hawk
3 - 1

Semifinal Bowl
SSP vs INTEJ
4 - 0

Final Bowl
SSP vs honeybees
3 - 1

Pasukan SSP Falcons telah berjaya mendapat johan kategori Bowl bagi edisi kali ini.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan meraih pengalaman yang berharga.

Falcons, UP UP RISE🏉

🌟 TAHNIAH PUTERI-PUTERI CEMERLANG! 🌟Alhamdulillah telah selesai Majlis Pelantikan Badan Kepimpinanan tertinggi Pengawas ...
30/06/2026

🌟 TAHNIAH PUTERI-PUTERI CEMERLANG! 🌟

Alhamdulillah telah selesai Majlis Pelantikan Badan Kepimpinanan tertinggi Pengawas (Top 10) Tahun 2026

Senarai puteri -puteri Pengawas TOP 10:

AIRIS MARYAM BINTI KHAIRUL AFFENDY
4 PINTAR

KASIH BINTI ZULKARNAIN
4 PINTAR

MARHA MARHAINIE BINTI MARZIKMAL
4 PINTAR

NUR ’ALEEYA QISTINA BINTI MOHAMMAD FIRDAUS
4 PINTAR

ARISSATUL ADRA BINTI MOHD YAZID
4 USAHA

MAS IMAN HANNAH BINTI IKHWAN
4 USAHA

NUR REESHA AMNY BINTI MOHD FAKRI
4 USAHA

PUTRI AIRA FATHONAH BINTI MEGAT IKRAM
4 USAHA

NUR FADHLEEN SAKINA BINTI SUFFIAN
4 ELIT

SHARIFAH BATRISYA BINTI SYED MUHAMMAD
4 INTELEK

Diikuti Majlis Penyampaian Anugerah Principal’s List kepada puteri-puteri Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 serta penyampaian Anugerah Panitia Terbaik 2026 atas pencapaian yang membanggakan dalam Peperiksaan Pentengahan Tahun.

Pengiktirafan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi serta komitmen yang berterusan dalam mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Semoga kecemerlangan yang diraih menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha, beriltizam dan mencapai potensi terbaik masing-masing.

✨ “Kejayaan bukanlah destinasi, tetapi perjalanan yang dibina dengan usaha, disiplin dan doa yang berterusan.”

#

Address

Persiaran Tasik
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60383192414

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Official : Sekolah Seri Puteri Cyberjaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category